Sunday 16 December 2012

Trilogi Tarbiyah


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kali nie saya nak postkan suatu entri berkenaan tarbiyah. Sumbernya saya dapat daripada majalah JOM ! isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Pergh…cukup terkesan.






Inilah trilogi tarbiyah :

PERTAMA            :Tilawah (membacakan)

KEDUA                :Tazkiyah (menyucikan)

KETIGA               :Ta’lim (mengajarkan)


Tilawah -> Tazkiyah -> Ta’lim



كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُوا عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا ويُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ



(al-Baqarah : 51) 



Cuba kita perhatikan susunan trilogi kalimah tilawah, tazkiyah & ta’lim. Semuanya dalam susunan yang sama. Tak cukup satu ayat. Nak lebih ? Boleh jer. Tadabbur (al-Jumuah : 2) dan (ali-‘Imran : 164).


Dah baca belum ? Subhanallah. Susunan itu tetap sama kan ? Penangan kebenaran kalam Allah. Siapa kita untuk menidakkan kalamNYA.


Cuma susunan trilogi dakwah ini ada sedikit pertukaran di dalam surah (al-Baqarah : 129). Ayat tersebut menerangkan doa Nabi Ibrahim A.S disaat Baginda memohon daripada Allah untuk terus dikurniakan Rasul dalam kalangan manusia untuk :

tilawah -> ta’lim -> tazkiyah



Walaubagaimanapun, Allah menjawab doa Nabi Ibrahim dengan mengajarkan susunan yang lebih baik iaitu :

tilawah -> tazkiyah -> ta’lim


Fahami konsep :



TILAWAH : Memberi ilmu agar tahu. Setkan atas diri kita agar tilawah yang ingin disampaikan kerana “aku mahu TAHU”.


TAZKIYAH : Membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu. Ya, “agar aku MAHU” dibersihkan.


TA’LIM : Mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga menjadi mampu ! Akhir sekali dalam proses tarbiyah ialah mengajarkan. Tekadkan dalam hati “agar aku MAMPU” menyampaikannya.


Kata kunicnya ialah TAHU, MAHU & MAMPU.






Itulah serba ringkas mengenai trilogi tarbiyah yang dapat saya simpulkan. Semua jelas kan. Eh, ada yang kurang faham. Takpe, jangan risau. Anda cuma perlu mendapatkan majalah JOM isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Bila dah baca isi-isi majalah tersebut anda bukan sahaja faham istilah tarbiyah yang sebenar, sebab anda berkemungkinan besar akan terpaut plak kat jalan-jalan tarbiyah nie. Wah…insyAllah.





Wallahu A’lam (^^)

















Friday 7 December 2012

Ikan, Laron & Semut

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Nie saya nak kongsi sket, lagu acapella dari Indonesia. Hayati lirik lagu nih. Memang terbaik !!!






(^^)
Aku senang, aku senang

Tapi bingung, aku bingung

Aku senang, aku senang

Tapi heran, aku heran..



Dan aku pun bertanya..

Pada semua ikan di kolam

Tiadakah kau bosan, disitu...

Dan dia pun menjawab,tiada bosan

Walau berada di tempat sekecil ini

Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku



Dan aku pun bertanya..

Pada laron-laron berterbangan

Kenapa kau hidup semalam...

Dan ia pun menjawab,Tiada tersiap..

Walau hanya semalam aku hidup di dunia

Kerna dalam semalam..

aku hidup, Ku sebut Tuhanku...

back to (^^)



Dan akupun bertanya..

Pada semut-semut di sarangnya..

Tidakkah kau merasa lelah bekerja...

Dan Dia pun menjawab, Tiada lelah..

Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,

Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..

Dan ikanpun menjawab,tiada bosan

Walau berada di tempat sekecil ini

Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku



Dan laronpun menjawab,Tiada tersiap..

Walau hanya semalam aku hidup di dunia

Karna dalam semalam,aku hidup, Ku sebut Tuhanku...



Dan semutpun menjawab, Tiada lelah..

Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,

Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku..



Dan aku bertanya, pada jiwaku

Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu

Dan aku bertanya, pada hatiku

Sedalam (selama) apa...hidup tanpa Tuhanmu

Dan aku bertanya, pada diriku

Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu (3x)




(Ikan, Laron dan Semut –by: FATIH)


Aku malu dengan ikan, laron dan semut...

aku bertanya pada jiwaku, hatiku, dan diriku....







Macam mane...best kan. Tapi dapat tangkap tak makna yang tersirat disebalik lirik tuh ??? Alhamdulillah, kita ambil manfaat bersama yer.






Wallahu a'lam  (^^)













Saturday 10 November 2012

Shhh… Jom bisik-bisik Syahadatul Haq (part 2)


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum nie kita dah bincang pasal makna kalimah Syahadah kita  yang tersirat lagi tersemat erat. Syahadah yang paling benar. Syahadatul Haq. So, jom kita teruskan perbincangan kita.



Mula-mula kita tadabbur ayat nie dulu deh. Ayat nie mungkin seram kepada penggemar filem seram. So, nak lagi best baca sorang-sorang tengah malam. Baru kaw.



“Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikanya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri. Dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.”

( Al-Qiyamah 75 : 13-15 )







Sekarang nie kita nak cakap pasal PENYAKSIAN kat akhirat kelak. Mungkin semua makruf, kat akhirat nanti ‘kita’ sendiri yang akan menjadi saksi setiap perbuatan kita kat dunia. Eh, ade yang tak tau. Tak tau ke yang kat akhirat nanti setiap unit anggota badan kita mampu menjadi SAKSI di mahkamah akhirat ? Tangan kita bakal memberi keterangan kepada AL-HAKIM setiap apa yang kita sentuh dulu. Sentuh anak gadis orang ker, meniru dalam ujian ker hatta buang sampah merata-rata pun akan ditanya. Percaya tak ?



Itu baru tangan. Anggota lain pun berebut-rebut nak bagi tau kat Allah, nak bagi tau kat malaikat, apa yang kita dah gunakan ‘dia’ waktu kat dunia. Telinga, mulut, kemaluan, hidung, mata & kaki semua nie yang paling lantang berhujah. Banyak yang diorang tak puas hati dengan kita. Adus.



Seterusnya, tadabbur ayat nie pulak. Yang ni ngeri. Serius.


“Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya, dan isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya (di dunia), dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.”

( Al-Maarij 70 : 11-14 )







Fuhh. Berpeluh.  Mesti tertanya-tanya kenapa kan ? Kenapa plak orang yang dah banyak buat dosa yang kompom masuk neraka boleh pulak nak carik substitue. Pelik. Dosa banyak masuk jer lah neraka tuh. Tue lah, masa kat dunia dulu tak fikir plak takut azab Allah. Go to Hell !!!



Aik. Kenapa nak marah-marah plak ? Nie ayat Allah. Memang betul pon, kat akhirat nanti memang akan ada kes-kes macam nie. Kes tarik-menarik untuk ke neraka. Baiklah, saya akan terangkan.



Misalnya, jiran sebelah kita beragama Islam. Nama dia Fitri (bukan nama sebenar deh). Baik budak nyer. Dan agak comel. Tapi malangnya, solat dia tak pernah jaga. Bukan tak jaga masa. Memang tak pernah solat pon. Puasa apatah lagi. Van jenazah pon dah muak nak kutip dia tiap-tiap hari masa bulan Ramadhan. Lori arak pon kadang-kadang ade buat delivery kat rumah die. Entah, ape benda yang dia order pon kita tak tau. Astaghfirullah. Senang cerita, si Fitri ni memang jahil kaw-kaw dalam bab agama nih.



Kita plak memang dah masak dengan perangai jiran kita nie. So, disebabkan kita nak jalankan tanggungjawab amar makruf nahi munkar. Kita pon pergilah jumpa dia. Privately. Kita pon sampaikan apa yang patut. Tegur dengan berhemah. Bagi tahu die apa yang die buat selama nie memang salah di sisi agama. Berdosa dan masuk neraka nanti. Sedang enak kita menutur ayat dakwah, satu pekikan “Oiii… Blah lah. Lantak aku lah nak buat apa pon. Ko sibok hal aku kenapa !!!” Tersentap hati. Lalu dengan sedikit terkejut dan bersalut marah dengan sikap si Fitri tue, kita pon terus angkat kaki. Tebal muka dimalukan sebegitu. So, kita dah tekad. Lepas nie, aku dah takkan cakap dengan si Fitri tue sampai bila-bila. Sumpah. Lantak lah die.







Masa silih berganti. Berlalu laju. Sampailah ajal mengundang. Kemudian di akhirat kelak, dibangkitkan kembali. Alhamdulillah, berkat usaha gigih ibadah kita kat dunia. Kita bakal masuk ke syurga. Wah, bersinar mata. Excited sangat. Si Fitri pulak,memang  kompom lah masuk neraka. Padan muka.



Sebelum Fitri dicampakkan ke dalam neraka, tiba-tiba dia menjerit  “Nanti, nanti…jangan masukkan aku ke neraka. Aku tak bersalah. Aku tak tahu menahu tentang agama. Selama aku hidup, takde orang pon yang nak ajar aku pasal agama. Er… jiran aku yang salah. Dia alim dan soleh, tapi tak pernah nak ajar aku”. Fitri memberi alasan. Kita tercengang. Wah, ini sudah lebih. Kita pulak yang disalahkannya. Kita pon jawablah kat Fitri ngek tuh. “Weyh, aku dah ajak ko dulu, aku dah tegur ko. Tapi kau marah siap tengking-tengking aku lagi. Kau lupa ke ngek ?” Huh. Marah kita.



Terpacullah daripada mulut Fitri “Memang aku tak terima pelawaan kau yang pertama tuh. Mungkin pada masa itu, aku masih dalam dilema. Mungkin jika engkau mengajak aku untuk kali kedua atau kali ketiga, akan terbuka fikiran aku untuk berubah. Mungkin hidayah aku akan hadir jika kau berterusan mengajak aku. Tapi pelawaan kau hanya sekali. Sungguh tidak cukup !” Gulp. Apa kita nak balas nih ? Ada benar kata si Fitri tuh.  



Lalu, tidak semena-mena. Kita pon turut menjadi member dia kat neraka. Arrrr…sungguh sadis.



sekadar hiasan



Ini baru dua contoh PENYAKSIAN akhirat. Nanti kat akhirat akan ada banyak lagi. Tuduhan melulu. Tipu daya. Semuanya untuk menyelamatkan diri. So, bersiap siagalah dari sekarang. Petanda kiamat pon dah banyak. Dah tak banyak masa dah. Buat masa sekarang nie, lebih baik kita cari SAKSI-SAKSI yang boleh menyelamatkan kita nanti. Faham deh. InsyAllah.












Sumber Daurah 2-3 November 2012

Naskhah “Syahadatul Haq” karangan Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy









Wallahu A’lam J























Sunday 4 November 2012

Shhh… Jom bisik-bisik Syahadatul Haq (part 1)







Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan.



أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله



Tertunailah rukun Islam yang pertama tatkala teralun lafaz kalimah power ni dari bibir seseorang hambaNya. Ya, anda sudah bergelar Muslim jika anda berjaya melafazkan bait syahadah tersebut. Begitu mudah bukan.


Walaubagaimanapun, apakah maksud sebenar pada kalimah tersebut ? Betul.. makna kalimah tue “Aku naik saksi tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Tapi apa yang saya maksudkan ialah maksud tersirat yang kita faham.


Baiklah, mungkin ada yang mampu membicarakan perihal Syahadah ini dengan lebih panjang lebar. Terutama para ustaz & ustazah. Tapi pada saya pula, ingin saya kongsikan dengan kalian secara analogi mengenai apakah perkara misteri disebalik ucapan Syahadah ini.




Kisah Saksi Kemalangan



Dua orang sahabat sedang dalam perjalanan ke kedai untuk berbuka puasa. Malangnya, ketika di suatu persimpangan mereka terlibat dalam kemalangan di mana sebuah kereta mewah secara melulu menukar haluan dan telah melanggar motor yang dinaiki mereka. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Seorang hanya luka-luka kecil, manakala yang seorang lagi terkoyak seluarnya. Kesian. Kejadian berlaku berhampiran sebuah perpustakaan. Polis yang meronda datang ke tempat kejadian untuk menyiasat.


Malang bertimpa, apabila disoal siasat. Lelaki yang membawa kereta mewah itu telah menuduh dua orang sahabat itu membawa motor terlalu laju sehingga mereka hilang kawalan. Maka, pihak polis yang mungkin telah terpedaya dengan cerita lelaki kereta mewah itu hendak mendakwa dua orang sahabat itu kerana menunggang secara merbahaya. Dua orang sahabat itu tidak mampu melawan hujah lelaki kereta mewah itu walaupun mereka telah memberitahu hal yang sebenar bahawa mereka tidak bersalah. Kini, mereka akan dibawa ke balai atas kesalahan yang tidak dilakukan mereka. Kesian.


Walaubagaimanapun, dua orang  sahabat ini mungkin berpeluang bebas daripada tuduhan tersebut jika ada saksi yang melihat kemalangan itu untuk memberi keterangan yang benar.


Hendak dijadikan cerita, pada waktu kejadian tersebut hanya ada seorang  yang melihat kemalangan tersebut. Anda. Ya, anda menjadi saksi kemalangan itu.




mata anda sebagai saksi


Maka, apakah tindakan yang perlu anda buat ?


1)  Berkata secara sendirian bahawa dua orang sahabat itu tidak bersalah.

2)  Memberitahu orang lain bahawa polis dah silap tangkap orang.

3)  Jumpa polis dan memberitahu mereka bahawa anda saksi kemalangan itu.



Di antara 3 tindakan yang berikut, mana satu tindakan seorang saksi yang sebenar? Sudah tentunya yang ketiga. Seorang saksi perlulah membuat keterangan yang benar demi menyelamatkan insan yang tidak bersalah. Begitu penting bukan peranan seorang saksi.







Agak-agak dapat tangkap tak mesej yang ingin disampaikan dalam kisah tersebut. Apa ? Ya, memang betul kita perlu menjadi saksi yang benar. Lagi ?



Baiklah, saya kaitkan terus dengan jenis-jenis Syahadah (penyaksian) :


1)  Hanya bibir semata mengucapkan dua kalimah syahadah.

2)  Beriman kepada kalimah syahadah tersebut. Percaya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammah persuruh Allah. Hanya sekadar percaya.

3)  Membenarkan kalimah syahadah tersebut dalam hati. Membenarkan dengan amalan.Tegakkan kebenaran jika ada yang menidakkan atau menyelewengkan kalimah tersebut.  




Maka, yang mana satukah syahadah kita ? Fikir sejenak. Adakah kita mengucapkan kalimah syahadah untuk menggolongkan diri kita sebagai Muslim semata. Atau pun syahadah yang kita tuturkan untuk membuktikan kita benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul. Atau pun syahadah kita untuk kita menjadikan Allah sebagai saksi atas semua perkara, maka kita yang akan membenarkannya jika ada yang menidakkannya. Mana satu ek ?









Konklusi Part 1 :



Kita perlu memahami Hakikat Kalimah Syahadah :

1- Pembeza Muslim dan Kafir
2- Dasar Kehidupan
3- Persaksian yang benar Kpd Allah

Konsep :

1- Menjelasakan.
2- Menunjukkan kepada Manusia pendekatan yang sebenar.



Mengetahui PERANAN KITA selepas mengetahui Syahadatul Haq :

Allah berfirman dalam surah (2:143)

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."






Sumber Daurah 2-3 November 2012

Naskhah “Syahadatul Haq” karangan Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy







Wallahu a’lam J
































Friday 19 October 2012

Sayang Ibu

Dari Abu Hurairah r.a berkata telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu ia berkata: 

Wahai Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya ?  Rasulullah menjawab: "IBUMU"  Ia berkata lagi: kemudian siapa ? Rasul menjawab: "IBUMU" Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa ? Rasulullah menjawab "IBUMU" Dia berkata lagi: kemudian siapa ? Rasullullah menjawab: "AYAHMU"

( Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM ).





Wahai anak... hayati video nie...







Tahu tak...
Semasa kita kecil dahulu,
Senakal mana kita,
Selasak mana perangai kita,
Ibu tetap nak mengasuh kita,
Sebab ibu nak kita jadi insan berguna.


Tahu tak...
Ibu seringkali tak tidur malam,
Fikir bagaimana masa depan kita,
Fikir macam mana nak cari duit lebih untuk kita,
Sebab dia nak anak-anak dia senang...tak susah macam dia.


Tahu tak...
Bila kita merungut tentang kesusahan keluarga,
Bila kita menyampah dengan leterannya,
Bila kita muak dengan makanan yang dimasaknya,
Ibu senyap jer...tapi dia tak marah,
Dia kecewa sangat sebab dia gagal memenuhi hasrat anaknya.


Tahu tak...
Ibu selalu nangis,
Ibu selalu kecewa,
Ibu selalu sedih,
Semuanya hanya kerana seorang ANAK.



Ibu terlau sayangkan anaknya,
Percayalah...







" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam penjagaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia "


( al-Isra' : 23 )






Ibu,,,ampun salah silap Along yer...















wallahu a'lam... :)))

































Saturday 6 October 2012

Jahiliyah : Tidak Perlu Diulang !

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Tidak kira lah betapa mulia atau baik akhlak seseorang ikhwah itu,,,pasti akan ada juga kesilapan yang pernah dilakukan nyer...


Bagi ikhwah yang seringkali terkandas dengan mainan nafsu dan syaitan, anda perlu kembali ke pangkal jalan dengan segera. Awas ! Jangan sampai rasa terbiasa dengan dosa...








Firman Allah di dalam surat cinta agung-NYA :


"Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman "

AnNur - 17




Pesanan Allah ini cukup mendalam. Mampu menampar iman anda sehingga anda rasa seperti ingin meraung sekuat-kuat nyer... Cuba tadabbur ayat nie secara fardhiyah...


Kita kata, kita beriman kepada Allah. Kita kata, kita percaya kepada rukun iman. Kita juga kata, kita nie orang yang beriman. Tapi kenapa kita masih lagi enak melakukan perkara-perkara yang dilarangnya...bukan sekali bahkan berulang kali !!!  Kenape ek ???



Ikhwah, pegang teguh prinsip ni yer...




Mari kita sama-sama merenung apa tujuan kita diciptakan oleh sang Khaliq. Muhasabah diri kita setiap malam sebelum tidur. Moga kita mampu refresh iman dan upgrade kan taqwa kita kepada Allah.










wallahu a'lam

































Monday 24 September 2012

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Precint 9 (2)

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kata orang pengalaman itu sesuatu yang amat berharga. Ya, kini saya benar-benar merasai nyer...bahkan mula plak timbul rasa rindu terhadap pengalaman yang telah berlalu itu... Ini pengalaman indah kami...







Sepintas 6 bulan itu terasa begitu sejenak sekali....
moga ingatan kami kepada mereka menjadi kenangan yang abadi...insyAllah...










Moga kamu semua mendapat kejayaan cemerlang dunia & akhirat....amin.









Angin hidayah itu terkadang tanpa kita sedari...moga berkat pembelajaran kita selama ini diberkatiNYA...amin.









Silaturrahim ini tidak akan terpisah...insyAllah.. 










Hadis Abu Hurairah :

Rasulullah S.A.W bersabda....berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaanNya.....








Subhanallah
moga kita diberikan kesempatan daripadaNYA untuk bertemu kembali..insyAllah :)))

















wallahu a'lam 

























Monday 17 September 2012

Antara Dua Kasih


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan.... entri kali nie saya tertarik sangat nak post lirik lagu nih...moga kita mengambil iktibar bersama... insyAllah...



Dua kasih hati








UNIC - Antara Dua Kasih


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih


Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya


Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya


Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya


Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai























wallahu a'lam :)))


















Tuesday 11 September 2012

Sang Pencetus

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum sape-sape sudi baca entri kali ini, pesanan ringkas...entri kali ini hanya kepada sesiapa yang dalam hati dia berkobar-kobar menjulang Islam & bermatian-matian membebaskan jahil dalam diri...insyAllah.



mario pon nak jadi da'ei



Menjadi tanggungjawab kita sebagai individu muslim untuk menyampaikan kebenaran & mencegah kemungkaran. Tapi untuk melakukan semua kerja-kerja daei tue...mesti dan pasti akan ada ujian nyer...Contoh :


Pernah tak kita dengar statement seseorang yang susah sangat nak solat,,, "wei, aku ni bukan ape...masa aku kecik dulu mana ada belajar solat...parents aku pon bukan dari background agama...diorang pon bukan nak hantar aku sekolah agama...so, sebab tue lah aku nie kurang sket bab agama ni...tapi aku stay Islam lah,,,kompom-kompom kt MyKad aku tertera nama MUHAMMAD....BIN...."


Itu alasan biasa yang akan disimbah oleh golongan yang kononnya masa silamnya tidak dididik dengan ajaran Islam & situasinya yang bukan dalam suasana yang dikelilingi orang-orang yang berpendidikan agama... Agak-agak boleh terima tak alasan ni ???


Kes ni jelas menunjukkan peribadi insan yang tidak mengkaji sirah nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Flashback kejap.... Masa Rasulullah mula-mula nak bina Islam...agak-agak korang lah kan,,,macam mana situasi zaman tue... ingat tak ??? Ke dah lupa ?

klik kat sini kalau lupa Sejarah Islam



Pergh....nak bezakan biah kita sekarang dengan biah Rasulullah...jauh macam langit dengan bumi der... Rasulullah dulu dikelilingi masyarakat jahiliyah yang kaw-kaw jahil diorang. Sampai tahap benci dan nak bunuh Rasulullah... Kita ???? Ada sapa-sapa ke nak bunuh kita kalau kita solat ?



hukuman tembak sampai mati bagi siapa yang solat 5 waktu.....errr




Klik, petik jari. Sentak diri kita sket... Andai kata biah kita sekarang ni bukan biah solehah yang kita harapkan , penuh dugaan dengan ancaman maksiatnya dan kalau kita buat dosa pon orang lain takkan ambil kisah. Opss...jangan sesekali jadikan itu alasan untuk kita terus hanyut dengan arus biah bahaya nie...


Klik 2 kali, petik jari. Andai kalau bukan kita yang nak mengubah suasana jahil tue...sape lagi bang oiii ??? Tak lain tak bukan kita jugak...
 
chop..chop !! Jangan plak ada yang membantah aku tak cukup ilmu lah,,,akhlak aku belum matang lah....aku...aku...aku.. enough !!! Cukuplah alasan bayi-bayi itu...

Agak-agak kita berani lagi ke nak bagi alasan macam tu kat depan Allah nanti... kita kata kita hambaNYA...tapi benda kecik macam ni pun banyak alasan... dush !!! sedar sket...








Kali nie...klik sekali jer...tapi kuat sket... KLIK !!!!


Ya, memang kita kini dalam suasana yang hebat dengan mehnahnya. Biah solehah yang kita harapkan bagai nyalaan pelita di subuh hari, malap-malap seakan hampir padam.

Tapi ada sinar lagi....

Mari kita ubah...kita yang ciptakan biah solehah itu. Gunakan sepenuhnya konsep amar makruf makruf nahi munkar. Cerminkan peribadi kita dengan kecantikan Islam. Baikkan tutur kata. InsyAllah...hidayah dan pertolongan Allah pasti menyusul...

Paling penting lillahi taala....





" Wahai orang-rang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu "    

- Muhammad : 7 -



wallahu a'lam














Saturday 25 August 2012

Kemaafan di aidil-FITRI


Asssalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Salam lebaran eidul FITRI. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Bertakbirlah, memuji kebesaranNYA. Takbir dengan penuh semangat tanda kemenangan dan kejayaan kita setelah mengharungi liku-liku dugaan di bulan tarbiyah. Ramadhan.


Berlalu sudah Ramadhan yang dicintai. Moga-moga kita ditakdirkan lagi untuk memasuki Ramadhan yang akan datang. InsyAllah.



usrati 



Syawal pula menjelma dan diraikan dengan penuh meriah oleh sekalian muslimin dan muslimat di seantero dunia. Tidak kiralah di mana sahaja, semuanya menyambut 1 Syawal dengan penuh gumbira.


Kebiasaan adat kita, 1 Syawal dirai dengan suasana saling bermaafan sesama ahli keluarga, saudara mara dan kaum kerabat yang lain. Kemaafan di Aidilfitri, andai terlanjur kata atau ada kesilapan diri yang mungkin mengguris ahli keluarga kita. Usrati Mahbubah….


Syawal yang seterusnya pula disambut dengan saling berkunjung ke rumah sahabat handai. Ziarah demi mengerat ukhwah. Kesibukan belajar atau kerja sebelum ini mungkin membataskan kita untuk mengunjung sahabat kita yang lama, maka gunakan lah berkat Syawal untuk kita manfaatkan dengan amalan ziarah-menziarahi. Jadikan kawan sebagai medium ukhwah untuk sama-sama menjalankan dakwah. InsyAllah.



Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)





Syawal yang mendatang pula diertikan dengan musim Open House. Satu lagi adat kita. Tapi tak salah andai kita tak buat salah pada syariat. Jamuan bersederhana, batas pergaulan terjaga dan paling penting makanan yang dihidangkan halal.


Simpul kata, Syawal itu indah dengan berkatnya. Sweet dengan ukhwah dan Osem dengan kemenangannya. Kita pula sebagai hamba kepada sang Rabbul Izzati, malu lah kalau tak gunakan kurniaan Syawal ni dengan sebaiknya. Jom, sama-sama manfaatkan bulan best nie….hehe.


sebahagian drpd sepupu2 ku




Di Aidilfitri yang serba indah ,

Pohonlah kemaafan sebagai wadah ,

Memaafkan insan insan lain pun bukanlah susah ,

Hayati erti Syawal, InsyAllah… alaina arrahmah .











Salam eidulFITRI….maaf zahir dan batin.

Khusus :
buat ahli keluargaku yang terchenta ,
buat rakan lama SKTK, SKPM, SKTPP,
buat sahabat Maahad Ahmadi ,
buat ikhwah UM Nilam Puri .














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...