Thursday 26 April 2012

Si Kiut Bonsai


Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Pada tarikh 15 April 2012…saya, akhi Hafizi dan Ikhwan telah menyertai satu majlis cabutan bertuah Pameran Bonsai Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Tanpa disangka-sangka kupon yang bernombor 368 telah disebut sebagai salah seorang yang bertuah pada hari tersebut. Ehem…ehem..nombor den lah tue…hehe. Alhamdulillah….

Rasa bertuah sangat….!!! Yer lah…ramai orang kot, tak terfikir lak boleh menang. Apa yang saya dapat ? Lah…nama pon Pameran Bonsai, mestilah menang Pokok Bonsai…hehe. Tapi takde lah besar sangat pon, kiut2 saya jer…hehe.


kiut bonsai




 Sebenarnya, bukan Pokok Bonsai jer hadiah hari tue. Ade jugak orang yang dapat Buku Bonsai, Pasu and yang paling tak best gunting (nasib baik tak dapat ). Tapi hadiah orang yang paling bertuah pulak lagi best… Pokok Bonsai besar & cantik sangat. Harga die jangan tanye lah an…khabar mengatakan melebihi RM2000….pergh !!!


Namun, bile Bonsai tue dah ade kat tangan saya terfikir plak satu masalah. Selama nie, saya tak pernah langsung nak amek tau pasal pokok-pokok yg ade kat rumah saya, apatah lagi nak menjaganya. Selalunya kerja menyiram & penjagaan dilakukan sepenuhnya ibu saya and kadang2 adik bongsu saya yg tolong (tolong sibuk)….hehe.


salah satu Bonsai yg menarik perhatian di Pameran Bonsai di Putrajaya



Sampai jer kat rumah, terus saya tunjukkan Bonsai kepada ibu saya dengan harapan die tau menjaganya. Malangnya, ibu pon tak tahu nak menjaganya….hehe. Ibu kata cara jaga Bonsai nie lain sket and kalau boleh carilah maklumat kat internet mengenai cara penjagaan Bonsai.


Atas nasihat yang diberikan ibu, saya pon search lah info pasal Bonsai nie kat internet. Saya pon bacalah sket…acuh tak acuh jer…sebab panjang sangat.


Saya pon membuat kesimpulan Bonsai nie just kne siram jer “ 2 hari sekali “. Itulah yang saya lakukan untuk beberapa hari.


“ Along, pokok Bonsai nie macam dah kecut jer…. ! “ suatu pemberitahuan oleh adik saya yg agak kecoh tue. Saya pon lihatlah Bonsai tue. Memang benar Bonsai saya tue memang dah kecut. Daun pun dah banyak gugur. Macam mengalami musim luruh jer. Tapi macam mana saya boleh tak perasan ek…hehe.
Saya pon rujuklah internet balik. Opppssss …. I’ve mad mistake. Tersilap fakta lah plak, sepatut nyer kne siram “ 2 kali sehari “ , bukan nyer “ 2 hari sekali “. Patut lah lemah tak bermaya pokok tue. Nasib baik blom seminggu, kalau tak dah arwah dah Bonsai tuh…hehe.



Iktibar :


Ibarat kan Bonsai sebagai iman kita. Sepertinya Bonsai yang memerlukan keperluan air dengan menyiramnya 2 kali sehari begitulah juga iman kita. Akan tetapi iman kita tidak perlu air untuk disiram. Cuma iman kita perlu disirami dengan ketakwaan. Perlu disirami harian.


Patuhi suruhan Allah, Jauhi larangan Allah. Konsep yang cukup mudah bagi menggapai ketakwaan. Bagi mematuhi suruhan Allah & menjahui larangannya, kita cuma perlu bermujahadah (bersungguh-sungguh).


Bermujahadah memerlukan azam yang kuat. Niat juga perlu tulus ikhlas kerana Allah. Semoleknya, kita harus menyediakan jadual bagi menguatkan mujahadah kita. Ianya juga dikenali sebagai mutabaah amal. Jadual ibadah kita perlulah dirangka mengikut kemampuan kita. InsyAllah, dengan kekuatan kualiti jadual ibadah kita & komitmen yang baik dari kita untuk mengikut jadual tersebut…kita mampu mewujudkan satu sikap mujahadah yang hebat !


Dengan bermujahadah, kita mampu “membeli” ketakwaan untuk menyiram iman kita bukan seliter malah bertan-tan gelen air bahkan lebih. Semuanya bergantung dengan kualiti mujahadah kita.


Dan yang paling penting jangan sekali-kali kita terlupa untuk menyiram iman kita. Walaupun ada suatu ketika iman kita hampir-hampir musnah. Jangan biarkannya mati. Teruskan lah mujahadah. Kuatkan lah iman kita dengan menyiramkannya ketakwaan menggunakan mujahadah yang berkualiti. InsyAllah, iman kita akan subur kembali. Wallahu a’lam



rakan-rakan seBonsai....hehe








Wednesday 25 April 2012

Jadual Seorang HambaNya

Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Jangan salah sangka. Tujuan saya menge-post-kan jadual saya ni bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, cuma ada permintaan seorang sahabat saya ingin mengetahui jadual mutaba'ah saya.

Bahkan, jadual saya ini bukanlah hebat mana, cuma sekadar kemampuan empunya diri sahaja. Mungkin jadual saudara lebih hebat. Tahniah !!!


dilekatkan dibelakang pintu bilik tidur



Harian

1. Bacaan Al-Quran (setengah juzu’)

2. Hafal satu ayat ( hafal balik surah yg dah lupa )

3. Membaca ilmiah.

4. Ma’thurat (pagi & petang )

5. Solat Awal Waktu.

6. Buat kerja rumah.

7. Solat Dhuha.

8. Ajar adik-adik mengaji.

9. Zikir sebelum tidur.

* Jangan tidur lepas subuh.
* Jangan tidur lambat ( paling lambat pukul 1 pagi )



Mingguan

1. Al-Kahfi setiap pagi Jumaat

2. Cari program/ceramah kat luar.

3. Update Blogg.

4. Qiamullail

5. Puasa ( Isnin & Khamis )

6. Sedekah Jariah.



Cuma ini yang termampu. Itu pon kadang-kadang agak liat nak buat. Semuanya bergantung kepada mujahadah (kesungguhan). Doakan kita sama-sama berjaya melakar kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sebagai bekalan di akhirat nanti. Wallhu a'lam



















Tuesday 17 April 2012

Mati Sebelum Mati


Mati, suatu perkara yang amat pasti…

Ianya suatu destinasi,

Destinasi yang tidak mesti tidak akan ditempuhi setiap makhluk ciptaan-Nya,

Cuma satu persoalan…bila ?

Bila ???

Jawapannya hanya pada Sang Ilahi,

Tapi ingatlah,

Waktu itu makin kita hampiri…






Namun, ada yang lebih memeritkan…

Tika sang manusia kekal bernyawa,

Jasad masih berhembus nafas,

Degupan jantung belum menghentikan tugasnya,

Rupa-rupa sudah mati mengaibkan,

Ya, mati…

Mati sebelum Mati.



kematian...bukan hanya untuk ditangisi


Apabila si anak mula memijak yang melahirkannya,

Maka datanglah MATI REDHA,

Apabila si punyai ilmu tidak mengamalkan ilmunya,

Maka datanglah MATI ILMU,

Apabila si suami tunduk membisu perintah isteri,

Maka datanglah MATI PERANAN,

Apabila si pemimpin tidak mampu memerintah,

Maka datanglah MATI KUASA,

Apabila mata meliar menjadi mata syaitan,

Maka datanglah MATI PANDANGAN,

Apabila mulut rancak berbicara keburukan insan lain,

Maka datanglah MATI SILLATURRAHIM,

Apabila perut boleh menerima masuk yang haram,

Maka datanglah MATI BERKAT,




Inilah hakikat,

Walaupun katanya takut kepada mati,

Katanya mahu hidup selama-lamanya,

Akan tetapi…

Mati itu yang dicarinya,

Kenapa ?



Hanya satu sahaja jawapannya…

Jiwa & Iman sudah lama mati !!!












Wednesday 11 April 2012

Menutup Pintu Maksiat


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Nafsu dan Maksiat seringkali dikaitkan. Pertalian keduanya adalah kerana kegagalan individu muslim itu sendiri dalam mengawal bujukan nafsu seterusnya akan megakibatkan terhumbannya ke kancah maksiat. Wal I’yazubillah…

Oleh sebab itu, kita haruslah mencari method yang sesuai yang mampu  menutup terus pintu maksiat. Cara-caranya mungkin banyak…tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang boleh digunakan kita dalam mengawal nafsu…insyAllah.

pemandangan sebegini sudah boleh diterima masyarakat kita...wal i'yazubillah


1- Ikhlas & Menyerah Diri Sepenuhnya kepada Allah

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.


2- Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu darpada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.


3- Banyak Mengingati Akhirat

Jika kita tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara, tentunya kita tidak terlalu menginginkannya. Malah, apabila kita tahu bahawa alam akhirat itu amat menggetirkan & mati itu amat perit untuk ditanggung, maka akan timbullah rasa untuk melakukan taubat nasuha dan menggantikan semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.


4- Sibuk dengan Hal yang Bermanfaat

Bosan. Tiada apa yang hendak dibuat. Awas !!!  Waktu yang lapang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh syaitan & konco-konconya untuk mebisikkan hasutan yang dapat mengheret kita kepada gejala-gejala yang tidak sihat. So, sibukkan lah masa kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti membaca buku-buku ilmiah, mengemas rumah, beriadah… InsyAllah, ruang untuk membuat maksiat tidak akan ada lagi. 


5- Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.



6- Menundukkan Pandangan

Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.



7- Bergaul dengan Orang Baik

Kawan beribu. Statement yang biasa kita dengar. Tapi…Ya, memang ada tapi. Kawan/teman/member/sahabat yang baik akan membantu kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah. Jangan cari kawan yang selfish. Berkawan bila senang, bila susah tinggalkan kita !!! (tension dapat kawan macam ni)



8- Banyak Berdoa

Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud terakhir dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan & iqamat dan ketika hujan mulai turun.



Semoga perkongsian ini mampu kita amalkan demi kebaikan diri kita sendiri dari segi zahir & batin. InsyAllah, jika kita bersungguh-sungguh menangani masalah nafsu kita Lillahi Taala…insyAllah, Allah akan permudahkan untuk kita segala urusan. Yakinlah dengan bantuan Allah. Ingat akan suruhan & laranganNya…sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang….wallahu a’lam…J









(sumber Majalah Solusi)


Monday 2 April 2012

Levels of MAKSIAT

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenai susun atur tahap maksiat, tapi entri kali ini lebih kepada pesanan ulangan untuk diri ini & anda-anda yang masih belum mengetahui.

Maksiat. Suatu perkataan yang sudah lali untuk kita dengar. Malah hati & iman yang goyah sudah boleh menerima biah maksiat di sekitarnya. Hal ini amat merbahaya untuk umat akhir zaman.






There are 4 levels of MAKSIAT :


Peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka diconteng arang. Alhamdulillah.

Peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya.

Peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bias tegal biasa. Sudah mulai ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Masya-Allah.

Peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah.



Sebelum sampai kepada paerigkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, insyAllah.






(sumber Majalah Solusi)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...