Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kali nie saya nak
postkan suatu entri berkenaan tarbiyah. Sumbernya saya dapat daripada majalah
JOM ! isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Pergh…cukup terkesan.
Inilah trilogi tarbiyah :
PERTAMA :Tilawah
(membacakan)
KEDUA :Tazkiyah
(menyucikan)
KETIGA :Ta’lim
(mengajarkan)
Tilawah -> Tazkiyah -> Ta’lim
كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ
يَتْلُوا عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا ويُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ
Cuba kita perhatikan susunan trilogi kalimah tilawah,
tazkiyah & ta’lim. Semuanya dalam susunan yang sama. Tak cukup satu ayat.
Nak lebih ? Boleh jer. Tadabbur (al-Jumuah : 2) dan (ali-‘Imran : 164).
Dah baca belum ? Subhanallah. Susunan itu tetap sama kan ?
Penangan kebenaran kalam Allah. Siapa kita untuk menidakkan kalamNYA.
Cuma susunan trilogi dakwah ini ada sedikit pertukaran di
dalam surah (al-Baqarah : 129). Ayat tersebut menerangkan doa Nabi Ibrahim A.S
disaat Baginda memohon daripada Allah untuk terus dikurniakan Rasul dalam
kalangan manusia untuk :
tilawah -> ta’lim -> tazkiyah
Walaubagaimanapun, Allah menjawab doa Nabi Ibrahim dengan
mengajarkan susunan yang lebih baik iaitu :
tilawah -> tazkiyah -> ta’lim
Fahami konsep :
TILAWAH : Memberi ilmu agar tahu. Setkan atas diri kita agar
tilawah yang ingin disampaikan kerana “aku mahu TAHU”.
TAZKIYAH : Membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu.
Ya, “agar aku MAHU” dibersihkan.
TA’LIM : Mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga
menjadi mampu ! Akhir sekali dalam proses tarbiyah ialah mengajarkan. Tekadkan
dalam hati “agar aku MAMPU” menyampaikannya.
Kata kunicnya ialah TAHU, MAHU & MAMPU.
Itulah serba ringkas mengenai trilogi tarbiyah yang dapat saya
simpulkan. Semua jelas kan. Eh, ada yang kurang faham. Takpe, jangan risau.
Anda cuma perlu mendapatkan majalah JOM isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Bila dah
baca isi-isi majalah tersebut anda bukan sahaja faham istilah tarbiyah yang
sebenar, sebab anda berkemungkinan besar akan terpaut plak kat jalan-jalan
tarbiyah nie. Wah…insyAllah.
Wallahu A’lam (^^)