Saturday 25 August 2012

Kemaafan di aidil-FITRI


Asssalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Salam lebaran eidul FITRI. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Bertakbirlah, memuji kebesaranNYA. Takbir dengan penuh semangat tanda kemenangan dan kejayaan kita setelah mengharungi liku-liku dugaan di bulan tarbiyah. Ramadhan.


Berlalu sudah Ramadhan yang dicintai. Moga-moga kita ditakdirkan lagi untuk memasuki Ramadhan yang akan datang. InsyAllah.



usrati 



Syawal pula menjelma dan diraikan dengan penuh meriah oleh sekalian muslimin dan muslimat di seantero dunia. Tidak kiralah di mana sahaja, semuanya menyambut 1 Syawal dengan penuh gumbira.


Kebiasaan adat kita, 1 Syawal dirai dengan suasana saling bermaafan sesama ahli keluarga, saudara mara dan kaum kerabat yang lain. Kemaafan di Aidilfitri, andai terlanjur kata atau ada kesilapan diri yang mungkin mengguris ahli keluarga kita. Usrati Mahbubah….


Syawal yang seterusnya pula disambut dengan saling berkunjung ke rumah sahabat handai. Ziarah demi mengerat ukhwah. Kesibukan belajar atau kerja sebelum ini mungkin membataskan kita untuk mengunjung sahabat kita yang lama, maka gunakan lah berkat Syawal untuk kita manfaatkan dengan amalan ziarah-menziarahi. Jadikan kawan sebagai medium ukhwah untuk sama-sama menjalankan dakwah. InsyAllah.



Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)





Syawal yang mendatang pula diertikan dengan musim Open House. Satu lagi adat kita. Tapi tak salah andai kita tak buat salah pada syariat. Jamuan bersederhana, batas pergaulan terjaga dan paling penting makanan yang dihidangkan halal.


Simpul kata, Syawal itu indah dengan berkatnya. Sweet dengan ukhwah dan Osem dengan kemenangannya. Kita pula sebagai hamba kepada sang Rabbul Izzati, malu lah kalau tak gunakan kurniaan Syawal ni dengan sebaiknya. Jom, sama-sama manfaatkan bulan best nie….hehe.


sebahagian drpd sepupu2 ku




Di Aidilfitri yang serba indah ,

Pohonlah kemaafan sebagai wadah ,

Memaafkan insan insan lain pun bukanlah susah ,

Hayati erti Syawal, InsyAllah… alaina arrahmah .











Salam eidulFITRI….maaf zahir dan batin.

Khusus :
buat ahli keluargaku yang terchenta ,
buat rakan lama SKTK, SKPM, SKTPP,
buat sahabat Maahad Ahmadi ,
buat ikhwah UM Nilam Puri .














Wednesday 15 August 2012

Andai Ramadhan...






Andai Ramadhan mahu menjemput aku lagi ,

Pasti aku perbaiki amalanku ,

Pasti aku baiki akhlakku ,

Sebelum tiba lagi Ramadhan ,

Akan aku persiapkan imanku ,

Moga Ramadhanku tidak sia begitu sahaja ,




Andai Ramadhan tiba lagi kepadaku ,

Akan aku memohon agar aku mati di dalamnya ,

Matikan lah aku sebagai syahid ,

Kerana syahid itu citaku ,




Andai Ramadhan mempelawa aku lagi ,

Akan aku penuhkan malam-malamnya ,

Dengan merintih kepadaMU ,

Sang Rabbul Izzati ,

Berdoa agar aku dipertemu dengan Malam Al-Qadr itu ,

Cukuplah…walau hanya sekali ,

Kerna aku begitu mendambakannya ,




Andai Ramadhan itu sudi ,

Andai Ramadhan itu mahu ,

Andai Ramadhan itu masih ada lagi untukku ,

Akan aku jadikan Ramadhan itu lah yang terbaik buat diriku .




Andai Ramadhan…















Tuesday 14 August 2012

Santai Ramadhan bersama Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pukul 5 petang : Ahad 12 Ogos 2012, Masjid Ar-Ridhwan yang terletak di Hulu Kelang mengalami suatu fenomena luar biar biasa. Lingkungan ribuan pengunjung membanjiri masjid. Penuh sesak di setiap penjuru masjid. Bahkan, melimpah ruah hingga ke luar masjid. Dahsyat betul ramai nyer.


Semuanya gara-gara pihak masjid telah menjemput Ustaz Azhar Idrus bagi mengisi slot program Ramadhan mereka. Wah !






Sebagai perkongsian bersama, saya nak cerita sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada kuliah Ustaz Azhar kali ini. InsyAllah…

Sesampai jer saya di Masjid Ar-Ridhwan, saya terdengar alunan selawat yang cukup merdu. Ingatkan siak masjid pasang CD nasyid, tapi bila saya dah masuk masjid baru saya perasan rupa nyer ada persembahan pembukaan oleh UNIC. Adus, menyesal sampai lambat.

Persembahan UNIC takde lah lama sangat, lebih kurang 10 minit jer dah minta undur diri sebab giliran Ustaz Azhar Idrus plak nak buat “show”…hehe. Mantap lah ustaz !

Ceramah kali ini, lain sikit daripada kebiasaannya. Takde kitab untuk disyarah. Kutipan soalan-soalan daripada jemaah pon takde. Ceramah kali ini terserah sepenuh nyer oleh ustaz untuk bincang apa-apa pon.

Disebabkan kuliah kali ini takde kitab dan soalan pertanyaan, ceramah kali ini memang nampak lebih santai. Macam borak-borak jer antara Ustaz Azhar dengan tetamu yang hadir.

Walaupun berkonsepkan kuliah ‘sembang’, Ustaz Azhar masih menerapkan ilmu-ilmu dalam kuliah ilmu beliau. Kebanyakannya menyentuh kes-kes berkenaan bulan Ramadhan. Seperti biasa, jenaka spontan beliau tetap diselitkan. Hehehe...



Antara point yang sempat saya catatkan sewaktu kuliahnya ;

1.  Seseorang yang menunaikan solat tetapi tidak puasa, sah solatnya. Akan tetapi seseorang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat, tidak sah puasanya. Solat ibarat tiang, manakala puasa ibarat dinding. Dinding tidak dapat ditegakkan tanpa tiang, sebaliknya pula tiang akan tetap tegak utuh walaupun tanpa dinding.

2.  Sesiapa yang menganggap dirinya baik, maka dia sebenar nyer jahat. Tapi siapa yang menganggap dirinya jahat maka dia sebenar nyer baik. (ustaz ade bagi ayat Quran tapi lupa plak). Asif…

3.  Walaupun dosa tidak boleh dipindah milik, tapi ade kes-kes yang dikecualikan. Kes dimana seseorang itu akan mendapat dosa walaupun bukan dia yang melakukan dosa tersebut. Insan tersebut ialah manusia yang bergelar ayah. Kenapa ? Ok lah…sebenar nyer bukan semua ayah. Ayah yang dimaksudkan akan mendapat dosa orang lain tersebut ialah ayah yang fasik. Ayah yang tidak bertanggungjawab dengan anak-anak dan tanggungan. Tidak tegur anak perempuannya yang tidak menutup aurat sebagai contoh. Di akhirat kelak si ayah akan ditanya semua perlakuan anak dan tanggungannya. Malah, belum sampai di akhirat si ayah akan seksa merana di alam kubur terlebih dahulu. Jenazah si ayah fasik tersebut akan disimbah dengan sekelumit api neraka akan tetapi amatlah menyeksakan sehingga jeritannya mampu didengari sekeliling kuburnya. Wal iyazubillah.

Tetapi jika seseorang ayah itu telah mengajar dengan ilmu agama yang cukup. Mendidik dengan syariat Islam. Sudah ditegur berkali-kali. Baru lah si anak akan menanggung sendiri dosa mereka.

4.  Suami wajib tau pasal semua darah perempuan. Haid, nifas, wiladah dan lain-lain.

5.  Kes menonton sukan Olypic 2012. Acara renang atau gimrama. Islam tak haramkan sukan, tapi Islam mengharamkan bertelanjang dalam sukan.

6.  Hati-hati dengan makanan untuk berbuka. Pastikan halal.

7.  Bersedekah dalam bulan lain (selain Ramadhan) Allah S.W.T lipat gandakan pahalanya, apatah lagi bersedekah di bulan Ramadhan…pahalanya hanya Allah yang menilaikan, kesilapan dalam ibadah puasanya ditutup dan umur dipanjangkan.

8.  Percayalah, jika kita menginfakkan harta kita denga bersedekah, akan ada bala bencana yang tidak akan ditimpakan Allah kepada kita. Contoh nyer, kita bersedekah RM5, percaya atau tidak rumah kita yang ditakdirkan terbakar petang nanti akan dijauhkan oleh Allah. Subhanallah wa Allahu Akbar !

9.  Berdoa minta dipanjangkan umur. Boleh. Setiap doa ada pahala.

10. Boleh minta perkara dunia dalam solat. Asalkan bukan haram dan bukan bertujuan putus silaturrahim. Doa paling makbul dalam solat ialah ketika solat dan sebelum memberi salam.






Inilah sedikit nota ringkas yang sempat saya catatkan. Moga memberi manfaat bersama.

Akhir kalam, semoga Ustaz Azhar Idrus terus tsabat di medan dakwah ilmunya. Kita pula juga sebagai seorang muslim dan seorang manusia yang dikurniakan akal yang tidak ada bezanya dengan ustaz, haruslah memikirkan tentang tanggungjawab kita pula kepada agama.

Adakah cukup sekadar solat 5 waktu, zakat dan puasa penuh di bulan Ramadhan ? Bagaimana pula tanggungjawab amar makruf, nahi munkar ? Siapa yang nak buat kerja dakwah ? Itu belum tanya medan tarbiyah…sume tunding jari kat ustaz-ustaz. Kenapa ? Ni sume kerja orang yang pegang title ustaz jer ke… fikir balik. Renung balik. Apa tujuan hidup kita ?




Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

- surah Ali-Imran : 110 -



















Wallahu a’lam J





Sunday 5 August 2012

Jenazah Ramadhan


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Entri kali ini saya akan menceritakan satu kisah teladan. Wajar saya ceritakan sebagai perkongsian bersama. Alhamdulillah, cerita ini menceritakan corat-coret pengalaman seorang ustaz yang terlibat dalam urusan pemandian jenazah.


Ustaz Amir Muttaqin. Berasal dari Melaka. Usianya baru menjangkau 26 tahun, tetapi sudah 10 tahun terlibat dalam pengurusan jenazah. Hal berkaitan jenazah sudah lali bagi dirinya. Pagi 16 Ramadhan 1433h : Ustaz Amir Muttaqin telah dijemput oleh pihak Surau Nur al-Ihsan untuk menyampaikan kuliah subuh.






Di awal kuliahnya,  ustaz banyak menceritakan pengalamannya bertemu dengan jenazah-jenazah yang mati dalam keadaan yang amat menghinakan. Wanau’zubillah.


1.  Salah satu daripada kisahnya ialah jenazah seorang lelaki dan seorang wanita yang mati dalam keadaan “melekat”. Mati ketika melakukan hubungan seks. Hanya dapat dipisahkan selepas melakukan pembedahan. Mayat ditemui mati ketika pagi Ramadhan. Status kedua-dua mayat bukan mahram. Si lelaki mempunyai 3 orang anak dan si wanita beranak 4. Ahli keluarga tidak mahu menuntut jenazah. Malu.

2.  Kisah mati yang menghinakan juga terjadi kepada seorang lelaki berumur 52 tahun mati di pusat karaoke (kbox) bersama teman wanitanya yang berusia 18 tahun. Waktu kematian ialah awal pagi Ramadhan. Sewaktu mati, disekitar mayat lelaki itu terdapat botol-botol arak.

3.  Kisah ini pula menunjukkan azab dan aib seseorang yang mengubah ciptaan tuhan. Jenazah seorang pondan yang semasa hayatnya amatlah cantik, tetapi apabila mati jenazahnya bertukar hitam legam. Kelihatan sangat reput. Buah dada palsunya menggelebeh. Kemaluannya bernanah, berdarah dan berulat. Inilah hukuman insan yang tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya.



Ini antara kisah pengalaman Ustaz Muttaqin dalam menguruskan jenazah yang mati dalam keadaan yang amat mengaibkan. Semua kisahnya disampaikan dengan cara yang amat memotivasikan. Amat menyentuh hati, gentar dan insaf.



Sebelum ustaz mengakhiri kuliah subuhnya, sempat dia menceritakan suatu kisah telus mengenai jenazah yang dimuliakan sewaktu matinya. Hayati lah kisah ini…


Pada suatu hari di bulan Rejab, Ustaz Muttaqin mendapat suatu pesanan untuk menguruskan satu jenazah. Seperti biasa ustaz bersetuju untuk menguruskannya. Sebelum jenazah tersebut tiba kepadanya, suatu khabaran yang mengejutkan dirinya mengenai jenazah yang bakal diuruskannya. Jenazah kali ini mati ketika solat. Nyawanya diambil tika mana salam pertama di akhir solat asar.

Apabila jenazah sampai kepadanya, ustaz melihat peri sempurnanya jenazah tersebut. Mukanya bersih sekali. Tiada tanda seksa diriak wajahnya. Dengan rasa penuh terharu, ustaz terus memeluk jenazah tersebut lalu menciumnya. Memandangkan inilah kali pertama dia melihat jenazah yang begitu cantik.

Malangnya, ustaz berasa amat terkilan kerana jenazah tersebut tidak dapat diuruskan olehnya kerana jenazah tersebut bukan rakyat Malaysia. Disebabkan birokrasi ini, jenazah tersebut terpaksa disimpan di bilik mayat. Bilik beku.

Selang hari berlalu. Selang bulan menjelma. Dari Rejab ke Sya’ban, dari Sya’ban ke Ramadhan. Ustaz mendapat satu pesanan lain. Jenazah yang tidak dapat diuruskannya di bulan Rejab dan disimpan di dalam bilik beku bakal diuruskannya kembali. Perasaan bercampur baur.

Sewaktu perjalanannya ke hospital, fikirannya merewang, andai kata ikan yang kita baru beli di pasar, lalu disimpan di dalam peti ais berbulan lamanya. Jangankan bulan, cukup sekadar seminggu. Bagaimana keadaan ikan tersebut ? Sudah tentunya keras membeku. Begitulah fikiran ustaz melihatkan jenazah yang bakal diuruskannya ini, sudah berbulan disimpan di dalam peti sejuk.

Ketika sampai ustaz di hospital, ternyata fikirannya selama ini meleset. Mayat yang disimpan di dalam bilik beku selama berbulan-bulan lamanya bukan sahaja tidak beku, bahkan berpeluh. Masih segar. Allahu akbar !

Jenazahnya masih cantik. Sewaktu memandikan jenazah tersebut, air basuhannya harum mewangi. Peluhnya dilap, lalu ustaz terhidu bauan wangian minyak wangi attar. Subhanallah !







Inilah contoh jenazah yang dimuliakan di saat kematiannya. Semasa hayatnya dikhabarkan arwah memang seorang yang amat mulia. Semasa matinya juga mati dalam keadaan yang dimuliakan. Maka, sudah tentunya di akhirat kelak juga tempatnya juga di tempat orang-orang yang mulia. InsyAllah..amin.


Begitulah sedikit sebanyak kisah tauladan yang dapat saya kongsikan. Kisah ini bukan dongeng. Bukan juga fantasi. Kerana mati itu pasti.


Berdoalah agar kita juga mati dalam keadaan husnul khotimah. Banyakkan lah ibadat kita ibarat kita akan mati esok hari…amin.




“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185)















Wallahu a’lam… J










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...