Wednesday, 11 April 2012

Menutup Pintu Maksiat


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Nafsu dan Maksiat seringkali dikaitkan. Pertalian keduanya adalah kerana kegagalan individu muslim itu sendiri dalam mengawal bujukan nafsu seterusnya akan megakibatkan terhumbannya ke kancah maksiat. Wal I’yazubillah…

Oleh sebab itu, kita haruslah mencari method yang sesuai yang mampu  menutup terus pintu maksiat. Cara-caranya mungkin banyak…tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang boleh digunakan kita dalam mengawal nafsu…insyAllah.

pemandangan sebegini sudah boleh diterima masyarakat kita...wal i'yazubillah


1- Ikhlas & Menyerah Diri Sepenuhnya kepada Allah

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.


2- Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu darpada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.


3- Banyak Mengingati Akhirat

Jika kita tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara, tentunya kita tidak terlalu menginginkannya. Malah, apabila kita tahu bahawa alam akhirat itu amat menggetirkan & mati itu amat perit untuk ditanggung, maka akan timbullah rasa untuk melakukan taubat nasuha dan menggantikan semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.


4- Sibuk dengan Hal yang Bermanfaat

Bosan. Tiada apa yang hendak dibuat. Awas !!!  Waktu yang lapang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh syaitan & konco-konconya untuk mebisikkan hasutan yang dapat mengheret kita kepada gejala-gejala yang tidak sihat. So, sibukkan lah masa kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti membaca buku-buku ilmiah, mengemas rumah, beriadah… InsyAllah, ruang untuk membuat maksiat tidak akan ada lagi. 


5- Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.



6- Menundukkan Pandangan

Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.



7- Bergaul dengan Orang Baik

Kawan beribu. Statement yang biasa kita dengar. Tapi…Ya, memang ada tapi. Kawan/teman/member/sahabat yang baik akan membantu kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah. Jangan cari kawan yang selfish. Berkawan bila senang, bila susah tinggalkan kita !!! (tension dapat kawan macam ni)



8- Banyak Berdoa

Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud terakhir dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan & iqamat dan ketika hujan mulai turun.



Semoga perkongsian ini mampu kita amalkan demi kebaikan diri kita sendiri dari segi zahir & batin. InsyAllah, jika kita bersungguh-sungguh menangani masalah nafsu kita Lillahi Taala…insyAllah, Allah akan permudahkan untuk kita segala urusan. Yakinlah dengan bantuan Allah. Ingat akan suruhan & laranganNya…sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang….wallahu a’lam…J









(sumber Majalah Solusi)


5 comments:

  1. Terbaik ! Teruskan menulis :) Allahu Yusahhil

    ReplyDelete
  2. Serius terbaik akhi! Dah boleh buat buku ni.. Hantar lah ke PTS. he3

    ReplyDelete
  3. Akhi, kalau Imam Ghazali punya cara ada 3 je yg very simple:
    1) Sekat sumber maksiat
    2) Perbanyakkan ibadah
    3) Berdoa & berharap kepada Allah supaya dijauhkan daripada maksiat

    Kiranya yg nta tulis ni dah merangkumi yg 3 ni.

    Dan nta tulis ni banyak teorikal, susah nak amalkan.

    Bagi ana cara terbaik memang first sekat sumber, cth TV, Internet dsb.

    Kemudia ibadah tu kena tiptop la. Memang kena sentiasa sibukkan dlm ibadah(termasuk melakukan perkara bermanfaat). Macam wajibat yg ana gariskan utk diri ana tu(bukan buat sgt pun).

    The last sekali doa n tawakkal.

    Taknak post azam wajibat nta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran...nnti diusahakan...
      tapi x sehebat wajibat Bakar kot....bese2 jer...
      tue pon susah sgat nk mujahadah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...