Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan.
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan beberapa sahabat saya yang
lain telah mengikuti satu program di Masjid Hasanah, Bangi. Program
yang dijalankan selama 3 hari itu diberi nama KARIMS.
Walaupun program tersebut diadakan
selama 3 hari, saya dan akhi Hafizi hanya sempat mengunjung selama
satu malam jer…hehe. Bukan ape, jauh kot Bangi dgn rumah
kitorang…so, datang melawat satu malam pon kire ok lah tu ek…
Ikhwan sorang jer yang datang tiap-tiap hari. Itu pon sebab rumah dia
kat Bangi…kalau jauh konpem tak datang…haha…(gurau jer)
Program KARIMS ini benar-benar menarik
perhatian saya. Yer lah…mana tak nyer, amat jarang sangat kita nak
dengar masjid-masjid yang nak adakan program yang berbentuk ilmiah
dan riadah kepada masyarakat. Nak tau ape program tue ?
PROGRAM RIADAH
Jangan pelik kalau saya cakap program
KARIMS nie ada acara sukaneka. Bukan tue jer, permainan futsal &
explorace pon ade gak taw. Hebat program nie, mungkin nie salah satu
cara mereka yang menganjurkan program KARIMS nie untuk menarik minat
golongan syabab(remaja). Ape-ape pon memang terbaik penduduk-penduduk
Bangi.
PROGRAM ILMIAH
Kalau yang program berbentuk ilmiah
memang banyak. Ade program ceramah Tanyalah Ustaz kot. Malam yang
saya datang tuh ade ceramah Ustaz Dr. Zaharudin dari USIM. Tajuk
malam tue plak memang isu yang sesuai untuk setiap lapisan
masyarakat. Pasal wang. Saya pon sempat gak lah hantar satu soalan
(mesej) tapi tak sempat dijawab ustaz…huhu. Yer lah ramai gak kot
nak tanye.. tapi bagus lah penduduk kat sekitar Masjid Hasanah tue,
dah lah ramai yang datang…tanya soalan plak yang bagus-bagus.
Ape-ape pon syukran yer Ustaz Dr.Zaharudin sebab semua soalan
terjawab dengan baik.
Selepas solat Isya, majlis diteruskan
lagi dengan berlangsungnya agenda forum di perkarangan masjid. Forum
yang bertajuk “Keluarga Bahagia, Menuju Syurga” telah menarik
ramai pengujung. Nak cakap ramai tuh, sampai khemah tempat duduk
penuh kot. Terpaksa lah kitorang duduk atas tikar.
Bohong lah kalau saya cakap orang ramai
datang sebab tajuk forum best an…erm..sebenar nyer, tajuk forum tuh
memang best, tapi yang buat lagi best 2 orang ahli panel malam tue
memang brilliant & famous. Ustaz Fauzi Mustafa & Ustaz Hasrizal Abd. Jamil.
Penerangan untuk mencapai Keluarga Bahagia disyarah dengan jelas
berserta jenaka-jenaka yang amat segar. Tak kering gusi kot.
Sedikit Perkongsian Forum :
1 - Keluarga Bahagia mesti diliputi
Sakinah (ketenangan), Mawadah (cinta) dan Rahmat.
2 - Suami, sebagai ketua keluarga mesti
memberikan didikan agama kepada keluarga. Mesti tau bentuk didikan
yang macam mana. Lagi satu, tak semesti nyer kalau dah hantar anak
masuk sekolah agama/tahfiz dah selesai tanggungjawab. Ibu bapa juga
harus memainkan peranan dengan mendidik di rumah.
3 - Sape yang cakap “Lepas kahwin
nanti boleh lah belajar agama“ memang silap. Ilmu pengetahuan
tentang agama perlu didalami terlebih dahulu sebelum berani untuk
melangsungkan pernikahan, kalau tidak.. keretakan rumahtangga akan
senang berlaku. Tue pasal lah banyak kes penceraian berlaku sekarang
nie, semuanya mungkin kerana ketiadaan ilmu agama yang mencukupi
sebelum perkahwinan.
4 - Jadikan rumahtangga Rasulullah
sebagai contoh. Rasulullah SAW menjadikan isteri-isterinya sebagai
teman. Suka bergurau senda bersama isterinya dan tidak menyusahkan
isterinya dalam menjalankan urusan rumah (jahit capal, memerah susu &
sebagainya semua dilakukan baginda sendiri). Penampilan baginda SAW
juga tidak berbeza dihadapan isterinya. Sebagaimana Rasulullah
berpenampilan kemas di luar rumah, begitulah juga keadaannya di dalam
rumah baginda.
5 - Rasulullah bijak membahagikan masa
baginda untuk urusan keluarga & dakwah. Pembahagian waktu baginda
SAW di rumah pula dibahagikan kepada tiga. Pertama, masa untuk
pengurusan diri seperti mandi, makan dan berpakaian. Kedua, baginda
bijak meluangkan masanya di rumah untuk keluarga baginda. Terakhir
peruntukan masa baginda untuk Allah. Pada malam hari, Rasulullah akan
meminta izin terlebih dahulu kepada isterinya untuk meluangkan
sedikit masa untuk ‘bertemu’ Rabbul Izzati.
masjid hasanah |
Walaupun saya hanya mengunjunginya
untuk satu malam, apa yang saya dapat malam tue amat memberi kesan
selain menambah ilmu. Untung nyer sape yang pergi semua program
KARIMS tue. Tahniah !!
Harap-harap lah lepas nie banyak lagi
masjid kat Malaysia nie yang dapat menganjurkan program-program yang
bermanfaat seperti yang dilakukan di Masjid Hassanah, Bangi. Peranan
masjid sebenar nyer mampu menyatukan ummah. Masjid yang sarat dengan
majlis ilmu dan program-program yang bermanfaat mampu untuk menarik
golongan muslim yang sudah lupa kepada masjid sekaligus menghidupkan
masjid tersebut.
Kita juga boleh memainkan peranan
dengan menghadiri setiap acara yang dianjurkan masjid. Kalau nak lagi
best, ajak lah kawan-kawan kita, tak pun ajak jer ahli keluarga kita.
Erm…mesti best kan…wallahu a’lam
Serius best! tapi ana x dengar pun, time malam tu sebab baru balik dari book fair. Wah jzkk akhi, byk dah persediaan nta buat ke peringkat seterusnya :)
ReplyDeleteCopy4 ye. yg #3 tu.
xpe..nie lah perkongsian ilmu...
Deleteeh, xde lah...xbanyak pon persiapan...
bnde yang nk dipertahankan lebih susah...takut ade yg xdpt diistiqomahkan...
takut gak kalau dosa lalu berulang lagi...wal iyazubillah...