Wednesday, 27 June 2012

Ustaz Azhar Idrus di KUIS


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum saya mulakan, saya ingin memberitahu tujuan saya mengeluarkan entri-entri yang membabitkan penglibatan saya dalam mana-mana majlis bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk. Ianya sekadar perkongsian bersama. Jika ada kesilapan sila tegur. Syukran.







Pada 23 Jun 2012 : Saya, adik (Zuhaily) bersama sepupu (Pzul) serta beberapa sahabat (Hafizi, Ikhwan, Nazri, Nazmi, Abu, Redho) telah menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus di Bangi. Untuk kuliah maghrib kali ini, Ustaz Azhar telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seperti kebiasaannya, kuliah UAI tetap mendapat sambutan ramai tidak kiralah dimana sahaja ianya dianjurkan. Mantop lah !!! hehe…




ustaz KAFA


oOoO...patot lah Bakar takde kopiah,,ade orang pinjam rupe nyer....hehe

knape tue nazmi ??




Selesai solat maghrib, majlis terlebih dahulu diacarakan dengan baik oleh pengerusi majlis. Beliau telah menyampaikan sedikit pesanan dan sedikit tazkirah. Antara peringatan pengerusi majlis ialah suatu potongan hadis :
                                      

“Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.”

(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)


Syukran pengerusi majlis, peringatan itu benar-benar menaikkan semangat saya supaya lebih kerap menghadiri majlis-majlis ilmu selepas ini.

Setibanya Ustaz Azhar, majlis pun bermula. Ucapan VIP dari pihak KUIS telah membuka tirai majlis mulia ini. Ucapan yang singkat oleh VIP itu telah melancarkan lagi majlis ini. Seterusnya, tanpa melengahkan masa pengerusi majlis telah menyerahkan majlis sepenuhnya kepada Ustaz Azhar untuk menyampaikan kuliahnya.

Berpandukan kitab “Anak Kunci ke Syurga”, ustaz telah mensyarahkan beberapa perkara penting mengenai peristiwa Israk dan Mi’raj.




Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Israk dan Mi’raj merupakan setengah daripada mukjizat Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini amat penting dan kita sebagai umat Islam wajib mempecayainya.



Setelah memberikan makna mukjizat, Ustaz Azhar menerangkan pula perbezaan antara mukjizat & karamah.

Mukjizat ialah perkara pelik yang terjadi dan hanya dimiliki oleh para nabi dan rasul. Mukjizat yang paling banyak dimiliki oleh nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.  Manakala, mukjizat yang paling besar pula ialah Al-Quran.  Kehebatan Al-Quran pada bahasa di dalamnya, indah pula tasbih di dalamnya serta pelbagai lagi keistimewaan kitab mulia ini. Bersama kita mengkaji nyer…

Ustaz Azhar juga sempat berpesan perbanyakkan membaca al-Quran. Hal ini adalah kerana, Al-Quran telah menjadi salah satu contoh mukjizat yang telah dilupakan. Mana tidak nyer, anak-anak muda masa kini kurang terdedah dengan pembelajaran Al-Quran, apatah lagi memahami ayat kandungannya. Sebalik pula yang berlaku, hiburan duniawi paling menonjol dan menarik minat belia kini. Bahkan, ada program-program atau rancangan yang menguji daya hafalan mengenai lirik lagu !!! Wah…mana lagi mulia nie, lagu artis atau kalam Allah ???

 Ingatlah, di dalam kubur kelak ada suatu soalan. Soalan ni dah bocor lama pon. “Ma imamuka ?”. Al-Quran  imami. Senang kan ?? Tapi kenapa ramai tak tau lagi.





Karamah pula suatu kemuliaan yang dimiliki oleh orang yang istimewa. Contoh nyer, Imam Bukhori. Karamah beliau ialah mampu menghafal berpuluh ribu hadis. Sesuatu yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh insan yang biasa-biasa. Karamah juga boleh berlaku kepada para ulama.







Setelah selesai sesi syarah kitab, jam seterusnya diteruskan dengan sesi soalan. Keadaan sedikit berubah. Hadirin yang tadi kelihatan agak sedikit mengantuk kini kembali segar. Hadirin yang sebelum tadi terbongkok memegang handphone kini tegak, memperbetulkan duduk mereka. Tak kurang juga hadirin yang rancak bersembang sebelumnya sanggup membisu pula kali ini. Pelik. Semua kelihatan fokus !!! hehe…



sampai skrin besar pon terpaksa digunakan,,,ade lah dalam 4 layar kot..




Sepanjang satu jam sesi soalan berlangsung, saya cuba mencatatkan seberapa banyak soalan berserta jawapan sebagai perkongsian kita bersama. Antaranya ialah :



1.  Hukum memakai pakaian/jersi yang mempunyai lambang salib, contoh nyer jersi Portugal. JAWAB USTAZ : Kalau tak jelas, tak ape. Tapi untuk jersi Portugal, Ireland, Brazi dan banyak lagi jersi bola yang memang dah jelas ada lambang salib, haram memakainya. Tapi tak haram nak sokong team-team tersebut. Atas nasihat saya pula, sokonglah Jerman untuk Euro 2012 nie…hehe.

2.  Seseorang yang belajar agama, tetapi akhlaknya tidak melambangkan sesorang yang berpendidikan agama. JAWAB USTAZ : Tidak semua manusia sempurna, tetapi kita kena ingat, para pelajar yang bukan dalam bidang agama juga perlu berakhlak seperti yang dianjurkan agama. Semua muslim sama.

3.  Dengar lagu cinta Islamik, contoh nyer Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain. JAWAB USTAZ : Tengok niat. Jangan berlebih-lebih dalam berhibur. Tengok ruh lirik lagu tue.

4.  Adakah Allah ada di langit ?JAWAB USTAZ : Tiada hadis.

5.  Seorang pemandu teksi membawa penumpang ke Genting Highland, dikhuatiri bersubahat jika penumpang berkunjung ke Genting untuk berjudi. JAWAB USTAZ : Kalau kita tak tau, tak ape. Harus pula kita tidak bertanya kepada penumpang apa yang akan dilakukannya di sana. Ingat, tak payah tanya !!!

6.  Jiran yang mempunyai kucing, tetapi membiarkan kucingnya membuang najis merata-rata. Apa hukum menyusahkan jiran ? JAWAB USTAZ : Tak berdosa kucing tue. Tuan kucing berdosa jika dia tau yang kucing peliharaannya menyusahkan orang lain, tapi kalau tuan dia tak tau kita mesti memberitahunya. Tuan kucing wajib cuci najis-najis kucing tue.

7.  Sudah berumur 20 tahun dan masih lagi belajar. Hasrat ingin berkahwin tetapi dihalang keluarga. JAWAB USTAZ : Tengok kemampuan diri, jangan ikut nafsu. Jika mampu, kahwinlah. Restu ayah dan ibu hanyalah perkara sunat. Tanpa restu ibu bapa pon masih boleh berkahwin tidak kiralah muslimin atau muslimat.

8.  Adakah doa seorang anak angkat sama taraf dengan doa si anak kandung ? JAWAB USTAZ : InsyAllah,,,dengan syarat beriman kepada Allah. Bahkan, mungkin boleh jadi doa si anak angkat lebih tinggi taraf nyer.

9.  Bagaimana nak memulihkan hubungan dengan ayah yang garang. JAWAB USTAZ : Rapat dengan ayah, jadikan dia “best friend”. InsyAllah,,lembut hati nyer.

10. Hukum menonton wayang. JAWAB USTAZ : Movie tak haram, panggung tak haram. Tapi dengan syarat movie yang ditayangkan takde adegan terlarang, di dalam panggung pon takde perbuatan sumbang.

11. Cara menahan diri dari sikap tamak dan haloba. JAWAB USTAZ : Ingatlah,,sikap ini dibenci Allah dan tempat orang bersikap tamak dan haloba ini di akhirat kelak hanyalah di neraka.

12.  Melakukan jimak dengan isteri pertama pastu jimak dengan isteri kedua tanpa mandi. JAWAB USTAZ : Betul ke ni ? Boleh, sebaik-baik nyer bersihkan diri terlebih dahulu. Kebersihan separuh daripada iman.

13. Menangguhkan haji kerana Pilihanraya. JAWAB USTAZ : Ini soalan telagah…hehe. Pendapat ustaz, seelok nyer pergi haji dan mendoakan kemenangan kepada pihak yang benar.

14. Seorang isteri yang sudah tiada dara sebelum berkahwin tetapi tidak memberitahu suami. JAWAB USTAZ : Takpe, hal ini tidak dikira berbohong kepada suami sebab perkara tersebut berlaku sebelum perkahwinan. Tapi kalau nak bagi tau pon boleh jugak.

15. Mencukur bulu kening bayi. JAWAB USTAZ : Makruh. Tapi haram kepada perempuan sebab tarik perhatian lelaki.

16. Seseorang yang ingin berubah tetapi dicakap-cakap (sindir/hina) oleh orang lain. JAWAB USTAZ : Jangan marah, terima dengan seada nyer. Hayati kisah perjuangan Rasulullah semasa awal pembentukan Islam.

17. Sedang menunaikan solat Zuhur, tetapi terdengar azan Asar. JAWAB USTAZ : Teruskan solat, jangan berhenti.

18. Ibu tak bagi duit arwah ayah, walaupun untuk kegunaan perkahwinan. JAWAB USTAZ : Apabila si mati tinggalkan harta wajib difaraidkan. Bagi terus semua duit yang telah difaraidkan kepada anak, si ibu tak boleh memegang duit tersebut dikhuatiri terkeliru dan timbul masalah.

19. Pekerjaan membaiki komputer, tetapi membuka folder yang terdapat di dalam komputer tersebut. JAWAB USTAZ : Haram ianya dikira khianat. Tempat tinggal di neraka.

20. Bermimpi isteri melakukan sesuatu yang tidak baik, walhal isteri seorang yang baik. JAWAB USTAZ : Mimpi bukan takdir.

21. Mak suka memburukkan anak di depan orang lain. JAWAB USTAZ : Anak perlu taat. Berdoalah agar Allah memberi petunjuk kepada ibu.

22. Imam yang menerima elaun tetapi tidak menjalankan tugas. JAWAB USTAZ : Tengok sebab, kalau sakit takpe. Jangan cepat buruk sangka. Tapi kalau tiada sebab dikira tidak amanah. Berdosa.

23.  Memakai barangan kulit, adakah sah dalam menunaikan solat ? JAWAB USTAZ : Sah, tapi bukan kulit najis iaitu kulit bangkai (selagi belum disamak). Kuilt anjing dan khinzir kekal haram tak boleh disucikan.

24. Hukum mencampur pakaina yang terkena air mani ke dalam mesin basuh. JAWAB USTAZ : Tak ape, air mani suci tetapi kotor. Sunat dibersihkan.

25. Minta sedikit nasihat daripada ustaz kepada kaum wanita yang merasakan tarbat wanita rendah di sisi Islam. JAWAB USTAZ : Wanita muslim umpama jam yang dijual di Pavilion berbanding wanita bukan muslim hanya jam yang dijual di pasar malam. Cuba bandingkan jam di Pavilion dan jam di pasar malam. Perbezaanya dari segi harga. Mana lagi mahal ? Sudah tentu jam tangan yang dibeli di Pavilion. Mengapa mahal ? Sebab ianya dijaga rapi. Begitulah seorang perempuan muslim, ianya harus menutup dan menjaga auratnya demi mengekalkan statusnya sebagai jam Pavilion, berbanding jam di pasar malam, boleh diusik sewenang-wenangnya, boleh dibeli dengan harga yang murah dan sudah tentu jam di pasar malam tidaklah dijaga dengan baik. Ingatlah,,sume kerja rumah yang dilakukan mendapat pahala. Contoh nyer memasak, manyapu dan sebagainya. Tapi kalau nak pahala lebih, suruh suami kahwin lagi satu…hehe. (nie jawab ustaz yer)

26. Berjemaah tapi berlainan tingkat. JAWAB USTAZ : Sah.

27. Memakai minyak wangi yang beralkohol. JAWAB USTAZ : Boleh.

28. Cara-cara menghilangkan was-was semasa mengangkat takbir. JAWAB USTAZ : Ini kerja syaitan. Jaga niat. Yakin dan jangan layan penyakit was-was nih. Kalau boleh angkat takbir sekali jer, jangan angkat takbir kali kedua. Kalau ada rasa was-was selepas angkat takbir, hilangkan dengan cakap dalam hati “boh, aku dah niat” atau “aku dah niat cara aku boh”…hehe. Paling penting yakin !!!

29. Adakah air mandi boleh menjadi air mustakmal ? JAWAB USTAZ : Tidak, air hadas sahaja yang mustakmal.

30. Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan musafir selama 3 hari ? JAWAB USTAZ : Yang dimaksudkan dengan 3 hari tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Contoh nyer, kita gerak dari Gemencheh, N.Sembilan pada hari Isnin malam dan sampai di Nilam Puri, Kelantan pada hari yang Selasa pagi. Pada hari Selasa itu dan 3 hari berikutnya iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat kita masih dikira musafir. Tetapi jika kita masih berada di Nilam Puri pada hari sabtu, kita bukanlah berstatus musafir lagi, tetapi status kita telah bertukar menjadi mukim.

31. Melaungkan azan  lebih awal daripada waktunya. JAWAB USTAZ : Jika sengaja, haram kerana ia akan memudaratkan orang lain.

32. Mana satu harus dipilih ? Kedai gunting Islam tetapi seorang lelaki yang memakai rantai (fasik) atau kedai gunting kafir. JAWAB USTAZ : Islam lebih baik daripada kafir. Kata Imam Nawawi, walaupun dia seorang penzina, jika dia muslim dia tetap wali Allah.



raudhatul di KUIS




Sebenar nyer,,banyak kot soalan malam tue. Itu pon tak semua soalan sempat dibaca ustaz, bersepah lagi atas meja  kuliah beliau. Erm,,tak pe lah, mungkin masa tak mencukupi.

Ustaz pon memerlukan rehat yang cukup, sebab keesokannya Ustaz Azhar ada ceramah kat Pandan Indah. Pergh,,,padat jadual ustaz ni sebenar nyer.

Tapi insyAllah,,,segala penat lelah ustaz dalam menyampaikan ilmu dan menjawab segala permasalahan umat Islam mendapat ganjaran hebat di sisi Allah. Seperti firman Allah dalam kitabNya yang mulia :


“Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Surah Muhammad : 7)




Wah, hebat lah ustaz !!! So, kita bila plak nak nak tolong agama Allah ?? Sendiri mau ingat ea..insyAllah, bersama kita menegakkan syiar Islam. Takbir !!!

Allahu Akbar !!!






Wallahu a’lam J













*nota yang saya catat bukanlah seratus peratus sama dengan apa yang Ustaz Azhar cakap, jadi segala kesilapan harap-haraplah ditegur dengan segera.

*segala persoalan yang kurang jelas boleh lah tanya saya melalui facebook. InsyAllah,,,saya akan cuba membantu. Tetapi kalau nak maklumat yang lebih jelas tanyalah ustaz/ustazah atau cari jer maklumat melalui internet…syukran.

















2 comments:

  1. ye ye je ustaz bg contoh moncheh! haha

    ReplyDelete
  2. haha...moncheh contoh yang terbaik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...