Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan.
Tertarik dengan suatu petikan di sebuah majalah, saya berasa
terpanggil untuk berkongsi cerita daripada petikan tersebut. Cerita
ini benar-benar menakjubkan !!! Subhanallah…
Cerita di dalam petikan majalah
tersebut ada menyelitkan keadah bagaimana kita mampu menghilangkan
diri. Ya, tip menjadi halimunan !!!
Hayati kisah ini :
Pada suatu hari, Ummu Jamil telah
keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit-jerit. “Muhammad
itu mengutuk moyang kita dan agama kita !” jeritnya sambil di
tangannya ada seketul batu.
Ketika itu, Rasulullah S.A.W sedang
duduk dekat dengan Kaabah dan Abu Bakar juga bersamanya. Apabila Abu
Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul :
“Wahai Rasulullah, dia akan nampak engkau !”
“Sesungguhnya dia tidak akan dapat
melihat aku,” kata Baginda.
Kemudian Baginda membaca sepotong ayat
al-Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah
al-Isra’ ayat 45 yang bermaksud :
“Dan apabila kamu membaca al-Quran
nescaya Kami adakan antara kamu dan orang yang tidak beriman kepada
hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.”
Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di
hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan
Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil ketika
itu berkata “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan
kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai
aku.”
“Tidak, demi Tuhan rumah ini
(Kaabah), beliau tidak berbuat begitu padamu,” jawab Abu Bakar.
Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah
sambil berkata : “Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata
buruk.”
![]() |
sekadar hiasan |
Begitu mudah bukan untuk hilangkan
diri. Hanya dengan membaca sepotong ayat al-Quran. Allahu akbar,
senang jer nak jadi halimunan nie rupe nyer.
Tapi cuba kita fikir sejenak, cuba kita
mengandaikan kita berada di situasi yang sama. Konon nyer lah, ada
seorang kafir yang amat benci kepada kita, tak tau lah sebab ape…tapi
kalau dia dapat jumpa kita berkemungkinan besar satu penumbuk
bertatahkan buku lima hinggap di batang hidung kita. Agak-agak boleh
tak kita menjadi halimunan ? Walaupun kita dah hafal dan fasih ayat
45 surah al-Isra’ tersebut…
Secara umum dan jujurnya, pasti ramai
dalam kalangan kita tidak akan yakin dengan hanya membaca sepotong
ayat tersebut mampu membuatkan jasad kita ghaib daripada pandangan
orang. Macam magik plak kan…
Mungkin akan ada yang berhujah, perkara
unik dan ajaib sebegitu merupakan salah satu mukjizat Rasulullah
S.A.W,,,tapi cuba kita buka mata dan hayati kembali kisah di atas
tadi, Rasulullah hanya membaca sepotong ayat al-Quran. Adakah ayat
al-Quran di zaman kita kini berbeza dengan ayat al-Quran di zaman
Rasulullah ?? Jelas sekali tiada bezanya…semuanya masih lagi kekal
sama malah al-Quran tidak dapat diubah oleh mana-mana makhluk
walaupun sepatah huruf !!!
Jadi mengapa kita ragu-ragu dengan
perkara sebegini ? Setelah bersoal selidik terhadap diri kita
sendiri, kita akan menjumpai masalah tersebut. Masalah utama ialah
keyakinan kita terhadap kuasa Allah. Adakah kegagalan kita menjadi
ghaib walaupun ayat 45 surah al-Isra’ tersebut dibaca bermakna kita
tidak yakin dengan kuasa Allah ??? Tidak,,,sikap yakin mempunyai
tahap yang berbeza-beza. Mungkin tahap keyakinan kita masih lagi
dalam tahap percaya tapi tak pasti.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi faktor
perkara-perkara ajaib sebegitu tidak akan terjadi kepada kita. Salah
satunya, niat. Jika niat kita menggunakan ayat tersebut ke arah
keburukan masakan dimakbulkan Allah. Dikhuatiri pula jika niat kita
hanya ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang kita juga mampu
ghaib seperti Rasulullah…wal iyazubillah.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini
sebenarnya bukanlah semata-mata menekankan keyakinan kita terhadap
kalam Allah. Percaya kepada al-Quran telah menjadi kewajipan kepada
kita seperti mana yang termaktub di dalam rukun iman. Akan tetapi
sebelum rukun iman ketiga itu kita patuhi, bagaimana dengan rukun
iman kita yang pertama ??
Sememangnya mudah untuk disebut. Beriman kepada Allah. Melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Tetapi sejauh mana pula kita mengakui maksud kalam Allahu Akbar, Allahu A’zim, Allahu A’lim, Allahu Qowiy dan segala sifat yang wajib bagi Allah ???
Suatu peringatan yang sepatutnya telah
tersemat utuh di dalam hati kita, ketahuilah bahawa tiada perkara
mustahil bagi Allah. Allah semestinya Maha Berkuasa !!!
Firman Allah :
Sesungguhnya urusanNya apabila Dia
menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah !” Maka
jadilah sesuatu. (Yassin:82)
Pengakhiran kalam, saya ingin berkongsi
satu soalan sebagai konklusi daripada kisah tersebut.
Bolehkah bumi yang kita diami tatkala ini dimasukkan ke dalam sebiji telur ???
Logik tak ?? Tidak logik bukan, tapi ingatlah…sekadar meletakkan bumi di dalam telur hanyalah perkara yang amat mudah bagi Allah. Jadi daripada kisah Ummu Jamil tadi yang gagal melihat Rasulullah walaupun Baginda betul-betul dihadapannya, ternyata menjadi halimunan itu tidak mustahil !!!
Bolehkah bumi yang kita diami tatkala ini dimasukkan ke dalam sebiji telur ???
Logik tak ?? Tidak logik bukan, tapi ingatlah…sekadar meletakkan bumi di dalam telur hanyalah perkara yang amat mudah bagi Allah. Jadi daripada kisah Ummu Jamil tadi yang gagal melihat Rasulullah walaupun Baginda betul-betul dihadapannya, ternyata menjadi halimunan itu tidak mustahil !!!
Wallahu a’lam…
Subhanallah
ReplyDeletememang menarik !
jzkk sudi kongsi :))
syukran...perkongsian bersama ~~~
DeleteHebat...
ReplyDelete