Sunday 26 February 2012

Are You Alone ?

ye ker seronok kalau bersendirian ???

Apa yang  anda fikirkan apabila anda sedang bersendirian ? Maksud nyer ibu & ayah takde kat rumah. Adik-beradik yang lain Angah & Adik pergi sekolah/matrikulasi. Kalau kat hostel kita, roomate pulak balik kampung sebab atuk & uwan suruh tolong kait rambutan. Roomate yang sorang lagi pulak balik sebab member kahwin. Apa yang kita akan rasa atau fikir nak buat apabila ditinggalkan sendirian ? Adakah ia satu penyeksaan untuk kita sebab takde teman untuk berbual (cakap sorang-sorang lain mcm plak) atau adakah kita akan menganggap ianya satu PELUANG untuk melakukan dosa !!!

Apabila kita bersendirian dengan berbekalkan iman yang kurang mantap, nafsu yang sukar dikawal & “peralatan” dosa yang berleluasa dan mudah didapati, kita lebih cenderung untuk melakukan dosa. Pada firasat hati, inilah masa yang tiadanya gangguan & halangan untuk melakukan perkara-perkara yang ditagihkan oleh nafsu. Wal iyazubilaah…

Kecanggihan teknologi masa kini seperti internet banyak “membantu” nafsu serakah dalam melempiaskan nafsu. Especially untuk kaum adam. Mula-mula search word (benda yang tak elok) kat Google $%#!*, pastu kalau dah dapat klik jer. Settle masalah. Betul tak ? Hasil interview & survey (olok-olok), rata-rata mengatakan “mcm mne ko tau ?”, “ko nampak ke apa yang aku buat ?” & jawapan yg macam ni pun ada gak “eleh…standard lah…bohong lah kalau lelaki kalau tak pernah buat benda tuh”. 


bukan tak boleh, cuma hati-hati lah yer...


Apabila kejahilan sudah dianggap biasa. Apabila maksiat dianggap nikmat. Apabila yang Haram dianggap Makruh. Apabila rasa takut panasnya neraka hilang dalam hati. Semuanya boleh ditawar-menawarkan. Bebas !!! Hati-hati sahabatKU...

Bercerita mengenai sendirian. Pernah tak anda mendengar kisah sembelih ayam di tempat yang tidak boleh dilihat sesiapa ? Pernah kan…eh, ade yang tak tau (tengah geleng-geleng kepala). OK..ni kisah ringkas cerita tue.

Al-Kisah : 

Diceritakan dari kisah Abi Qasim Al-Junaid bahawa pada suatu hari, beliau ingin menguji sejauh manakah pelajarnya merasakan muraqabatullah SWT (pengawasan Allah) terhadap mereka .

Kata Abi Qasim: “Baiklah. Esok akan diadakan perjalanan ke padang pasir. Setiap daripada kamu dikehendaki untuk membawa bersamanya seekor ayam dan menyembelihnya di tempat yang tiada siapa pun yang melihat kamu. Seterusnya, kita akan memasaknya dan makan bersama-sama.”

Keesokan harinya, para pelajar itu datang dengan tugasan yang telah diselesaikan kecuali seorang. Pelajar itu datang dan bersamanya seekor ayam yang belum lagi disembelih.

Kata Abi Qasim“Mengapa kamu tidak melaksanakan pesanku, wahai anakku?”
Pelajar itu pun menjawab: “Tugasan kami adalah menyembelih ayam ini di tempat yang tiada siapa pun yang melihat kami. Aku telah pun mencubanya. Tetapi,  jika aku masuk ke dalam rumah, maka, aku dapati yang  Satu ini ada bersamaku. Apabila aku naik ke atas bumbung, yang  Satu ini ada bersamaku. Sekalipun apabila aku masuk ke dalam hutan belantara, aku dapati Dia sentiasa bersamaku.”

Maka, Abi Qasim pun bertanya lagi: “Siapakah yang Satu yang engkau maksudkan itu?”

Anak itu menjawab dengan penuh keyakinan: “ALLAH.”

Maka, dirangkulnya pelajar itu dan berkata: “Engkau adalah anakku yang sebenar.”



Boleh fahamkan…so, macam mana ? Adakah apabila kita bersendirian bermaksud kita sememangnya bersendirian ? Betul ke tiada siapa yang melihat perilaku kita ? Kisah di atas sudah menjawabnya. Ya, ALLAH Yang Maha Melihat (البصير). Melihat disegenap ruang & pelusuk bumi. Melihat pada setiap masa. Tiada sedetik pun dari masa kita terlepas daripada “pandangan” Allah. Tiada ruang untuk kita menyembunyikan diri daripada “pandangan” Allah walaupun kita berjaya mendiami di sebuah planet yang teramat jauh (lebih dari Pluto), walaupun kita disorok di Alam Bunian & sekalipun kita berjaya menjumpai kerajaan pulau yang rakyatnya hanya memiliki sebelah telinga. Semuanya pasti akan dilihat Allah. Kerana semua alam & makhluk Dia lah penciptanya. 


walaupun buat rumah atas pokok. Allah tetap tau..



walaupun kahwin dengan orang bunian. Allah pasti tau...

Berhati-hatilah apabila kita bersendirian. Itulah saat yang paling mencabar dalam memerangi segala kehendak nafsu kita. Perangi habis-habisan. Jangan bagi can langsung. Teruskan melakukan amal ibadat kita (mutabaah). Jangan kurangkan sikit pun.

Ada orang cakap walaupun mood iman kita tengah down (kualiti iman tengah lemau) kekalkan kuantiti mutabaah kita. Walaupun kualiti kurang, sekurang-kurangnya kuantiti masih berada ditahap yang sama. Stabil. Kekalkan mutabaah anda. Mudah-mudahan hati & iman kita takkan jauh menurun. InsyAllah.

Plus, sebagai cadangan dalam mengatasi masalah mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang tak elok (dosa) ialah SIBUKkan diri kita dengan benda-benda yang bermanfaat. Misal nyer, membaca buku atau mengulangkaji pelajaran. Kalau bosan sangat asyik-asyik membaca & belajar, cari benda lain yang mampu menjauhkan diri kita daripada terjebak dalam melakukan dosa. Bersukan ke (futsal), tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus/ Ustaz Don Daniyal ke, ziarah rumah kawan ke, tak pun kalau malas sangat tidur jer. Tapi niatkan untuk ibadat harus lah. Takde lah sia-sia. Sekurang-kurang nyer kita terhindar daripada melakukan segala benda-benda yang tak elok tuh. Wallahu a’alam…


Allah mendengar & melihat setiap rintihanMU...


*  p/s : buat member-member yang bosan dalam minggu study week nih. Kalau bosan-bosan,datanglah bilik aku…study sama-sama…:p…haha



Thursday 23 February 2012

Buruk Sangka (سوء الظن)

kikiskan sikap ini daripada diri kita bersama


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Topik kali ini ialah mengenai sikap buruk sangka atau dalam B.Arab dipanggil (su'zon).

Dalam dunia hari ini yang penuh tohmah dan buruk sangka, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Kewujudan segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia menyebabkan umat Islam saling bermusuhan.


Antara contoh-contoh timbulnya sikap buruk sangka ialah :

1.  Apabila melihat seseorang yang kaya, kita akan menyangkakan pekerjaan dia bukan dalam bidang agama kerja hanya untuk dunia, pekerjaan dia kerja Haram, kerja dia kuat mengampu bos atau dia dapat kerja sebab pakai orang dalam.

2.  Apabila melihat seseorang yang lebih pandai/berbakat dalam suatu bidang, kalau yang bijak kita akan menyangkakan dia banyak meniru dalam peperiksaan, kalau yang berbakat dalam bidang seni kita akan menyangkakan dia poyo semata-mata & banyak lagi.

3.  Apabila melihat seseorang yang dikurniakan kelebihan oleh Ilahi, kalau dia handsome/beautiful kita akan menyangkakan yang dia pakai susuk atau pandai make up jer, kalau kita nampak yang gemuk jadi kurus kita akan menyangka yang dia buat sedut lemak, kalau nampak orang yang sepatutnya dah berumur tetapi still nampak muda berkemungkinan besar kita akan menyangkakan yang dia bela hantu atau guna bomoh.


Before : After
Jangan nak sangka aku guna bomoh atau sedut lemak. Aku pakai "weight gain" jer taw...hehe


Percaya tak lelaki ni berumur 70 tahun
tapi dia tak guna bomoh untuk still nampak muda...hehe.

Kita mesti hidupkan nilai kasih sayang & kikiskan sikap buruk sangka. Banyakkan bersangka baik untuk sesuatu perkara yang boleh menimbulkan perselisihan faham. Permusuhan boleh dielak jika pandai menjaga percakapan serta salin perbetul kesilapan. Jangan kita sesekali mempercayai sesuatu berita tanpa mengetahui kebenarannya. Jauhilah amalan mengumpat.

" Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki untuk menetukan kebenarannya." (Surah al-Hujuraat-6)

* p/s : gambar-gambar di atas hanyalah hiburan semata, tiada kaitan antara yang hidup & mati.




Wednesday 22 February 2012

"Badan Kecik, Jiwa Besar" - MERCURY 2012


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kali ini aku ingin melakarkan kisah mengenai adik-adik fasi aku. Kumpulan 1 atau nama kumpulan nyer "Badan Kecik, Jiwa Besar".


our sweet memory


Pada awalnya, abang memang terkejut tengok adik-adik fasi kumpulan abang setelah pembahagian kumpulan dijalankan, rata-rata 'mature' jer. Nampak macam geng-geng nakal pon ade gak. Tapi abang memang tak kisah, sebab abang pernah lalui detik persekolahan. Biasalah kalau nakal sikit-sikit kan.

Di sini, abang ingin menceritakan kesimpulan yang abang buat tentang peribadi adik-adik abang.



my brothers


Abang mulakan dengan Amri. Sifat Amri ni nampak seorang yang happy & peramah. Amri ni suka orang belanja dia makan. Amri ni pantang kalau ada orang yang tikam belakang Amri, tapi bila Amri nak pukul orang yang khianat Amri tuh, orang tuh dah jadi baik. Amri tak sanggup nak pukul. Kesian kata Amri. Amri nih, seseorang yang betul-betul peramah. Suka bergurau. Tapi abang nak nasihatkan sket nih, janganlah asyik buli Badrul, kesian die….hehe. Paling special yang abang jumpa dalam diri Amri ialah sikap berani. Cuma abang nak Amri wujudkan sikap BERANI Amri ni ikut keadaan. Jangan sesekali BERANI untuk membuat dosa. Abang yakin Amri budak baik. KKA Amri dapat 7A kan...memang Amri seorang yang berminat dalam bidang agama. Teruskan usahamu...buktikan kepada yang lain.



Amri petah berkata-kata




Lokman. Seorang yang amat pendiam. Misteri orang nyer. Kalau abang tanya apa-apa soalan memang lama sangat Lokman nak bagi jawapan, mungkin segan kot dengan rakan-rakan lain. Abang respect dengan Lokman ni. Walaupun abang tengok Lokman ni selalu kena ejek dengan Amri, tapi Lokman tetap steady. Takde pon marah-marah. Dari situ, abang nampak sifat Lokman yang amat penyabar. Teruskan gilap sifat SABAR itu Lokman. Lagi satu, Lokman kena berani untuk berkata-kata. Jangan takut & jangan segan. Yakin dengan diri Lokman.



Lokman tolong Fazrul balut telur guna straw




Seterusnya Hafiz. Seorang lagi yang mempunyai sikap "happy go lucky". Memang Hafiz peramah & mendengar kata. Semasa pertandingan radio rosak, abang dapat lihat sikap bersungguh-sungguh Hafiz. Kecerdikan & kekreatifan Hafiz memang ada ! Walaupun gambar yang Hafiz lukis tu tak menang, tapi usaha yang Hafiz tunjuk membuatkan Hafiz seorang yang bersungguh-sungguh dalam persaingan. Keputusan-keputusan Hafiz dalam peperiksaan besar sebelum ni seperti PMR & UPSR sudah cukup untuk membuktikan kecemerlangan Hafiz dalam pelajaran. Abang harap Hafiz akan berjaya di dalam SPM seterusnya mengecapi kejayaan dunia akhirat...insyAllah.



Hafiz minat melukis


Aliff. Sikapnya seorang yang pendiam . Sekali pandang ramai yang akan cakap Aliff ni seorang yang nakal. Tapi bagi abang sebagai fasi kumpulan adik-adik selama 3 hari 2 malam, Aliff bukanlah nakal. Mungkin gaya atau pemakaian Aliff yang membuatkan orang lain silap sangka. Sewaktu kita berbincang dalam aktiviti berkumpulan, Aliff memang banyak mendiamkan diri. Sekali abang tanya, sekali jer lah perkataan yang akan keluar dari mulut Aliff. Tapi, amalan pendiam itu memang baik sebenarnya. Sebab orang yang kurang bercakap, kurang lah dosanya. Cakap apabila diperlukan. Hebat !



Aliff berbincang dengan Amri



Seterusnya ialah Fazrul. Adik fasi abang yang paling senior. Bersikap bertanggungjawab sebagai ketua kumpulan. Sabar & tenang dengan sikap nakal adik-adik kumpulan kita yang lain. Banyak mengeluarkan pendapat & idea yang bijak sewaktu perbincangan dalam kumpulan & lakonan malam kesenian.Lukisan masjid Fazrul memang mantap & tulisan pon cantik. Jealous abang…hehe. Istimewa tentang Fazrul yang abang dapat lihat ialah sikap sensitif. Sikap sensitif Fazrul ini abang mula perasan dalam aktiviti LOVE STRING. Luahan perasaan oleh setiap ahli kumpulan serta menyahut cabaran abang. Raut wajah Fazrul yang kelihatan sugul sewaktu kita bersalam-salaman jelas menunjukkan jiwa Fazrul yang agak sedih untuk berpisah. Sejujurnya abang turut pilu dengan perpisahan kita.


Abang Fazrul bersama adik-adik form1 kumpulan kita (Hafizuddin & Firdaus)
Abang yang bertanggungjawab.


Firdaus. Salah seorang adik form1 dalam kumpulan ni. Mula-mula abang tengok Firdaus ni agak pendiam, tapi bila sesi taaruf abang dapat tengok Firdaus ni jenis yang berani berkata-kata. Masa taaruf ni jugak abang tau yang Firdaus ni seorang atlet olahraga yang berbakat. Peringkat kebangsaan tuh…HEBAT !!! Abang harap Firdaus terus success dalam sukan ni. Sikap hormat pada senior pon abang respect kat Firdaus. Kadang-kadang kalau abang-abang senior dalam kumpulan kita buat perangai, Firdaus berani untuk menegur dengan cara yang berhemah. Banyak sikap-sikap yang baik abang tengok ada kat Firdaus ni dan abang harap Firdaus kekalkan yer…insyAllah.



Firdaus berbakat dalam pelbagai bidang especially olahraga.



Satu lagi adik form1 dalam kumpulan ni, Hafizuddin. Kecil orang nyer dan pendiam. Disebabkan Hafizuddin ni kecik, terpaksalah Hafizuddin menjadi “mangsa” lambungan masa nak perkenalkan kumpulan kita & trademark kumpulan. Tapi Hafizuddin tak marah kan. Walaupun Hafizuddin ni nampak macam pendiam tapi kalau kita dalam sesuatu aktiviti, abang tengok Hafizuddin bersemangat sekali. Kalau abang suruh buat kerja, Hafizuddin antara orang yang paling awal siapkan. Hafizuddin ni pun nampak gaya seorang yang rajin. Hafizuddin ni memang seorang budak yang baik & abang harap Hafizuddin kekalkan lah sikap baik ni sampai bila-bila. Jadi lah pelajar contoh kat sekolah Sultan Abdullah yer….amin.



Hafizuddin rajin buat kerja


Seterus nyer budak mulut becok, Ibrahim. Ni pun suka loyar buruk gak. Mula-mula abang dah percaya yang Baim ni baru form1. Tapi rupa-rupanya abang dikenakan. Mati-mati abang dah percaya. Walaupun Baim sebenarnyer dah form2, perangai still mcm budak-budak….hehe. Tapi itu lah yang memeriahkan group kite (kumpulan 1). Ade berbagai-bagai ragam. Walaupun Ibrahim banyak sangat cakap, tapi die ni baik sebenar nyer. Selalu bagi perhatian ape yang abang cakap. Bagus. Abang harap Baim focus gak pelajaran dalam kelas yer. Jadi pelajar yang mendengar kata. Anak yang soleh. Lagi satu, abang harap Baim jangan cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal. Nak kawan dengan diorang boleh, tapi jangan buat benda yang menyalahi agama & undang-undang yer. Nak tanye nih, Baim ade simpan lagi tak name tag abang ?? Harap-harap jangan hilang….hehe…J



Baim yang banyak songeh...hehe.


Last sekali, Zulhilmi. Tapi emi suruh abang panggil emi abang Long kan…haha. Xyah lah… abang lagi suka panggil “Emi”sedap sikit. Emi ni kadang-kadang diam, kadang-kadang banyak cakap. Pelik gak abang. Tapi abang suka bila Emi ceria. Cakap main ikut sedap mulut jer. Suka kenakan orang lain. Tapi itu yang seronok nyer. Bak kata orang gurauan itu menceriakan suasana. Tapi jangan sampai orang sakit hati yer. Berpada-pada. Emi ni pon peramah orang nyer. Tahun ni amek PMR kan…belajar betul-betul, jangan hampakan harapan ibu ayah Emi. Buktikan kat kawan-kawan & cikgu sekolah yang Emi pun mampu Berjaya macam orang lain. Buktikan yer…Abang harap Emi mampu jadi pelajar & anak yang soleh. Amin…





Emi, yang paling kanan dalam gambar ni.
Abang x banyak gambar Emi. Sorry...


Abang harap semua adik-adik abang ingat pesanan & cabaran abang. Tunjukkan kat cikgucikgu & kawan-kawan lain yang korang pon mampu gak untuk Berjaya dalam pelajaran. Korang pon mampu untuk menjadi budak yang boleh dipercayai. Abang harap sangat-sangat kat adik-adik abang ni supaya jangan cepat terpengaruh untuk nak buat kerja yang bukan-bukan yang melanggar hukum agama atau undang-undang sekolah. Ya, abang pon bukan lah pelajar yang baik dulu. Lebih kurang macam korang gak. Nakal sikit-sikit jer….hehe. Tapi ade masa kita perlu berubah untuk kebaikan kita gak sebenar nyer. Moga-moga program MERCURY 2012 yang abang & kawan-kawan UM abang buat hari tu dapat mendorong kita bersama-sama untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.





Lambungan kita-kita jer. HEBAT   !!!



Pesanan paling penting untuk abang & adik-adik abang.

1. Jaga hubungan dengan Allah (jangan tinggal solat)
2. Jaga perasaan ibubapa & cikgu. (jangan mengguris hati mereka)
3. Jaga hati kawan. (kawal percakapan)



Walaupun perkenalan kita hanya 3 hari,
Walaupun kita tidak mempunyai masa yang banyak untuk berkenalan dengan lebih rapat,
Pertemuan itu sudah cukup untuk abang menghuraikan yang adik-adik abang memang terbaik dari segi sikap, fikiran & kerjasama.
Pertemuan itu amat indah untuk kita kenang,
Maka kenang lah detik-detik itu…
Anggaplah kita belum berpisah…tapi kita Cuma berasingan untuk sementara demi mengejar cita…
Jikalau ada rezeki, jikalau ada kesempatan, jikalau ada masa…pasti & yakin kita akan bertemu lagi….wallahu a’lam



moga-moga kita bertemu lagi. ~adios~















Saturday 18 February 2012

egoistik

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Ego. Kebiasaannya dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki. Aku juga mengakuinya. Sikap ego yang aku miliki selalunya menyusahkan persahabatan & ukhwah yang telah terbina indah. Hanya disebabkan ego kita bermusuh. Ayuh , insan-insan yang bergelar lelaki buangkanlah sikap ego mu.


Ego tidak bermakna anda hebat  !!!


Ego bagi lelaki :

1.  Menganggap diri hebat (tiada kekurangan).
2.  Apabila melakukan kesalahan, amat sukar untuk mengakui kesilapannya.
3.  Memang susah untuk mengatakan perkataan maaf/sorry.
4.  Lebih ego , amat sukar memaafkan orang lain.
5.  Susah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap sesiapa sahaja.
6.  Bimbang kalau jadi orang penyayang dianggap lemah.
7.  Ego lelaki akan jadi lebih tinggi apabila berdepan dengan kaum hawa.
8.  Lebih rela memendam masalah sendirian.
9.  Malu untuk meluahkan masalah peribadi kepada orang lain ( especially kpd perempuan ).
10.Menangis. Tiada dalam kamus hidup lelaki.





Hakikat nyer lelaki :

1.  Amat memerlukan bantuan orang lain apabila menghadapi masalah. (lemah)
2.  Seringkali melakukan kesilapan akibat kelalaian.
3.  Berani dalam berbicara. Just, to say " I'm sorry" is very hard for men.
4.  Selalu nya, akan setia kepada rakan-rakannya.
5.  Lebih sayangkan orang lain, daripada dirinya sendiri. ( ramai orang x tau )
6.  Rela dalam menghadapi kesusahan bersama-sama orang yang disayangi (friends)
7.  Perempuan. Kebanyakan lelaki akan gemuruh apabila menghadapi kaum hawa. (control)
8.  Mental akan jadi lemah apabila menghadapi masalah peribadi.
9.  Amat memerlukan teman luahan perasaan.
10.Menangis adalah suatu kepuasan !!! ( nangis bukan depan orang )



Jangan sesekali kamu EGO kepada Allah

Maaf sahabatku, kalau ego aku pernah membuat kalian runsing & susah hati.
Bantu aku dalam mengawal emosiku.
Mudah-mudahan kita mampu mengubah diri kita lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.



~ sahabat selamanya ~


 











Wednesday 8 February 2012

Sejauh mana Cinta kita kepada Rasulullah ?

Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini berjalan seperti biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku amat bertuah kerana sedang menuntut ilmu di bumi serambi mekah ketika ini kerana banyak ceramah dianjurkan di masjid-masjid negeri ini. Seronok melihat suasana ini yang memang tidak dapat dilihat di negeri-negeri lain. Sambutan yang luar biasa oleh masyarakatnya. Alhamdulillah.


Cinta kita kepada baginda bukanlah sekadar pada tulisan
atau percakapan di bibir mulut kita.

Hayatilah kisah ringkas ini :


Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-

Allahumma soli'ala saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'



Berapa kalikah titisan air mata kita mengalir kerana rindu terhadap baginda ?


~ Rindu kita terhadap baginda tidak akan hebat seperti hebatnya Rindu Rasulullah terhadap kita ~

Renung-renungkan lah....sollu alaih...



Monday 6 February 2012

Kita ada NAFSU...

Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Semenjak beberapa hari ini, aku sering kali tertumpas dengan nafsu. Pelbagai jenis nafsu aku telah ditundukkan. Nafsu tidur, nafsu syahwat, nafsu makan & banyak lagi. Kenapa hal ini berlaku walaupun aku telah cuba mengistiqomahkan puasa sunat & menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Oleh hal yang demikian, kali ini kita akan membincangkan mengenai nafsu. Kenal dulu nafsu.


Jangan berputus asa dari memohon rahmat Allah





Terdapat Tiga Jenis Nafsu Manusia di Jelaskan Oleh Al-Quran

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai nafsu. Nafsu yang terdapat pada manusia adalah ujian Allah S.W.T. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah berjalan mengatasi salah satu ujian Allah S.W.T. yang cukup berat ini.


Sekiranya nafsu dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat, maka nafsu akan menjadi jahat dan liar. Maka akan lahirlah orang yang pandai tetapi jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Ini amat bahaya kepada kehidupan manusia. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya dan tingkatannya. Nafsu secara fitrahnya berwatak jahat, kalau dibiarkan ia tetap jahat, betapalah kalau dididik ke arah kejahatan oleh sistem pendidikan yang jahat dan yang mengajar pun adalah orang yang jahat maka masyarakat akan menuju kepada kehancuran.


Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya: Maksudnya: “Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al- Ankabut ayat 69)


Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Allah S.W.T. akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji-Nya, sebab itu nafsu perlu dididik dan diasuh mengikut telunjuk iman. Nafsu adalah musuh utama manusia dan musuh kedua manusia baru syaitan. Nafsu adalah musuh dalaman sedangkan syaitan hanya musuh luaran. Bila nafsu sudah ditundukkan dan ia taat kepada perintah Allah S.W.T maka barulah syaitan akan dapat di kalahkan.


Dalam sirah ketika Rasulullah S.A.W dan para sahabat balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda maksudnya : “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”


Para Sahabat bertanya : "Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”
Jawab baginda : “Perang melawan nafsu.” (Hadis Riwayat Baihaqi)


Sahabat yang dimuliakan,
Dalam Al Quran, nafsu manusia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :



1. Nafsu Ammarah Bissu'


2. Nafsu Lawwamah.


3. Nafsu Mutmainnah










Pertama : Nafsu Ammarah Bissu' .


Nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.


Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)


Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak mengalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.


Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.


Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.




Kedua : Nafsu Lawwamah.


Nafsu ini adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.


Nafsu ini mengarahkan pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah kepada Allah S.W.T, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu ini tidak tetap pendirian untuk menjalankan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.


Firman Allah S.W.T. maksudnya : “(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Maidah ayat 13)


Orang yang memiliki nafsu lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.


Contohnya semalam melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama . Hari ini dia sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain.


Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah bissu'.




Ketiga : Nafsu Mutmainnah


Nafsu ini adalah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah S.W.T. dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat reda Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat "husnul Khatimah" di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T.: “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)


Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkanhatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah.


Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Semoga Allah S.W.T. golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita didik hati dan jiwa kita kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah.


Nafsu ini adalah nafsu yang paling di redai Allah. Keredaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah S.W.T itu bersifat universal, ertinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan boleh enghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah S.W.T, siapa pun tidak boleh memuliakannya.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...