Tuesday 24 July 2012

Ramadhan bukan Bulan Puasa


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Tolong jangan cepat melatah dengan tajuk entri kali ini. Dengar dahulu penjelasan dari saya. Kemudian baru boleh bidas….hehe. Sekadar berkongsi.





Sebut sahaja Ramadhan, majoriti umat Islam di seluruh pelusuk bumi tidak kiralah yang berada di kutub ais, gurun temurun, hutan belukar, bandar kosmo dan di mana sahaja, semua faham erti tibanya Ramadhan maka wajiblah ke atasnya puasa.


Tak salah jika mengatakan Ramadhan bulan puasa. Memang itu hakikat. Masalah utamanya di sini, umat Islam kini hanya faham erti Ramadhan hanya pada 4 perkara ini :

1 - Sahur

2 - Tahan lapar dan dahaga

3 - Berbuka

4 - Taraweh



Perkara ini sebenarnya, sudah menjadi suatu tradisi temurun. Tradisi jahil.

Apakah bererti Ramadhan jika ianya disambut hanya untuk puasa ? Mana pula hilangnya perlumbaan ibadah ? Kemurahan dalam bersedekah ? Kewajipan lain yang dituntut agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Adakah ditunaikan ?



nafsu ketika di bazaar



Fenomena segelintir umat yang bergelar Islam kini. 

Ramadhan bererti berpuasa. Maka tak salah jika tak tutup aurat, dedah jer… Tak solat fardhu pon takpe, janji puasa di bulan Ramadhan. Mulut pon boleh mengata dan mengumpat sesuka hati. Jalan-jalan dengan kekasih buah hati intan payung pon takpe, janji jangan zina di siang hari, paling penting puasa tetap puasa. Sesungguhnya aku berpuasa !!!

Adakah puasa sebegini yang dituntut Islam ? Itulah kesilapan pada pemahaman erti Ramadhan.



masih cintan-cintun di bulan Ramadhan




Hanya kerana istilah Ramadhan bulan puasa, umat Islam majoriti hanya faham sahur, tahan lapar dahaga, berbuka dan solat taraweh. Lupa pula mereka ibadah berganda. Lupa pula bersepahnya pahala sunat. Malah ada pula yang lupa kewajipan agama seperti solat fardhu lima waktu.


Maka ada satu seruan di sini. Tukar bahasa sikit. Ramadhan bukan bulan puasa.

Ramadhan bulan cari pahala, tinggalkan dosa.





Wallahu a’lam…






Sumber ilmu :

Kuliah subuh di surau Nur Ihsan, Wangsa Maju oleh Ustaz Shahrizan Daud 
(mursyid Imam Muda) 






Thursday 19 July 2012

Kembara Selawat Ar-Rayyan


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Salam sejahtera ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Hadirkan rasa rindu kita kepada baginda setiap masa, seperti mana rindunya Baginda S.A.W kepada umatnya yang tak lain dan tak bukan ialah kita. Allahumma solli ala sayidina Muhammad.



Ar-Rayyan




Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]



Skuad madih ar-Rayyan masih bergiat utuh dalam menyampaikan mesej dakwah. Seruan untuk berselawat.




Di bawah pimpinan saudara Husaini, ar-Rayyan mendapat banyak jemputan dalam menjayakan majlis-majlis akikah, walimah dan persembahan mana-mana program.


Husaini



Jalan-jalan selawat sekitar Hulu Langat & Cheras :
















Sekiranya berminat untuk mengundang Ar-Rayyan dalam majlis-majlis  antum, boleh lah menghubungi saudara Husaini :


1)  019-6037481
2)  017-3545258




wallahu a'lam :)







Monday 16 July 2012

Checklist Ramadhan

Assalamualaikum & Ahlan Wasahalan. Ramadhan dah nak masuk ni,,,apa kata kita semak list yang yang Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj bagi nih...








CHECKLIST :



Pemantapan AQIDAH di bulan Ramadhan


Kami sekeluarga berpuasa hanya utk keredhaan Allah

Kami yakin Allah SWT melihat setiap perbuatan kami – sama ada tersembunyi atau terang-terangan

Kami hanya bergantung kepada Allah yg menentukan rezeki

Kami berazam untuk menyempurnakan ibadah ini sebaik-baiknya

Iman dan keyakinan kami kepada Allah mestilah bertambah selepas Ramadhan ini




Pemurniaan AKHLAK sepanjang Ramadhan


Kami sekeluarga menunjukkan akhlak & tingkahlaku yg lebih baik dari hari-hari lain

Kami suami isteri mempertingkatkan tahap komunikasi yg penuh kasih sayang dan hormat-menghormati

Kami tidak memarahi pasangan dan anak2 dgn perkataan kesat

Kami tidak mengkasari satu sama lain, anak2 dan pembantu rumah

Kami saling tegur menegur dgn penuh hikmah dan kasih sayang




Pembangunan AKAL di bulan Ramadhan


Kami menghayati bacaan Al-Quran setiap hari

Kami mengadakan aktiviti menambahkan ilmu seperti membaca buku, perbincangan ilmiah dll

Kami mengurangkan aktiviti yang melalaikan dan tidak menguntungkan  serta sia-sia (lagha)











MARHABAN YA RAMADHAN 

wallahu a'lam...











Wednesday 11 July 2012

Lensa Ukhwah di Putrajaya, Puncak Alam & Kuala Selangor


“ Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN ”.

( surah Al-Asr )



lensa KAMI.....haha




PESTA BUNGA DI PUTRAJAYA



















BOOK FAIR DI SHAH ALAM



our next program ???



BAITUL FIZZ FI PUNCAK ALAM









ZIARAH "MAD" DI KUALA SELANGOR


bersama ayah "Mad"


itik-itik kepunyaan "Mad"






Masa kita bukanlah selalunya lapang. Adakala sempit sehingga menyukarkan diri.

Jika kita mempunyai sedikit kelapangan waktu yang diberikan olehNYA, seeloknya kita menggunakan nikmat masa itu dengan penuh manfaat.

Pengurusan masa yang baik, datangnya dari insan yang baik. Renungkan...









Friday 6 July 2012

PENGURUSAN CINTA BERTERASKAN WAHYU


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pada 3 Julai 2012, bertempat di IPG Bangi, suatu majlis forum telah berjaya dijalankan. Mengangkat tema cinta, para pelajar IPG Bangi dan segelintir pelajar-pelajar dari luar telah tertarik dengan kehebatan topik ini. Bertajuk “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”, majlis romantik ini dilangsungkan sebaik sahaja selesai solat isya’.


Kehadiran…sudah semestinya ramai dan dimonopoli golongan muslimat (penuh kot kerusi), manakala kelibat kaum adam masih lompong-lompong. Macam biasa lah kan…hehe.


Majlis forum bukanlah daya tarikan sebenar pada malam itu, bahkan tema “cinta” pula tidaklah menjadi sebab utama untuk wajib datang forum kali ini. Hal ini adalah kerana, daya penarik sebenar majlis forum malam itu adalah dari para panel nyer…








Ya, Ustaz Idris B. Mohd Yusuff dan Ustazah Fatimah Syarha Bt. Nordin adalah magnet utama yang berjaya menarik para hadirin pada malam tersebut.


Setelah diacarakan dengan baik oleh pengerusi majlis, para hadirin didendangkan terlebih dahulu sebuah persembahan nasyid duo. Pergh….mantap !!!




kelunakan suara saudara Fikri sewaktu menyanyikan lagu Muhasabah Cinta


Seterusnya, majlis tanpa membuang masa meneruskan agenda utama pada malam itu. Sebagai pengindah suasana, ucapan pendahuluan oleh moderator (saudara Fikri) berjaya mencuit hati hadirin. Setelah menghuraikan sedikit kata-kata pengenalan mengenai tajuk forum, moderator telah menyerahkan segala persoalan kepada ahli-ahli panel iaitu Ustaz Idris dan Ustazah Fatimah untuk dijawab dan diperjelaskan supaya masyarakat mengerti apakah yang dimaksudkan dengan “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”.



Point penting dari Ustaz Idris :


Apa yang saya dapat daripada penerangan Ustaz Idris sepanjang tiga round ialah pengertian sebenar Cinta Berteraskan Wahyu. Saya mula mengerti apabila Ustaz Idris menceritakan suatu kisah sahabat yang bernama Sa’ad B. Muaz.

Sa’ad B. Muaz telah mengadu kepada Rasulullah tentang keadaannya yang masih belum bertemu jodoh. Kegagalannya dalam mencari isteri mungkin disebabkan faktor kulitnya yang teramat gelap. Bahkan, ada yang menganggap kulit Bilal B. Robah akan kelihatan putih apabila Sa’ad B. Muaz berdiri di sebelahnya.

Setelah mendengar aduan Sa’ad B. Muaz, Rasulullah memberi suatu tawaran untuk mengahwinkan Sa’ad dengan seorang gadis yang paling cantik. Disebabkan ini tawaran daripada Rasulullah, Sa’ad tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran tersebut yang baginya “bagai pucuk dicita, ulam mendatang”.

Detik mengunjungi rumah gadis itu tiba. Namun, niat murni Sa’ad untuk melamar gadis yang cantik itu sebagai isteri musnah apabila direject serta-merta oleh bapa gadis tersebut. Sa’ad pulang dengan kecewa.

Setelah perginya Sa’ad, gadis yang cantik itu telah bertanya kepada bapanya sebab lamaran Sa’ad untuk memperisterikan dirinya ditolak. Maka jawab si bapa sebabnya hanya kerana kulit Sa’ad B. Muaz yang terlampau gelap tiada padannya dengan gadis suntinya yang amat amatlah cantik itu.

Si anak menjawab, masakan dia akan menolak lamaran Sa’ad, kerana Sa’ad telah dipilih oleh Rasulullah untuk menjadi suaminya dan pilihan Rasulullah itulah yang paling terbaik untuk dirinya. Wah…terkedu si bapa. Selepas mendengar kenyataan anaknya, maka dia bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dengan Sa’ad B. Muaz.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, keadaan Sa’ad yang kurang kemampuan dari segi kewangan menyebabkan dirinya terpaksa meminta bantuan daripada Saidina Uthman dan sahabat-sahabat yang lain bagi menampung segala kos perkahwinannya. Hal ini atas arahan Rasulullah. Maka Sa’ad patuh atas perintah tersebut.

Sewaktu perjalanan Sa’ad ke rumah gadis yang ingin dikahwininya itu, panggilan jihad telah diseru. Apabila Sa’ad terdengar seruan tersebut, hasratnya untuk berkahwin ditangguhkan dahulu. Segala wang yang ingin digunakan untuk perkahwinannya habis digunakan untuk kelengkapan perang.

Sa’ad B. Muaz lengkap berpakaian besi sehinggakan para sahabat yang lain tidak dapat mengenalinya. Perang tercetus. Sa’ad tempuh bertempur bersama sahabat yang lain. Akhirnya, Sa’ad B. Muaz gugur syahid. Para sahabat hanya mengenali jenazah Sa’ad apabila terlihat kulitnya dicelah-celah baju besinya yang musnah teruk. Allahu Akbar !!!

Ustaz Idris juga menambah perihal “cinta enta enti” yang seringkali berlaku kepada para pelajar agama. Suatu cinta yang kononya berjenama Islam. Seringkali menggunakan alasan berukhwah. Sentiasa mencari alasan agar hubungan mereka nampak bersih dari dosa. Wanau’zubillah.





Point penting daripada Ustazah Fatimah :


Sepanjang giliran Ustazah Fatimah Syarha menyampaikan pendapatnya mengenai “Pegurusan Cinta Berteraskan Wahyu” saya mendapat banyak input yang menarik mengenai cinta pasangan lelaki dan perempuan.Sebagai novelis yang terkenal, ucapan Ustazah Fatimah banyak menggunakan kata-kata dan bahasa yang amat indah. Walaubagaimanapun, saya akan kongsikan dalam bentuk point sahaja.


1) Fahami konsep :  CINTA kerana Allah, CINTA kepada Allah, CINTA bersama Allah.


2) Ustazah Fatimah menerangkan CINTA dari pandangan adam dan hawa masa kini :

Cinta dari kaca mata seorang gadis : Menginginkan seseorang insan tempat mengadu kasih, bercerita mengenai hal peribadi dan tempat meluah segala perasaan terpendam. Istimewa untuk seorang insan bergelar lelaki.
Cinta dari kaca mata seorang jejaka : Cinta hanya untuk satu perkara. Bila boleh mendapatkan”nya”.
*hasil kajian soal selidik.


3) Cinta masa kini sudah jauh terpesong. Menurut pandangan Ibnu Qayyim cinta tersebut mempunyai variasi yang pelbagai, antaranya :

- Al-alaqah : hendak berhubungan selalu.
- Al-hawa : berpandukan nafsu semata.
- At-tatayub : berpura-pura baik dihadapan pasangan.
- Junun : Gila. Sanggup mati kerana cinta.


4) Cintakan tuhan, bukan mentuhankan cinta !!!


5) Pandangan Ustazah Fatimah mengenai kahwin muda :

Perlu melihat kondisi atau keadaan. Berkahwin ada ketika menjadi  harus, wajib dan sunat. Lihat kemampuan diri dahulu dikhuatiri jika kurang kemampuan maka jatuh hukum makruh. Bahkan, jika berkahwin atas niat yang jahat, jatuh pula hukum haram. Awas !!! Paling penting lihat kondisi diri.


6) Kahwin yang berniat untuk mencegah daripada melakukan perbuatan zina akan menunjukkan kehidupannya sebelum ini banyak menghampiri laluan-laluan zina. Wal iyazubillah.


7) Perkahwinan ibarat suatu perjalanan samudera. Adakah sesuai jika kita hendak melayar satu perjalanan yang penuh badai dan arus itu hanya menggunakan sebuah sampan yang buruk ? Sudah tentu tidak. Sampan itu akan karam sesingkat perjalanan. Hancur ditelan laut. Begitulah perumpamaan sebuah perkahwinan yang tidak melakukan persiapan secukupnya.


8) Pesanan untuk golongan muslimat daripada Ustazah Fatimah :

Jika ada lelaki datang mengurat,
Ingatlah diri kita sungguh terhormat,
Ingatlah kita masih punya wali,
Kerana kita sekuntum mawar berduri.


Allah always loves us...never stop !!!


Setelah selesai perbincangan di antara kedua-dua panel, majlis membuka kepada sesi soal jawab kepada tetamu yang hadir. Antara soalan yang sempat saya catatkan ialah :


1) Menceritakan atau mengadu sesuatu perkara peribadi kepada kekasih. JAWAB USTAZAH : Sesekali mungkin dia akan setia mendengar, tetapi kelak si dia pasti akan merasa bosan. Justeru, adukan lah setiap masalah kita kepada Allah dahulu kerana dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNYA.

2) Seorang gadis yang kerap kali datang lamaran kepadanya. JAWAB USTAZAH : Terimalah lamaran dari lelaki yang baik agamanya.

3) Berkawan dengan yang bertudung labuh sahaja. JAWAB USTAZ : Tidak wajar kerana yang bergelar pengajian agama bukanlah semuanya baik.


menggamit ukhwah di IPG Bangi
( Fathi, aurora, Akhi Fikri, Syahmi, Ikhwan, Hafizi )


Moga-moga berkat perbincangan forum kali ini, para remaja akan terbuka mata, tersentak dari lamunan cinta duniawi semata. Ingatlah semua cinta itu milikNYA. Mohonlah kepadaNYA agar kita dikurniakan insan yang amat mencintai tuhannya lebih dari segalanya. InsyAllah…


Dan orang-orang  yang berkata, “Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimipin bagi oranag-orang yang bertakwa.”
Surah al-Furqaan – 74









Wallahu A’lam J








Cara-cara mencari juzuk dengan singkat


Jika anda seorang hafiz Al-Quran, tidaklah menjadi masalah kepada anda untuk mengecam surah As-syuara’ di muka surat mana kerana hafiz Al-Quran sudah tentunya menghafal penuh mashaf agung itu. Apatah lagi untuk mengahafal juzuk 9 di muka surat mana, tentu bukan masalah besar kepada anda. Alangkah hebatnya seorang hafiz Al-Quran !!!






Mungkin juga ada yang berkata, “kami ni walaupun bukan hafiz, boleh jer cari muka surat As-Syuara’. Juzuk 9 pon takde lah susah sangat nak carik. Lagipun kat halaman belakang mashaf Al-Quran tue kan ade senarai nama-nama surah ngan muka surat die sekali,,,carik jer lah kat situ”.


Walaupun kita sudah terbiasa dengan helaian kemudahan tersebut, di sini saya ingin berkongsi satu teknik untuk mencari juzuk dengan singkat. Kaedah ini saya peroleh ketika menonton satu rancangan kanak-kanak di TV9 iaitu “Adik dan Al-Quran”. 



Ustaz Zamri memang mantopp !!!



Kaedah Kira Juzuk :


Sebelum kita mulakan, kaedah ini hanya akan dapat dilakukan menggunakan Al-Quran resam uthmani sahaja. Baiklah, sekarang pilih satu juzuk yang anda inginkan.


1) Nombor juzuk yang anda inginkan tersebut (contoh juzuk 9) ditolakkan dengan angka satu.

9 - 1 = 8


2) Jawapan tersebut kita darabkan pula dengan sifir dua.

8 x 2 = 16


3) Langkah yang terakhir kita letakkan angka dua di akhir jawapan tadi.

162


Percaya atau tidak juzuk 9 yang anda inginkan tadi berada di halaman 162. Tak percaya ??? Tengoklah Al-Quran anda sendiri….hehe.







Selamat mencuba…wallahu a’lam J



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...