tsunami ODHOJ |
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang
pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim)
ODHOJ – One Day Half Of Juz.
Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Bagaimana ODHOJ ini diaplikasikan ?
Mudah sahaja, bagi mereka yang ingin membudayakan pembacaan
al-Quran, ODHOJ menyediakan bantuan motivasi
untuk menghabiskan tilawah separuh juz dalam sehari. Mekanisme yang
digunakan ODHOJ agak mudah, iaitu dengan hanya menggunakan medium WhatsApp.
Berapa keahlian ODHOJ, dan siapa yang menguruskannya ?
Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 30 orang (bersamaan 15
juz al-Quran). Bagi setiap kumpulan juga terdapat seorang moderator yang akan
dilantik. Setiap ahli akan ditugaskan untuk membaca separuh juz tertentu untuk
hari tersebut.
Laporan harian ?
Masing-masing dikehendaki membuat laporan tentang perjalanan
tilawah mereka. Moderator yang dilantik tadi akan bertindak mengemaskini
laporan ahli, selain berperanan untuk mengatur ‘lelongan’ ayat al-Quran yang
gagal dihabiskan oleh ahli. Fungsi utama lelongan ini adalah untuk mengekalkan
momentum kumpulan ODHOJ demi menghabiskan 15 juz al-Quran dalam masa sehari.
Moga dengan kewujudan ODHOJ dan melatanya pendamping dan
pembaca al-Quran ini dapat melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang pernah
dibina oleh Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu. InsyAllah J
No comments:
Post a Comment