Wednesday, 11 April 2012

Menutup Pintu Maksiat


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Nafsu dan Maksiat seringkali dikaitkan. Pertalian keduanya adalah kerana kegagalan individu muslim itu sendiri dalam mengawal bujukan nafsu seterusnya akan megakibatkan terhumbannya ke kancah maksiat. Wal I’yazubillah…

Oleh sebab itu, kita haruslah mencari method yang sesuai yang mampu  menutup terus pintu maksiat. Cara-caranya mungkin banyak…tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang boleh digunakan kita dalam mengawal nafsu…insyAllah.

pemandangan sebegini sudah boleh diterima masyarakat kita...wal i'yazubillah


1- Ikhlas & Menyerah Diri Sepenuhnya kepada Allah

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.


2- Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu darpada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.


3- Banyak Mengingati Akhirat

Jika kita tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara, tentunya kita tidak terlalu menginginkannya. Malah, apabila kita tahu bahawa alam akhirat itu amat menggetirkan & mati itu amat perit untuk ditanggung, maka akan timbullah rasa untuk melakukan taubat nasuha dan menggantikan semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.


4- Sibuk dengan Hal yang Bermanfaat

Bosan. Tiada apa yang hendak dibuat. Awas !!!  Waktu yang lapang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh syaitan & konco-konconya untuk mebisikkan hasutan yang dapat mengheret kita kepada gejala-gejala yang tidak sihat. So, sibukkan lah masa kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti membaca buku-buku ilmiah, mengemas rumah, beriadah… InsyAllah, ruang untuk membuat maksiat tidak akan ada lagi. 


5- Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.



6- Menundukkan Pandangan

Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.



7- Bergaul dengan Orang Baik

Kawan beribu. Statement yang biasa kita dengar. Tapi…Ya, memang ada tapi. Kawan/teman/member/sahabat yang baik akan membantu kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah. Jangan cari kawan yang selfish. Berkawan bila senang, bila susah tinggalkan kita !!! (tension dapat kawan macam ni)



8- Banyak Berdoa

Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud terakhir dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan & iqamat dan ketika hujan mulai turun.



Semoga perkongsian ini mampu kita amalkan demi kebaikan diri kita sendiri dari segi zahir & batin. InsyAllah, jika kita bersungguh-sungguh menangani masalah nafsu kita Lillahi Taala…insyAllah, Allah akan permudahkan untuk kita segala urusan. Yakinlah dengan bantuan Allah. Ingat akan suruhan & laranganNya…sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang….wallahu a’lam…J









(sumber Majalah Solusi)


Monday, 2 April 2012

Levels of MAKSIAT

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenai susun atur tahap maksiat, tapi entri kali ini lebih kepada pesanan ulangan untuk diri ini & anda-anda yang masih belum mengetahui.

Maksiat. Suatu perkataan yang sudah lali untuk kita dengar. Malah hati & iman yang goyah sudah boleh menerima biah maksiat di sekitarnya. Hal ini amat merbahaya untuk umat akhir zaman.






There are 4 levels of MAKSIAT :


Peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka diconteng arang. Alhamdulillah.

Peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya.

Peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bias tegal biasa. Sudah mulai ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Masya-Allah.

Peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah.



Sebelum sampai kepada paerigkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, insyAllah.






(sumber Majalah Solusi)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...