Wednesday 21 August 2013

Lensa Lebaran 1434

Assalamulaikum & Ahlan Wasahlan. Air Mawang, N.Sembilan. Satu-satunya kampung saya selama ini. Penuh cerita suka & duka di desa ini. Walaupun alamat kad pengenalan diri ini di Puchong, Selangor, tetapi jika anda hendak tahu... kehidupan saya banyak menyimpul kenangan di sekitar kampung.

Di sinilah tempat tinggal saya sewaktu masih kecil sehingga berumur enam tahun. Saya tinggal bersama uwan & atuk tersayang. Banyak kenangan & memori indah. Sungguh takkan ku lupakan.

Di sini juga lah tempat saya menginap jika cuti hujung bulan ketika masih bersekolah asrama di Maahad Ahmadi. Makan, minum, ubat-ubatan & tempat tinggal...semuanya atuk & uwan yang bagi. Sayang uwan...sayang atuk.


Cey...nak buat cerita sedih plak kan. Takde lah...tujuan saya nak post gambar raya tahun ni jer..hoho.

Nah...gambar kami sekeluarga.






Dari kiri : Angah & Adik

Bersama Ady & Ibu

sepupu-sepapat yang memang rapat

majlis untuk hari raya kedua


ibu, ayah, atuk, uwan & sebahagian pak cik & mak cik



Moga ikatan pertalian ini kekal selamanya. Diiringi rahmat Allah...insyAllah



Wassalam.


















Friday 31 May 2013

Tanpa Ilmu, Jangan Gelar Diri Kita Da'ei !!!

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum anda baca, terlebih dahulu saya ingin memberitahu bahawa entri kali ini bukan sepenuhnya dari saya...hoho. Saya copy & paste je. Ada dua alasan kenapa saya copy & paste. Pertama, saya memang agak sibuk dengan tugasan yang diberikan pensyarah. Kedua, saya betul-betul amat tertarik dengan entri dalam laman "quranicgen.com". Jadi saya memang berhasrat ingin berkongsi apa yang saya dapat bersama kalian. InsyAllah....moga bermanfaat.


Jom hayati kisah ini. 








Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar terkenal dengan perwatakannya yang bengis, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hatinya cukup keras sehingga sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup. Suatu hari, Saidina Umar mendapat tahu bahawa adik dan adik iparnya telah memeluk Islam, agama yang paling dibencinya. Lalu, Saidina Umar pulang ke rumah dan melihat adik iparnya sedang membaca Al-Quran. Ditampar adik iparnya itu hingga tersungkur.



Lalu keluar adik perempuannya menghalang Saidina Umar dari terus memukul suaminya. “Katakan padaku benarkah engkau dan suamimu telah mengikut agama Muhammad?”, soal Saidina Umar keras. “Ya, wahai abangku. Rasulullah membawa risalah yang benar”. Saidina Umar menjadi semakin marah lalu merampas mashaf yang dibaca adik iparnya tadi. “Janganlah wahai abangku, jangan di apa-apakan kalam Tuhan ini”, rayu adiknya. Lalu Saidina Umar berjanji untuk tidak merosakkan isi kandungan itu. “Aku cuma ingin melihat apa isinya!”, jelas Saidina Umar lantang. Setelah menunaikan beberapa permintaan adiknya, Saidina Umar pun membuka mashaf yang dibaca adiknya tadi.
                  


“ TaHaa. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Allah Ar-Rahmaan, yang bersemayam (berkuasa) diatas ‘Arasy”.
(Surah Taha, 1-5)



Setelah membaca hingga ayat kelima, muka Saidina Umar bertukar pucat dan air matanya bergenang. Lalu beliau bersuara “Bawakan aku kepada Muhammad!”. “Tidak boleh” tegas adiknya, “Abang sudah berjanji, kami tidak akan biarkan abang menyakiti Rasul kami!” sambung adiknya lagi. Lalu Saidina Umar berkata “Aku perlu berjumpa dengannya”.








Kemudian Saidina Umar terus bergegas ke rumah Rasulullah s.a.w. Para sahabat yang sedang mendengar syarahan baginda ketika itu terkejut dengan kedatangan Saidina Umar lalu bingkas mereka semua bangun kerana gentar pada Saidina Umar tetapi masih lagi bertindak melindungi baginda. Saidina Umar datang menghampiri Rasullullah yang hanya tersenyum. Lalu Saidina Umar berkata,



“Aku mahir semua sastera Arab, aku tahu semua tentangnya, aku pernah membaca semua jenis sastera Arab tetapi kalam yang engkau sampaikan itu aku benar-benar terpesona dan aku yakin ia bukan dari seorang manusia, ia pasti kalam dari Tuhan Yang Esa. Jadi kedatangan aku kemari untuk menyatakan ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan engkau Muhammad adalah pesuruh Allah’,” Air mata Saidina Umar bercucuran lalu memeluk Nabi. Sahabat-sahabat yang berada di sekitar, semuanya bergembira dan mengalirkan air mata tanda kesyukuran.



(Cerita ini dipetik daripada buku Bertanya Tentang Tuhan karya Ibnurijal.)







Saudara, kisah ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu penngetahuan. Lihatlah bagaimana sesuatu ilmu dapat memandu kita pada sebuah kebenaran. Dek kerana Saidina Umar berilmu dalam bidang sastera, beliau tahu menilai manakah karya manusia dan manakah karya daripada Tuhan. Hanya dengan lima ayat dalam surah Taha, tersungkur Saidina Umar. Seorang yang bengis, tidak berperikemanusiaan dan memusuhi agalam Islam bertukar menjadi manusia yang tunduk dan patuh pada Allah. Malah sentiasa membantu baginda Rasulullah s.a.w dalam perjalanan dakwah membangunkan Islam. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Kerana ILMU !



Allah s.w.t telah memberikan akal fikiran kepada kita. Itulah nikmat terbesar untuk manusia yang membezakan kita dengan makhluk lain. Maka, gunalah nikmat itu sebaik-baiknya. Janganlah sesekali kita kufur nikmat. Ingatlah, betapa ilmu pengetahuan akan membawa kita kepada sebuah kebenaran! InsyaAllah, semoga Allah redha.













Wallahu A'lam.





















Sunday 14 April 2013

Aktiviti Cuti Mid Sem Kami

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Serius dah malas nak menulis, so...update blog dengan gambar jer lah deh...hoho.





8 April 2013 : MISI MELAWAT KATAK



kalau berani, cuba carik katak dalam pic ni...die menyamar taw...horror...haha



sumpah besar katak ni !!!


ni kodok taw...bukan cekodok...haha

rangup dimakan...eh !


daun & ranting ???



kan elok kalau beruk kat kolej kena awet macam nih...haha


Hafizi bajet berani...haha

Ha !!! ni baru berani...hoho


fosil ikan paus...subhanallah..


sekali lagi beliau bajet berani...haha





11 APRIL : USRAH MUSICAL @ UiA



U.i.A


souvenir..


ikhwah UM yang terselit antara ratusan ikhwah UiA

penuh...habis tiket !!! terbaik lah ikhwah...

stand comedy by Afdlin

Halim Devotees...nice & superb !!

forum : Anas Tahir, Sham Kamikaze & Ustaz Zamri Mantop !!!


Ad-dua...best !!!

show Muadz & Sham Kamikaze


~ kenangan ~




Penuhkan masa dengan aktiviti berfaedah, ayuh musnahkan jahiliyyah  !!!

insyAllah...






wallahu a'lam...










Sunday 17 March 2013

IBTISAM : Khas buat Awan Nano


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Makluman awal, entri kali ini bukan untuk tatapan umum…hoho.

Sebab entri nie, khas buat adik-adik AWAN NANO…



Team Awan Nano !!!




Berhulu Camp, Serting (8-10 MAC) : Program IBTISAM anjuran Permanis UM.

Melibatkan para pelajar dari sekolah SMK Tuanku Muhammad, K.Pilah & SMK Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang.



Luar Biasa & Kreatif 



Ya, memang kita jumpa untuk 3 hari jer…tapi bagi abang, 3 hari tue dah cukup untuk tunjukkan korang betul-betul nak commit program kami yang tak seberapa nih. Semua bagi komitmen terbaik…bagus !!!


Nak cerita hebat tak hebat korang nih, sampai boleh jadi johan untuk program IBTISAM nih…fuhh…mantap !!!


So, tak mustahil korang mantap dan bagus untuk STPM nanti. Apa yang penting, usaha..doa..tawakal. Ingat lagi tak apa yang abang cakap dulu. Muslim yang terbaik memerlukan kekuatan untuk 3 perkara.



MUSLIM YANG TERBAIK

1. AKAL : Ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat

2. JASAD : Pemakanan yang halal dan tubuh yang sihat

3. HATI : Peringatan tentang agama. Atau kata lain tazkirah. Rajin-rajin hadiri kuliah agama. Penting taw…



~ Apa yg penting...kerjasama ~




Usaha lah bersungguh adik-adik ,
Abaikan yang tak penting ,
Cinta…simpan dulu ,
Seronok…tangguhkan dulu ,
Percayalah…kesenangan selepas kesusahan itu lebih enak…



Usaha lah dengan ikhlas adik-adik ,
Allah sayang hambaNya yang soleh & solehah ,
Luar biasakan usaha kalian ,
Luar biasakan amalan kalian ,
Sebab syurga Allah yang super luar biasa hanya untuk hambanya yang luar biasa juga…



Usaha lah ke tahap tertinggi adik-adik ,
Kenang kembali susah perit bonda dan ayahanda kalian ,
Hanya untuk melihat kalian senang kelak ,
Hanya untuk kalian berjaya dunia dan akhirat ,
Jangan sia-siakan harapan mereka…USAHA yer !!!




simpanlah kenangan kita sebagai memori manis




Moga pertemuan kita diberkati Allah…
Moga perpisahan kita dirahmati Allah…



Ukhwah Fillah…




Nie video persembahan korang...mantap...hehe



















p/s : ada rezeki jumpa lagi deh…























Saturday 23 February 2013

Oh, betapa indahnya cintaMu







Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Oh, terkesima dengan satu bait cantik dalam Al-Quran. Hanya 3 baris sahaja ayatnya wahai ikhwah. Pendek sahaja kan...Tapi cukup hebat untuk memukau diri ini. Cukup untuk menyedarkan diri ini bahawa Dia adalah "true lover" yang sebenar.

Jom, kita tadabbur sejenak...prepare lah untuk touching sket yer...huhu







( Al-An'am : 54 )



Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah, "Salamun A'laikum (selamat sejahtera untuk kamu)." Tuhanmu telah menetapkan kasih sayang pada diriNya, (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.



Tadabbur ulang kali dulu...kalau boleh cari masa untuk feel ayat ni...








Hati ini penuh titik hitam,

Jiwa ini sering kali hanyut dinodai nafsu,

Akal ini kerap leka memikirkan keindahan dunia,

Iman ini sering dicelup jahiliyah,



Namun, sungguh ku tidak sangka !



Allah...masih Kau sanggup mengampuni aku. Mengapa ?

Allah...masih Kau sayang hambuMu yang hina ini. Mengapa ?




Oh, betapa indahnya cintaMu....















Wallahu A'lam.










Thursday 31 January 2013

Pertama kali adik di asrama

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Harap maaf, entri kali ini bersifat agak privasi. Khas untuk keluarga saya yang terchenta sahaja...hoho.


Selesai PMR, adik ditawarkan ke asrama penuh. Walaupun asrama tak sejauh negeri utara atau pantai timur, ini merupakan pengalaman pertama adik tinggal di asrama. Sesuatu yang amat istimewa untuk diabadikan di dalam blog...oh.



SM SAINS BANTING





PENDAFTARAN




isi borang

taklimat



URUSAN LAIN-LAIN


beli barang koperasi

ibu & ayah tolong pasang cadar


sompek bogamba laei...adui


dewan makan

asrama

logo rumah sukan adik




GAMBAR LAST

gambar terakhir sebelum ibu & ayah balik






Moga adik terus berjaya dalam mengecapi kejayaan dunia & di akhirat. Amin.

wallahu a'lam













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...