Saturday, 10 November 2012

Shhh… Jom bisik-bisik Syahadatul Haq (part 2)


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum nie kita dah bincang pasal makna kalimah Syahadah kita  yang tersirat lagi tersemat erat. Syahadah yang paling benar. Syahadatul Haq. So, jom kita teruskan perbincangan kita.



Mula-mula kita tadabbur ayat nie dulu deh. Ayat nie mungkin seram kepada penggemar filem seram. So, nak lagi best baca sorang-sorang tengah malam. Baru kaw.



“Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikanya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri. Dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.”

( Al-Qiyamah 75 : 13-15 )







Sekarang nie kita nak cakap pasal PENYAKSIAN kat akhirat kelak. Mungkin semua makruf, kat akhirat nanti ‘kita’ sendiri yang akan menjadi saksi setiap perbuatan kita kat dunia. Eh, ade yang tak tau. Tak tau ke yang kat akhirat nanti setiap unit anggota badan kita mampu menjadi SAKSI di mahkamah akhirat ? Tangan kita bakal memberi keterangan kepada AL-HAKIM setiap apa yang kita sentuh dulu. Sentuh anak gadis orang ker, meniru dalam ujian ker hatta buang sampah merata-rata pun akan ditanya. Percaya tak ?



Itu baru tangan. Anggota lain pun berebut-rebut nak bagi tau kat Allah, nak bagi tau kat malaikat, apa yang kita dah gunakan ‘dia’ waktu kat dunia. Telinga, mulut, kemaluan, hidung, mata & kaki semua nie yang paling lantang berhujah. Banyak yang diorang tak puas hati dengan kita. Adus.



Seterusnya, tadabbur ayat nie pulak. Yang ni ngeri. Serius.


“Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya, dan isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya (di dunia), dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.”

( Al-Maarij 70 : 11-14 )







Fuhh. Berpeluh.  Mesti tertanya-tanya kenapa kan ? Kenapa plak orang yang dah banyak buat dosa yang kompom masuk neraka boleh pulak nak carik substitue. Pelik. Dosa banyak masuk jer lah neraka tuh. Tue lah, masa kat dunia dulu tak fikir plak takut azab Allah. Go to Hell !!!



Aik. Kenapa nak marah-marah plak ? Nie ayat Allah. Memang betul pon, kat akhirat nanti memang akan ada kes-kes macam nie. Kes tarik-menarik untuk ke neraka. Baiklah, saya akan terangkan.



Misalnya, jiran sebelah kita beragama Islam. Nama dia Fitri (bukan nama sebenar deh). Baik budak nyer. Dan agak comel. Tapi malangnya, solat dia tak pernah jaga. Bukan tak jaga masa. Memang tak pernah solat pon. Puasa apatah lagi. Van jenazah pon dah muak nak kutip dia tiap-tiap hari masa bulan Ramadhan. Lori arak pon kadang-kadang ade buat delivery kat rumah die. Entah, ape benda yang dia order pon kita tak tau. Astaghfirullah. Senang cerita, si Fitri ni memang jahil kaw-kaw dalam bab agama nih.



Kita plak memang dah masak dengan perangai jiran kita nie. So, disebabkan kita nak jalankan tanggungjawab amar makruf nahi munkar. Kita pon pergilah jumpa dia. Privately. Kita pon sampaikan apa yang patut. Tegur dengan berhemah. Bagi tahu die apa yang die buat selama nie memang salah di sisi agama. Berdosa dan masuk neraka nanti. Sedang enak kita menutur ayat dakwah, satu pekikan “Oiii… Blah lah. Lantak aku lah nak buat apa pon. Ko sibok hal aku kenapa !!!” Tersentap hati. Lalu dengan sedikit terkejut dan bersalut marah dengan sikap si Fitri tue, kita pon terus angkat kaki. Tebal muka dimalukan sebegitu. So, kita dah tekad. Lepas nie, aku dah takkan cakap dengan si Fitri tue sampai bila-bila. Sumpah. Lantak lah die.







Masa silih berganti. Berlalu laju. Sampailah ajal mengundang. Kemudian di akhirat kelak, dibangkitkan kembali. Alhamdulillah, berkat usaha gigih ibadah kita kat dunia. Kita bakal masuk ke syurga. Wah, bersinar mata. Excited sangat. Si Fitri pulak,memang  kompom lah masuk neraka. Padan muka.



Sebelum Fitri dicampakkan ke dalam neraka, tiba-tiba dia menjerit  “Nanti, nanti…jangan masukkan aku ke neraka. Aku tak bersalah. Aku tak tahu menahu tentang agama. Selama aku hidup, takde orang pon yang nak ajar aku pasal agama. Er… jiran aku yang salah. Dia alim dan soleh, tapi tak pernah nak ajar aku”. Fitri memberi alasan. Kita tercengang. Wah, ini sudah lebih. Kita pulak yang disalahkannya. Kita pon jawablah kat Fitri ngek tuh. “Weyh, aku dah ajak ko dulu, aku dah tegur ko. Tapi kau marah siap tengking-tengking aku lagi. Kau lupa ke ngek ?” Huh. Marah kita.



Terpacullah daripada mulut Fitri “Memang aku tak terima pelawaan kau yang pertama tuh. Mungkin pada masa itu, aku masih dalam dilema. Mungkin jika engkau mengajak aku untuk kali kedua atau kali ketiga, akan terbuka fikiran aku untuk berubah. Mungkin hidayah aku akan hadir jika kau berterusan mengajak aku. Tapi pelawaan kau hanya sekali. Sungguh tidak cukup !” Gulp. Apa kita nak balas nih ? Ada benar kata si Fitri tuh.  



Lalu, tidak semena-mena. Kita pon turut menjadi member dia kat neraka. Arrrr…sungguh sadis.



sekadar hiasan



Ini baru dua contoh PENYAKSIAN akhirat. Nanti kat akhirat akan ada banyak lagi. Tuduhan melulu. Tipu daya. Semuanya untuk menyelamatkan diri. So, bersiap siagalah dari sekarang. Petanda kiamat pon dah banyak. Dah tak banyak masa dah. Buat masa sekarang nie, lebih baik kita cari SAKSI-SAKSI yang boleh menyelamatkan kita nanti. Faham deh. InsyAllah.












Sumber Daurah 2-3 November 2012

Naskhah “Syahadatul Haq” karangan Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy









Wallahu A’lam J























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...