Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan bukan Bulan Puasa


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Tolong jangan cepat melatah dengan tajuk entri kali ini. Dengar dahulu penjelasan dari saya. Kemudian baru boleh bidas….hehe. Sekadar berkongsi.





Sebut sahaja Ramadhan, majoriti umat Islam di seluruh pelusuk bumi tidak kiralah yang berada di kutub ais, gurun temurun, hutan belukar, bandar kosmo dan di mana sahaja, semua faham erti tibanya Ramadhan maka wajiblah ke atasnya puasa.


Tak salah jika mengatakan Ramadhan bulan puasa. Memang itu hakikat. Masalah utamanya di sini, umat Islam kini hanya faham erti Ramadhan hanya pada 4 perkara ini :

1 - Sahur

2 - Tahan lapar dan dahaga

3 - Berbuka

4 - Taraweh



Perkara ini sebenarnya, sudah menjadi suatu tradisi temurun. Tradisi jahil.

Apakah bererti Ramadhan jika ianya disambut hanya untuk puasa ? Mana pula hilangnya perlumbaan ibadah ? Kemurahan dalam bersedekah ? Kewajipan lain yang dituntut agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Adakah ditunaikan ?



nafsu ketika di bazaar



Fenomena segelintir umat yang bergelar Islam kini. 

Ramadhan bererti berpuasa. Maka tak salah jika tak tutup aurat, dedah jer… Tak solat fardhu pon takpe, janji puasa di bulan Ramadhan. Mulut pon boleh mengata dan mengumpat sesuka hati. Jalan-jalan dengan kekasih buah hati intan payung pon takpe, janji jangan zina di siang hari, paling penting puasa tetap puasa. Sesungguhnya aku berpuasa !!!

Adakah puasa sebegini yang dituntut Islam ? Itulah kesilapan pada pemahaman erti Ramadhan.



masih cintan-cintun di bulan Ramadhan




Hanya kerana istilah Ramadhan bulan puasa, umat Islam majoriti hanya faham sahur, tahan lapar dahaga, berbuka dan solat taraweh. Lupa pula mereka ibadah berganda. Lupa pula bersepahnya pahala sunat. Malah ada pula yang lupa kewajipan agama seperti solat fardhu lima waktu.


Maka ada satu seruan di sini. Tukar bahasa sikit. Ramadhan bukan bulan puasa.

Ramadhan bulan cari pahala, tinggalkan dosa.





Wallahu a’lam…






Sumber ilmu :

Kuliah subuh di surau Nur Ihsan, Wangsa Maju oleh Ustaz Shahrizan Daud 
(mursyid Imam Muda) 






Thursday, 19 July 2012

Kembara Selawat Ar-Rayyan


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Salam sejahtera ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Hadirkan rasa rindu kita kepada baginda setiap masa, seperti mana rindunya Baginda S.A.W kepada umatnya yang tak lain dan tak bukan ialah kita. Allahumma solli ala sayidina Muhammad.



Ar-Rayyan




Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]



Skuad madih ar-Rayyan masih bergiat utuh dalam menyampaikan mesej dakwah. Seruan untuk berselawat.




Di bawah pimpinan saudara Husaini, ar-Rayyan mendapat banyak jemputan dalam menjayakan majlis-majlis akikah, walimah dan persembahan mana-mana program.


Husaini



Jalan-jalan selawat sekitar Hulu Langat & Cheras :
















Sekiranya berminat untuk mengundang Ar-Rayyan dalam majlis-majlis  antum, boleh lah menghubungi saudara Husaini :


1)  019-6037481
2)  017-3545258




wallahu a'lam :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...