Tuesday 29 May 2012

ceritera Ustaz Azhar Idrus di Puchong


Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Pada 26 Mei 2012 : Saya berserta saudara Azri, Khusairi dan lapan orang  senior UM ( termasuk saudara Syairazi, Abdul Rahman & Hud ) telah mengikuti satu kuliah maghrib di Masjid As-Sallam, Puchong Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.




Kuliah maghrib itu yang pada asalnya dijadualkan akan diadakan di PICC, Putrajaya telah dibatalkan di saat-saat akhir. Alasan yang diberikan ialah kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di Putrajaya sekaligus menyukarkan program Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung cemerlang (kot) 23-27 Mei di Putrajaya. Walhal, hakikat sebenarnya kuliah Ustaz Azhar akan digantikan dengan persembahan artis luar negara dari Korea yang popular dengan persembahan K-Pop.




"terbaik" lah buat k-pop...bleh tambah ilmu !!!


Disebabkan malas ingin berbalah & lebih utamakan penyampaian ilmu dalam keadaan aman, pihak Ustaz Azhar telah menukarkan lokasi kuliah ke Puchong. Walaubagaimanapun, kuliah maghrib Ustaz Azhar tetap disambut hebat bukan sahaja oleh penduduk Selangor malah ada yang sanggup datang dari utara semata-mata untuk menghadiri majlis ilmu ini.


Bukan puluhan, bukan ratusan tetapi ribuan tetamu yang hadir di Masjid As-Sallam, Puchong Perdana untuk menghadiri kuliah maghrib ini sehinggakan skrin besar terpaksa diletakkan dihalaman letak kereta masjid & ada juga yang terpaksa duduk diluar pagar masjid disebabkan terlalu penuh. Subhanallah…suatu fenomena yang sememangnya luar biasa.


Bak kata Ustaz Azhar kuliah di Puchong ini antara salah satu kuliah maghrib yang ramai dihadiri tetapi yang paling ramai seingat beliau di Kulim, Kedah iaitu sekitar 50 ribu tetamu. Sehinggakan satu konsert Legend yang dijalankan berhampiran hanya dihadiri puluhan orang. Padan muka…hehe. Tahniah warga Kedah !!! 








Selesai solat maghrib, majlis ilmu dimulakan dengan sedikit kata-kata aluan imam masjid As-Sallam. Setelah menceritakan serba-sedikit mengenai masjid tersebut  yang merupakan antara masjid yang terbaik di negeri Selangor, majlis diserahkan sepenuhnya kepada al-fadhil Ustaz Azhar.


Tajuk kitab yang dibacakan oleh Ustaz Azhar ialah “Anak Kunci Syurga”. Jam yang pertama menceritakan kewajipan kita mengenali Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. “Sesiapa yang tak tahu nama penuh Rasulullah S.A.W berdosa”. Itu lah peringatan Ustaz Azhar, tetapi yang dimaksudkan dengan mengingati nama penuh Rasul ialah sekadar Muhammad B. Abdullah B. Abdul Mutalib. Jika kita mengaku cintakan Rasulullah segala perihal baginda mestilah kita ketahui. Mengapa kita boleh mencintai seseorang tetapi kita tak tahu biodata dirinya ? Renungkan….


Rasulullah kita ialah pemimpin yang paling TERhebat !!! Tidak boleh dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang ada dimuka bumi ini. Kalau nak dibandingkan memang amat ketara perbandingannya, bak kata ustaz “macam kita nak bandingkan kereta Kancil dengan kereta Lamborghini”. Jauh sekali perbandingannya. Masakan tidak pemimpin-pemimpin yang telah dilantik pada hari ini semuanya telah dipilih oleh orang-orang jahil. Maksud jahil disini seperti yang diterangkan ustaz, masih ada benda yang belum kita ketahui dan masih memerlukan kepada pembelajaran. Sebaliknya, Nabi Muhammad telah dipilih oleh Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui untuk menjadikan baginda seorang pemimpin kepada sekalian manusia. Memang tak boleh digambarkan perbezaan antara manusia dengan Allah, begitulah jua keadaannya antara Rasulullah dengan pemimpin yang lain. Tiada tolok bandingnya.


Nabi Muhammad merupakan Rasul & Nabi yang terakhir (khotamun nabiyyin wal mursalin). Tak mungkin wujud nabi atau rasul selepas kewafatan baginda S.A.W. Walaupun Nabi Isa masih hidup dan akan diturunkan disaat “akhir” nanti, bukanlah bermakna Nabi Isa ialah penutup bagi sekalian nabi. Nabi Isa A.S dilantik sebelum perlantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Isu nya di sini, penutup bagi sekalian Rasul & Nabi adalah berdasarkan perlantikan Rasul bukannya jangka usia nabi tersebut. Maka jelaslah, perlantikan Rasul yang terakhir hanyalah Nabi Muhammad S.A.W.  


Info tambahan, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W ada beberapa pihak yang mendakwakan dirinya sebagai Rasul antaranya Musailamah. Begitu biadapnya Musailamah ini sehinggakan dia juga mengaku mempunyai mukjizat yang sama seperti Rasulullah yang boleh menyembuhkan mata seorang yang  mempunyai mata yang rosak (kelabu pandangan). Selepas diminta oleh para sahabat untuk menunjukkan bukti  ke-mukjizat-an  nya itu, Musailamah meludah ke mata seseorang yang berpenyakit mata kelabu. Sebaliknya berlaku, bukan pulih mata tersebut bahkan terus menjadi buta. Musailamah kemudian dihukum bunuh. Di zaman ini, Ghulam Ahmad Qadiani juga turut mengaku dirinya lebih hebat daripada rasul “ana afdhol minal rasul” . Malaysia juga tidak terlepas dengan pengakuan berani keji ini. Kajian Ustaz Azhar mendapati daripada jumlah sebenar kes ajaran sesat di Malaysia sebanyak 99% daripadanya tidak berani mengaku sebagai nabi tetapi hanya 1% sahaja yang mengaku dirinya sebagai nabi…hehe…faham-fahamlah sape orang tu yer...hehe.



inilah rupa mirza Ahmad Qadiani


maaf, statistik lamo plak...xpo kan...hehe




Selesai sesi penerangan kitab “Anak Kunci Syurga” , Ustaz Azhar memulakan jam ke-2 dengan membacakan soalan-soalan yang diberi dalam bentuk surat oleh para tetamu yang hadir. Ada beberapa soalan yang sempat saya notakan, antaranya :



1.   Isteri malas solat, alasan sebab tidak ikhlas kalau nak solat orang suruh. Lagi pun suami yang tanggung. JAWAB USTAZ : Wajib laksana solat sama ada orang suruh atau tidak.

2.   Wuduk dengan terjun dalam kolam berserta niat. JAWAB USTAZ : Sah. Ada wuduk sentuh najis. Tidak batal wuduk.

3.   Makan buah limau sembahan orang cina. JAWAB USTAZ : Haram sebab makan benda pemujaan.

4.   Solat sunat selepas azan hari Jumaat. Mana lebih afdhal solat sunat qobliyah atau solat sunat tahiyatul masjid. JAWAB USTAZ : Kalau khutbah dah start, solat sunat tahiyatul jer yang boleh, selainnya haram.

5.   Bogel depan ayat suci al-Quran. JAWAB USTAZ : Tidak haram, fahami maksud buka aurat. Aurat ada 2 jenis : Aurat dalam solat dan aurat sesama manusia. Haiwan & benda (televisyen) termasuklah ayat suci al-Quran tidak termasuk dalam kes haram dedah aurat.

6.   Letak gambar ulama dalam rumah. JAWAB USTAZ : Ade dua pendapat, haram & harus. Pendapat yang harus, boleh meletakkan gambar tetapi dengan syarat.  Kalau kita pandang gambar seseorang ulama itu kita akan ingat akhirat. Kalau gambar pemimpin yang dibolehkan hanya pemimpin yang adil.

7.   Makan telur penyu. JAWAB USTAZ : Boleh jika mampu beli…hehe.

8.   Memilih suami yang tak boleh baca al-Fatihah. JAWAB USTAZ : Boleh, sebab boleh diperbetulkan.

9.   Mengimami semasa tahiyat akhir. JAWAB USTAZ : Boleh selagi belum memberi salam.

10. Derma untuk orang yang bukan Islam. JAWAB USTAZ : Harus dengan syarat, kegiatan yang halal seperti derma untuk anak-anak yatim, fakir miskin atau mangsa bencana. Haram jika menderma bagi tujuan membina kuil dan sebagainya.

11. Cukur jambul (bayi). JAWAB USTAZ : Ada dalam Islam iaitu tahnik. Hukumnya sunat. Rasulullah suruh cukur semua rambut  sehingga licin bukan seperti adat melayu, cukur tapi tidak habis. Perbaiki…

12. Beronani bagi suami yang isterinya kerja jauh atau sebaliknya. JAWAB USTAZ :  Tetap tidak boleh. Bagi yang isterinya kedatangan haid, boleh ber”onani” tetapi hanya dengan menggunakan tubuh isteri kecuali dubur.

13. Kain kapan 5 helai untuk perempuan, 3 helai lelaki. JAWAB USTAZ : Tidak wajib, hanya sunat.

14. Amalan atau cara yang membolehkan kita melihat amalan seseorang itu diterima atau tidak. JAWAB USTAZ : Tiada.

15. Solat jemaah tetapi terdapat banyak jemaah lain. JAWAB USTAZ :  Boleh kalau tidak sengaja.

16. Motosikal asyik accident. Mandikan motor dengan air yassin. JAWAB USTAZ : Tiada nas atau dalil, cuma boleh bersolat hajat.

17. Hukum hisap ganja. JAWAB USTAZ : Apa-apa yang bertujuan untuk khayal, haram sama seperti arak.

18. Mengapa solat Subuh, Maghrib dan Isya baca kuat. JAWAB USTAZ : Sunat sahaja. Bahkan kalau membaca kuat untuk solat Zuhur & Asar tetap sah. Samalah juga perihalnya jika Subuh, Maghrib dan Isya membaca dengan suara yang perlahan masih juga sah solatnya.

19. Hukum pemberian yang diambil kembali (buruk siku). JAWAB USTAZ : Haram, kecuali untuk ayah ambil kembali pemberiannya daripada si anak. Hadis. Ulama juga turut menafsirkan ayah juga boleh diseertikan dengan ibu atau datuk.

20. Kahwin 4 sekaligus. JAWAB USTAZ : Boleh jika mampu dari segi zahir dan batin.

21. Air wuduk dari janggut mendapat ganjaran hebat. JAWAB USTAZ :  Hadis doif. Sememangnya, air wuduk menjadi saksi ibadah kita kelak.

22. Kedai makan menjalankan perniagaan pada waktu solat, terdapat pelanggan yang tidak menunaikan solat. JAWAB USTAZ : Tuan kedai tidak menanggung dosa tersebut. Tetapi majikan perlulah menyuruh semua pekerjanya menunaikan solat. Pemilik kedai juga perlulah memikirkan cara yang dapat mengajak pelanggan turut menunaikan solat.

23. Menjalankan bisnes di masjid. JAWAB USTAZ : Boleh, tapi bukan dikawasan ruangan solat.

24. Jodoh dipersetujui calon isteri dan mentua. Calon isteri merupakan seorang yang alim dan solehah. Tapi ayah dan ibu sendiri tidak mempersetujui. JAWAB USTAZ : Pengantin lelaki sah kahwin walaupun tanpa persetujuan ibu bapa. Bahkan,  pengantin perempuan  pun sama perihalnya.
 
25. Hukum isteri syak pada suami dikhuatiri mempunyai perempuan lain. JAWAB USTAZ : Tiada, lelaki boleh berkahwin sehingga empat.

26. Solat jamak takhir zuhur asar mana lebih afdhal. JAWAB USTAZ :  Boleh pilih. Tetapi jamak taqdim tak boleh dipilih. Wajib zuhur/maghrib.

27. Solat tanpa ketiadaan air atau debu. JAWAB USTAZ : Boleh solat, Islam itu indah tetapi harus menggantikan solat tersebut.

28. Terbuka aurat ketika di dalam solat. JAWAB USTAZ : Ada dua jenis aurat, aurat ketika dalam solat dan aurat sesama manusia. Kalau terbuka aurat dalam solat, masih sah solat jika ditutup dengan kadar yang segera dan hanya menggunakan tiga gerakan.






Memang banyak sungguh persoalan-persoalan mengenai bab fiqh terungkai pada malam itu. Semuanya terjawab dan diberi penerangan dengan jelas oleh ustaz Azhar berserta dalil. Sudah pastinya ada sedikit jenaka yang diselingkan bagi menjelaskan lagi situasi sebenar permasalahan. Termasuklah ayat-ayat wajib seperti  kereta Wajja, JKK dan Angry Bird…hehe.


Diharapkan ustaz Azhar dapat hadir lagi ke masjid-masjid area Puchong nie. Kami sebagai masyarakat di Puchong sentiasa menerima kedatangan orang-orang yang berani dalam menyampaikan ilmu seperti ustaz.


Saya juga tertarik dengan kata-kata ustaz sejurus sebelum kuliah ditamatkan “fenomena Islam kini sudah berubah”. Maksud yang tersirat itu begitu mendalam.


Ustaz Azhar Idrus memang seorang ustaz atau daei yang amat hebat, tapi kita kena ingat suatu perkara umat yang jahil kini terlalu ramai, umat yang fasik juga terlalu ramai, umat yang biasa-biasa juga sudah bersepah…bagaimana pula dengan bilangan si pendakwah & alim ulama ? Amat amatlah sikit..sangat sukar sekiranya kita hendak bergantung harap kepada seorang pendakwah sahaja. So, mainkan lah peranan kita sedaya yang mungkin. Jangan tunggu kita perfect untuk sampaikan dakwah, sebab sampai bila-bila pun kita tidak akan perfect….wallahu a’lam. J



Masjid As-Sallam


p/s : Makluman, soalan-soalan yang saya catatkan telah saya olah serba-sedikit. Jika ada kesilapan sila perbetulkan yer....hehe. Tapi kalau ada soalan yang tak faham atau tak berapa jelas pon boleh jer tanya saya...insyAllah, saya boleh tolong jelaskan.


























Monday 21 May 2012

Raja murka apabila suratnya tidak dibaca


Raja tentu murka jika rakyat tidak membaca surat arahan baginda. Raja tentu murka, jika surat arahannnya cuma dibaca tetapi tidak difahami, Raja tentu murka jika surat arahannya cuma difahami tetapi tidak dipatuhi. Demikianlah juga al-Quran yang merupakan surat arahan daripada Allah SWT kepada manusia, mestilah dibaca, difahami dan dipatuhi. Jika tidak kita akan terdedah kepada kemurkaan Allah SWT. Di akhir zaman al-Quran naik ke langit dalam keadaan berdengung seperti lebah. Ketika ditanya mengapa naik. Al-Quran beritahu,




أتلى ولا يعمل بي

" Aku cuma dibaca tetapi tidak diamalkan lagi "




Wal iyazubillah...wallahu a'lam.





Petikan Buku Ketika Hatiku Ingin Berhijrah

Penulis Azmi Ahmad





Cintailah Katak


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Baru-baru ini sahabat saya Ikhwan telah mengajak kami (saya & Hafizi) untuk melawat satu pameran yang dianjurkan oleh fakulti Science & Technology di UKM, Bangi. Nak tau tak pameran ape ?







Ya, pameran katak sedunia. Pelik kan…tapi itu lah yang membuatkan kami tertarik untuk melawat pameran ini. Tapi bukan katak jer, haiwan-haiwan amfibia & reptilia yang lain pun ade gak.


Pada mulanya, saya memang tak nak pergi. Bukan ape, mana lah tau nanti pihak penganjur suruh kitorang usik katak ker, usap ular ker dan yang paling takut kot lah diorang suruh cium katak (konon-konon nak tiru citer Princess & Frog) maun tak makan sebulan nanti…hehe.






Tapi bila fikir-fikir balik, lebih baik pergi. Yer lah, bile lagi nak dengar orang nak buat pameran katak. So, saya, Hafizi & Ikhwan dah ready nk pergi pameran tue. Perasaan geli-geleman tolak tepi dulu. Tengok dulu macam mana pameran amfibia & reptilia tuh. Kot selamat bleh lah masuk, kot DANGER situasi kat pameran tuh sumpah tak nak masuk…hehe.


Setibanya di UKM, saya dan Hafizi yang bergerak bersama dari Putrajaya telah pun tiba dahulu di dewan pameran. Takde lah susah sangat nak cari dewan pameran kat bangunan Science & Technology tuh, tapi kena gak lah tanye pak guard kat UKM tuh, kalau tak maun sosek nanti…hehe.


Perkara sebalik nyer berlaku kepada seorang sahabat kami, Ikhwan. Beliau telah sesat di UKM. Terpaksalah kitorang tolong beliau dulu. Bila Ikhwan dah sampai barulah kitorang masuk pameran tuh.


Reaksi pertama kitorang bile masuk dewan pameran tuh, pelik. Yer lah, kosong kot pameran tuh. Padahal, hari yang kitorang pergi tue hari last untuk pameran. Takde orang langsung !!! Mengapakah ???



sye comel ape....




Ade beberape persoalan kenapa takde orang kat pameran tuh :


1 - Tak best, sebab bile kitorang masuk takde pun haiwan pameran yang hidup. Ade pun yang dah direndam dalam balang berisi air. (lomeh lah katak tuh….hehe)


2 - Menggelikan orang ramai. Nama pun pameran katak, of coz lah tak ramai yang datang…nak-nak golongan muslimah…hehe. Walaupun haiwan yang dipamerkan dah mati, tapi tetap menggelikan. Macam-macam “aneka” katak, ular & biawak ade. Sume nyer pelik. Tak pernah tengok pon sebelum nie.


3 – Mungkin kami salah timing datang pameran tuh. Sebab dalam waktu yang sama, Pertandingan Debat IPT sedang rancak dijalankan di UKM.





So, disebabkan kitorang bertiga sahaja di pameran tersebut, terpaksalah kitorang wat macam rumah sendiri. Borak-borak kat tempat info katak, usik-usik balang katak & duduk dengan sesuka hati di meja pendaftaran. Sebelum balik kitorang sempat gak lah tangkap gambar sebagai kenangan kitorang dengan haiwan-haiwan yang cute tuh.


berani kot !!!


lagi berani...haha


cicak yg dah lomeh


model of reptiles







Konklusi lawatan kami. Dapat gak lah kenal beberapa spesies katak yang pelik. Ular yang berbisa, ular yamg comel. Takde lah sia-sia lawatan nie.


Subhanallah, kreatif nyer Allah yang Maha Kuasa. Ini baru kitorang tengok gambar haiwan-haiwan jer, kalau kitorang dapat tengok depan mata sendiri haiwan tue mesti lagi seronok.


Harap-harap akan ade lagi lah pameran-pameran macam ni nanti. Banyak sangat manfaat kepada sesiapa yang mempunyai masa lapang. Sekurang-kurang nyer masa yang lapang tersebut dapat disibukkan daripada terbiar bazir begiti sahaja. Wallahu a’lam








Tuesday 8 May 2012

KARIMS di Masjid Hasanah


Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Pada hujung minggu yang lalu, saya dan beberapa sahabat saya yang lain telah mengikuti satu program di Masjid Hasanah, Bangi. Program yang dijalankan selama 3 hari itu diberi nama KARIMS.


Walaupun program tersebut diadakan selama 3 hari, saya dan akhi Hafizi hanya sempat mengunjung selama satu malam jer…hehe. Bukan ape, jauh kot Bangi dgn rumah kitorang…so, datang melawat satu malam pon kire ok lah tu ek… Ikhwan sorang jer yang datang tiap-tiap hari. Itu pon sebab rumah dia kat Bangi…kalau jauh konpem tak datang…haha…(gurau jer)


Program KARIMS ini benar-benar menarik perhatian saya. Yer lah…mana tak nyer, amat jarang sangat kita nak dengar masjid-masjid yang nak adakan program yang berbentuk ilmiah dan riadah kepada masyarakat. Nak tau ape program tue ?





PROGRAM RIADAH
Jangan pelik kalau saya cakap program KARIMS nie ada acara sukaneka. Bukan tue jer, permainan futsal & explorace pon ade gak taw. Hebat program nie, mungkin nie salah satu cara mereka yang menganjurkan program KARIMS nie untuk menarik minat golongan syabab(remaja). Ape-ape pon memang terbaik penduduk-penduduk Bangi.







PROGRAM ILMIAH
Kalau yang program berbentuk ilmiah memang banyak. Ade program ceramah Tanyalah Ustaz kot. Malam yang saya datang tuh ade ceramah Ustaz Dr. Zaharudin dari USIM. Tajuk malam tue plak memang isu yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Pasal wang. Saya pon sempat gak lah hantar satu soalan (mesej) tapi tak sempat dijawab ustaz…huhu. Yer lah ramai gak kot nak tanye.. tapi bagus lah penduduk kat sekitar Masjid Hasanah tue, dah lah ramai yang datang…tanya soalan plak yang bagus-bagus. Ape-ape pon syukran yer Ustaz Dr.Zaharudin sebab semua soalan terjawab dengan baik.


Selepas solat Isya, majlis diteruskan lagi dengan berlangsungnya agenda forum di perkarangan masjid. Forum yang bertajuk “Keluarga Bahagia, Menuju Syurga” telah menarik ramai pengujung. Nak cakap ramai tuh, sampai khemah tempat duduk penuh kot. Terpaksa lah kitorang duduk atas tikar.


Bohong lah kalau saya cakap orang ramai datang sebab tajuk forum best an…erm..sebenar nyer, tajuk forum tuh memang best, tapi yang buat lagi best 2 orang ahli panel malam tue memang brilliant & famous. Ustaz Fauzi Mustafa & Ustaz Hasrizal Abd. Jamil. Penerangan untuk mencapai Keluarga Bahagia disyarah dengan jelas berserta jenaka-jenaka yang amat segar. Tak kering gusi kot.





Sedikit Perkongsian Forum :
1 - Keluarga Bahagia mesti diliputi Sakinah (ketenangan), Mawadah (cinta) dan Rahmat.

2 - Suami, sebagai ketua keluarga mesti memberikan didikan agama kepada keluarga. Mesti tau bentuk didikan yang macam mana. Lagi satu, tak semesti nyer kalau dah hantar anak masuk sekolah agama/tahfiz dah selesai tanggungjawab. Ibu bapa juga harus memainkan peranan dengan mendidik di rumah.

3 - Sape yang cakap “Lepas kahwin nanti boleh lah belajar agama“ memang silap. Ilmu pengetahuan tentang agama perlu didalami terlebih dahulu sebelum berani untuk melangsungkan pernikahan, kalau tidak.. keretakan rumahtangga akan senang berlaku. Tue pasal lah banyak kes penceraian berlaku sekarang nie, semuanya mungkin kerana ketiadaan ilmu agama yang mencukupi sebelum perkahwinan.

4 - Jadikan rumahtangga Rasulullah sebagai contoh. Rasulullah SAW menjadikan isteri-isterinya sebagai teman. Suka bergurau senda bersama isterinya dan tidak menyusahkan isterinya dalam menjalankan urusan rumah (jahit capal, memerah susu & sebagainya semua dilakukan baginda sendiri). Penampilan baginda SAW juga tidak berbeza dihadapan isterinya. Sebagaimana Rasulullah berpenampilan kemas di luar rumah, begitulah juga keadaannya di dalam rumah baginda.

5 - Rasulullah bijak membahagikan masa baginda untuk urusan keluarga & dakwah. Pembahagian waktu baginda SAW di rumah pula dibahagikan kepada tiga. Pertama, masa untuk pengurusan diri seperti mandi, makan dan berpakaian. Kedua, baginda bijak meluangkan masanya di rumah untuk keluarga baginda. Terakhir peruntukan masa baginda untuk Allah. Pada malam hari, Rasulullah akan meminta izin terlebih dahulu kepada isterinya untuk meluangkan sedikit masa untuk ‘bertemu’ Rabbul Izzati.



masjid hasanah



Walaupun saya hanya mengunjunginya untuk satu malam, apa yang saya dapat malam tue amat memberi kesan selain menambah ilmu. Untung nyer sape yang pergi semua program KARIMS tue. Tahniah !!


Harap-harap lah lepas nie banyak lagi masjid kat Malaysia nie yang dapat menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti yang dilakukan di Masjid Hassanah, Bangi. Peranan masjid sebenar nyer mampu menyatukan ummah. Masjid yang sarat dengan majlis ilmu dan program-program yang bermanfaat mampu untuk menarik golongan muslim yang sudah lupa kepada masjid sekaligus menghidupkan masjid tersebut.


Kita juga boleh memainkan peranan dengan menghadiri setiap acara yang dianjurkan masjid. Kalau nak lagi best, ajak lah kawan-kawan kita, tak pun ajak jer ahli keluarga kita. Erm…mesti best kan…wallahu a’lam










Wednesday 2 May 2012

Fiksyen 302


Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Kepada si penggemar novel. Especially, novel yang bergenre seram. Baru-baru ini saya baru sahaja selesai menelaah Fiksyen 302. Novel ini pada luarannya hanya kelihatan seperti novel-novel biasa yang lain. Mungkin memberikan sedikit keistimewaan kerana penulis Fiksyen 302 ini ialah Ramlee Awang Murshid. Al-maklum novelis thriller nombor 1 Malaysia. Cuma yang memberi sedikit kelainan dalam nukilannya kali ini berkonsepkan psikologi thriller. Menjurus kepada aspek psikologi bilazim ataupun tingkah laku abnormal.


Menguji minda. Para pembaca novel ini pasti akan mengerahkan keringat untuk ligat memikirkan persoalan-persoalan yang penuh misteri yang masih menjadi tanda tanya. Ini adalah cabaran utama kepada pembaca Fiksyen 302.







“ Teori question mark merupakan pendekatan asas dalam Fiksyen 302. Fiksyen adalah khayalan dan 302 menjurus kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. Cuma dalam Fiksyen 302 adalah keterbalikkan peraturan serta perundangan. Maknanya – hukuman mati dilaksanakan menerusi individu tertentu,” jelas Ramlee secara ilmiah tapi sengaja menyatakan dalam bentuk fiksyen.


Sipnosis FIKSYEN 302 :

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja’ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampri serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.


Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu itu tidak dapat diselesaikan.


Tahun 2032 – seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan dua orang pakar psikiatri bertujuan merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan… tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan !

Selamat Membaca…. Wallahu a’lam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...