Thursday 26 January 2012

Pembentangan الحديث المضطرب و الحديث المقلوب

Assalamulaikum dan Ahlan Wasahlan. Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan ( akh Rahmat & bro Naim ) telah diberikan tugasan untuk melakukan satu pembentangan dalam mana-mana tajuk yang kami sukai dalam kitab المنهاج الحديث في علوم الحديث yang dikarang oleh الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة . Kami telah memilih tajuk        " الحديث المضطرب و الحديث المقلوب " untuk membincang dan mensyarahkan secara terperinci mengenai hadis tersebut.


Kitab yang kami kaji
\
* HADITH MUDTARIB - الحديث المضطرب

Hadith Mudtarib ialah hadith yang diriwayatkan dengan berbagai-bagai lafaz dan mempunyai maksud yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan dari segi kekuatannya. Definisi tersebut menggambarkan bahawa hadith Mudtarib mesti mempunyai riwayat yang banyak dan berbeza-beza dari sudut pengertiannya yang tiada jalan bagi menyatukan pengertian tersebut. Di samping itu, kesemua riwayat tersebut hendaklah mempunyai kekuatan yang sama yang tidak mungkin untuk menolak salah satu darpidanya dengan apa jalan sekalipun. Hadith Mudtarib bukan sahaja berlaku pada sanad, tetapi juga pada matan hadith dan kemungkinan perbezaan yang timbul datangnya daripada seorang perawi atau ramai. Hukum hadith Mudtarib adalah Da'if dan tertolak (Mardud), kerana ketidakselaran maksud hadith menggambarkan bahawa perawi tidak dabit yang merupakan salah satu syarat hadith Maqbul.

* Terjemahan diambil dari Kitab 'Ulum Hadith
Karangan MOHD. MUHIDEN ABD. RAHMAN

Ada pendapat mengatakan bahawa hadith Mudtarib ini hampir-hampir tidak wujud. Kalau ada sekalipun mungkin hadith yang seakan-akan hadith Mudtarib akan tetapi selepas diteliti secara telus oleh para ulama', hadith yang lebih rajih (hadith yang lebih tepat) & khusus sanadnya akan dapat dikenal pasti. Selain itu, ada juga hadith yang sememangnya hadith Mudtarib, akan tetapi hadith tersebut tidak disepakati.



* HADITH MAQLUB - الحديث المقلوب

Hadith Maqlub ialah hadith yang berlaku pertukaran atau perubahan perkataan sama ada dalam sanad atau matan dan sama ada didahulukan atau dikemudiankan perkataan tersebut. Berdasarkan definisi tersebut menggambarkan hadith Maqlub terbahagi kepada dua jenis, iaitu Maqlub Sanad dan Maqlub Matan. Sekiranya perubahan perkataan berlaku pada sanad hadith, ia dinamakan Maqlub Sanad dan sekiranya perubahan berlaku pada matan hadith maka ia dinamakan Maqlub Matan. Perubahan tersebut sama ada dengan mendahulukan yang kemudian dan sebaliknya atau menggantikan perkataan asal atau perawi asal dengan perkataan yang lain atau perawi yang lain. Hukum Maqlub dengan tujuan mengelirukan pendengar adalah tidak harus kecuali dengan tujuan untuk menguji. Sementara hadith Maqlub adalah Da'if dan tertolak (mardud).


* Terjemahan diambil dari Kitab 'Ulum Hadith
Karangan MOHD. MUHIDEN ABD. RAHMAN


Antara contoh-contoh hadith Maqlub, boleh disemak dalam kitab yang kami kaji ini pada m/s 139. Hadith mengenai sedekah dengan menggunakan tangan kiri, padahal hadith asal tersebut ialah  sedekah harus dengan tangan kanan. Kedua, hadith keadaan ketika hendak sujud dalam solat sama ada didahuli sujud dengan tangan atau lutut. Hadith yang asal dan tepat adalah dengan lutut. Kekeliruan terjadi di antara kalimah-kalimah, tetapi telah menukarkan makna & hukum hadith secara 360.

Ada 3 sebab hadith Maqlub terjadi :

1) Kesalahan perawi dalam meriwayatkan hadith.
2) Ujian penghafalan kepada Muhaddis atau pelajar. Seperti yang dilakukan di Baghdad, guru-guru hadith memutar balikkan 100 hadith untuk dijadikan ujian kepada para pelajarnya. Maka, ada hadith yang sehingga kini masih belum disusun kembali ke dalam bentuk asal.
3) Bertujuan menimbulkan kekeliruan. (Haram)


akh Rahmat & bro Naim
( group Ulum Hadith )

Alhamdulillah, kami sudah selesai membentangkan tajuk ini. Semoga ilmu mengenai hadith ini akan kekal dalam dada sampai bila-bila. InsyAllah...

Wednesday 25 January 2012

Salah satu cara melapangkan dada

Allah menilai seseorang hamba bukan dari segi
rupa paras, warna kulit, harta atau usia.
Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan ke blog saya yang tidak seberapa ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua salah satu cara untuk bersikap berlapang dada. Apa yang saya baca dalam buku "The Best Seller" yang berjudul ( لا تحزن ) karya Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni versi B.Malaysia, salah satu cara untuk mendapat ketenangan jiwa atau bersikap berlapang dada ialah dengan melakukan kebajikan. Pernah tak anda merasakan sesuatu selepas anda melakukan sesuatu amal kebajikan. Ade rasa sesuatu perasaan yg memang tak dapat digambarkan. Bukan riak. Tapi ketenangan jiwa. Contoh nyer apabile kita bersedekah, membantu org dalam kesusahan atau melakukan apa-apa kebajikan yang lain, kita akan dapat rasa suatu perasaan yang amat hebat. Iaitu perasaan utk terus berkelakuan baik. Dan yg paling dirasai ialah hati atau dada. Hati akan menjadi tenang & dada merasakan seolah-olah kita kosong dari masalah . Betul tak ?



Melakukan kebajikan bukan nyer bermaksud kena 'memberi sesuatu', bah kan ianya boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah melakukan kebajikan dengan bersikap menyenangkan hati orang lain. Contoh nyer, sebagai seorang rakan kita perlu mengetahui benda yang disukai dan yang dibenci olehnya. Seharusnya kita mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak disukainya. Jika tersilap, segeralah memohon maaf. Seelok nyer kita melakukan perkara yang disukainya. Secara tidak langsung akan menguatkan lagi talian persahabatan.


Senyum, bila kali terakhir kita mengukirkan senyuman yang penuh keikhlasan terhadap orang lain ? Mesti lupakan...sama lah kita...hehe. Senyum merupakan salah satu jenis sedekah. Sedekah yang paling mudah dan tidak memerlukan apa-apa kos. Nak ceritakan istimewa nyer senyum nie sampai kumpulan nasyid Raihan pon buat lagu pasal SENYUM. "Senyum tanda mesra, Senyum tanda sayang, Senyumlah sedekah yang paling mudah". Cuba nyanyi sikit...hehe. Apabila kita senyum dgn penuh keihklasan, kita telah melakukan kebajikan yang paling mudah. Justeru, senyum juga mampu menghadirkan ketenangan dalam jiwa di samping mampu melapangkan dada setiap insan. So, jangan lah kita lokek dgn senyuman yer...


Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dgn wajah ceria (Al-Hadith)

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan; sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama kalian ! Dengan semua itu, nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna, dan juga hakikatnya.

( petikan buku  لا تحزن )





Monday 23 January 2012

Kenapa "PENTAS HIDUP AURORA" ???

Akh Sayuti & a.k.u
Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan kepada sesiapa yang sudi jenguk blog saya yang tidak seberapa nih. First of all, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu dan ada juga yang mendorong untuk membuat blog nih (especially saudara fizz & akh sayuti). Terdetiknya saya ingin membuat blog nih bukan lah untuk mengikut jejak rakan-rakan saya yang dah expert dalam bidang BLOGGER nih, tapi niat untuk buat blog nih mula timbul apabila minat membaca tiba-tiba muncul sejak dua menjak nih...bukanlah nak poyo tapi...entahlah...aku rasa kurang kalau aku hanya membaca dan mendapat sesuatu ilmu (manfaat) tuh tapi aku hanya dapat untuk seorang diri tak pon kongsi dgn roomate atau rakan-rakan yang rapat jer...bagi aku, ilmu yang aku dapat menerusi pembacaan aku nih perlu disebarkan kepada semua rakan-rakan aku... Post kat facebook ??? Malaslah...bukan apa, fb nih kalau dah bukak sekali paling kejap pon 2jam baru nak signout...tue pon bukak notifications, comment & balas message. Banyak masa terbuang kat situ jer...sebab itu lah saya jarang bukak fb nih...bukak pon nak tengok info-info dari group KJ Family & Majmuah4...mana lah tau kot-kot ade benda penting. Oleh hal yang demikian, saya bercadang nak berkongsi segala ilmu yang diperolehi dengan menggunakan wadah media massa blog ini. Niat, insyAllah Lillahi Taala...hanya untuk menyampaikan ilmu.


Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog ni dinamakan "PENTAS HIDUP AURORA". Kalau soalan ni ditanya kat kawan-kawan Maahad Ahmadi, mesti ramai yang cakap aku ni dulu fanatik kat band ESTRANGED sampai aku hayati sangat-sangat lagu yang paling best, tajuk lagu die "Aurora". Memang betul, mase tue aku suke sangat dengar lagu-lagu Estranged macam Yang Pernah, Itu Kamu, Chocolate Syrup, Ketika Ini & Masa. Nak cerita fanatik aku tue sampai aku hafal setiap lagu-lagu diorang. Palito (radio kecik) aku pon selalu kena rampas kat BPP sekolah aku dulu, yer lah radio dulu kire barang haram kat asrama aku. Lagho. Tapi tue sume cerita hitam & putih aku sewaktu sekolah menengah dulu. Aku kini sebagai mahasiswa di Universiti Malaya, kos Asasi Syariah. Sekarang ni kat kampus Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.


Mula-mula rasa seronok sangat sebab dapat masuk UM, ingat hidup kat universiti nie boleh enjoy-enjoy, study pon boleh last-last minit. Standard lah, student baru masuk universiti. Jakun.  Masuk 1st day kat UM, aku terkejut sangat !!! Semua student datang berkopiah & muslimat, semua bertudung labuh. Mestilah kos agama & kampus aku ni pon kat Kelantan, banyaklah ciri-ciri Islamik kat sini. Bagi aku situasi kat UM Nilam Puri nie tak ubah macam Maahad Ahmadi aku dulu. Bosan asyik same jer. Tapi, alhamdulillah...setiap yang ditetapkan oleh Allah pasti ada hikmah. Tidak sampai 2 tahun aku kat kampus Nilam Puri nie, aku mula ade rasa minat yang lain macam untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Rasa seronok. Addition, kawan-kawan kat sini pon hebat sangat dalam agama. Persahabatan ??? Ya, kat sinilah aku jumpa erti Ukhwah Fillah. Lagu-lagu estranged yang aku minat dulu pon dah tertukar dengan melodi-melodi islamik. Bab-bab lagu nasyid nie...saudara zaki & nazmi lah yang banyak mendorong aku untuk mendengarnya. Mula-mula aku just minat melodi (memang aku suka sangat dengar muzik) tapi lama-lama aku tertarik kepada lirik-lirik nasyid yang banyak membawa mesej motivasi & dakwah. Start kat UM nie lah bermula detik aku sebagai ahli nasyid. Estranged ??? Biarlah, kadang-kadang kalau rase nak dengar, dengar macam tue jer lah, tak fanatik dah.


Estranged, band korang memang best...tapi sorry lah, aku tak boleh
nak fanatik kat band korang lagi -arios-

Kita sambung balik bab tajuk blog aku, Pentas Hidup Aurora. Memang pemilihan nama blog aku ni sekadar ape yang terlintas kat fikiran aku masa mula-mula buat blog. Tapi aku kena relevan kan dengan diri aku gak. First, apa yang aku maksudkan dengan Pentas Hidup ialah "dunia hari ini". Dunia, apa yang aku faham suatu tempat yang padanya ada banyak makhluk yang bernyawa, semuanya pelbagai manusia, haiwan & tumbuhan. Tapi apa yang aku nak takrifkan ialah dunia kita sebagai hamba Allah di muka bumiNYA. Sebenarnya kita semua sedang beraksi atau sedang membuat persembahan di atas satu pentas yang amat luas. Persembahannya, banyak sangat !!! Ade yang best (makruf) & ade yang hampeh (mungkar). Judge untuk persembahan ni satu jer...Allah Azza Wa Jalla. Ramai yang tak perasan JURI persembahan nie. Sebenarnya Dia nampak semua yang terjadi kat atas"Pentas" tapi peserta persembahan jer yang tak nampak JURI nie...Allahu Akbar. Maklumat pasal JURI nie kita-kita jer yang tau ea...rahsie taw...hehe. Oleh sebab kita dah tau setiap pergerakan kita kat atas "Pentas" sedang diperhatikan, kita buatlah persembahan yang paling memuaskan hati JURI kita. Jangan buat segala kesilapan yang akan buat kita kekurangan markah. Mula-mula kita buat persembahan tema (wajib) pastu buat lah extra marks (sunat). Kalau banyak markah insyAllah kita menang kat hujung persembahan nanti. Jom, kita buat Best Performance...:)



Tak payah jealous kat artis yang selalu buat show kat atas stage kecik nih,
Stage kita lagi besar (Dunia), semoga kita dapat persembahan terbaik nanti....insyAllah.


Last sekali, saya nak terangkan kenapa saya guna perkataan Aurora. Semua tau kan Aurora tu apa. Ke ade yang tak tau lagi ??? Ok lah...

Aurora ialah cahaya semulajadi yang kelihatan di langit, di waktu malam, terutamanya di kawasan kutub utara dan selatan dari masa ke masa sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Aurora berlaku di kawasan antara 65 to 72 darjah garis lintang utara dan selatan (kawasan Artik dan Antartika). Di kutub utara, aurora ini di kenali sebagai aurora borealis, manakala aurora di kutub selatan dinamakan aurora australis. Ini merupakan salah satu fenomena alam yang terjadi dari masa ke masa…. Subhanallah.



aurora borealis

alaska aurora
aurora boreal

Banyak lagi gambar Aurora ni sebenar nyer, semua cantik-cantik kan...subhanallah. Cuba anda bayangkan macam mana cantik nya "Pentas Hidup" kita kalau ada nya Aurora nie...aman & indah sekali. Saya ibaratkan Aurora ini sebagai akhlak seseorang yang beriman. Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul pasti akan menjaga akhlak demi mendapat keredhaan Ilahi sekligus mencerminkan Islam itu indah. Bak kata orang "akhlak itu menggambarkan iman seseorang". Justeru, marilah kita sama-sama membaiki akhlak agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Itu pon kalau kita nak "Pentas" kita cantik lah kan...hehe.

Macam tue lah cerita penamaan tajuk blog saya. Walaupun dalam sekejap jer fikir nama tajuk nih, rupa-rupanya akan ada maksud yang tersirat lagi tersurat disebaliknya. PENTAS HIDUP AURORA. Moga-moga blog ini mampu menyampaikan ilmu yang bermanfaat kelak. Walaupun blog ni tak seindah Aurora tapi insyAllah, ilmu-ilmu yang bakal di-update-kan sangat indah bagi sesiapa yang mencintai ilmu....insyAllah...






**** disebabkan ada unsur-unsur fitnah sebelum ini, saya telah mengolah semula entri ini pada 30/12/2012...asif, ala kulli hal...










Sunday 22 January 2012

بسم الله الرحن الرحيم

Dengan kalam "bismillahirrahmanirrahim" saya mulakan blog ini. Moga-moga blog ini mampu memberi manfaat kepada anda semua. Selain itu, diharapkan blog ini mampu membuatkan saya istiqomah dalam menyampaikan ilmu yang saya perolehi dan yang PALING PENTING dapat menjadikan diri saya untuk terus mencari ilmu Allah di muka bumi ini. Marilah kita bersama menggunakan media elektronik ini dengan sebaiknya...insyAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...