Tuesday, 19 June 2012

Tip Menjadi Halimunan


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Tertarik dengan suatu petikan di sebuah majalah, saya berasa terpanggil untuk berkongsi cerita daripada petikan tersebut. Cerita ini benar-benar menakjubkan !!! Subhanallah…


Cerita di dalam petikan majalah tersebut ada menyelitkan keadah bagaimana kita mampu menghilangkan diri. Ya, tip menjadi halimunan !!!








Hayati kisah ini :


Pada suatu hari, Ummu Jamil telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit-jerit. “Muhammad itu mengutuk moyang kita dan agama kita !” jeritnya sambil di tangannya ada seketul batu.


Ketika itu, Rasulullah S.A.W sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu Bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul : “Wahai Rasulullah, dia akan nampak engkau !”


“Sesungguhnya dia tidak akan dapat melihat aku,” kata Baginda.


Kemudian Baginda membaca sepotong ayat al-Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah al-Isra’ ayat 45 yang bermaksud :
“Dan apabila kamu membaca al-Quran nescaya Kami adakan antara kamu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.”


Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil ketika itu berkata “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.”


“Tidak, demi Tuhan rumah ini (Kaabah), beliau tidak berbuat begitu padamu,” jawab Abu Bakar. Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata : “Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.”




sekadar hiasan




Begitu mudah bukan untuk hilangkan diri. Hanya dengan membaca sepotong ayat al-Quran. Allahu akbar, senang jer nak jadi halimunan nie rupe nyer.


Tapi cuba kita fikir sejenak, cuba kita mengandaikan kita berada di situasi yang sama. Konon nyer lah, ada seorang kafir yang amat benci kepada kita, tak tau lah sebab ape…tapi kalau dia dapat jumpa kita berkemungkinan besar satu penumbuk bertatahkan buku lima hinggap di batang hidung kita. Agak-agak boleh tak kita menjadi halimunan ? Walaupun kita dah hafal dan fasih ayat 45 surah al-Isra’ tersebut…


Secara umum dan jujurnya, pasti ramai dalam kalangan kita tidak akan yakin dengan hanya membaca sepotong ayat tersebut mampu membuatkan jasad kita ghaib daripada pandangan orang. Macam magik plak kan…


Mungkin akan ada yang berhujah, perkara unik dan ajaib sebegitu merupakan salah satu mukjizat Rasulullah S.A.W,,,tapi cuba kita buka mata dan hayati kembali kisah di atas tadi, Rasulullah hanya membaca sepotong ayat al-Quran. Adakah ayat al-Quran di zaman kita kini berbeza dengan ayat al-Quran di zaman Rasulullah ?? Jelas sekali tiada bezanya…semuanya masih lagi kekal sama malah al-Quran tidak dapat diubah oleh mana-mana makhluk walaupun sepatah huruf !!!


Jadi mengapa kita ragu-ragu dengan perkara sebegini ? Setelah bersoal selidik terhadap diri kita sendiri, kita akan menjumpai masalah tersebut. Masalah utama ialah keyakinan kita terhadap kuasa Allah. Adakah kegagalan kita menjadi ghaib walaupun ayat 45 surah al-Isra’ tersebut dibaca bermakna kita tidak yakin dengan kuasa Allah ??? Tidak,,,sikap yakin mempunyai tahap yang berbeza-beza. Mungkin tahap keyakinan kita masih lagi dalam tahap percaya tapi tak pasti.


Sebenarnya, terdapat banyak lagi faktor perkara-perkara ajaib sebegitu tidak akan terjadi kepada kita. Salah satunya, niat. Jika niat kita menggunakan ayat tersebut ke arah keburukan masakan dimakbulkan Allah. Dikhuatiri pula jika niat kita hanya ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang kita juga mampu ghaib seperti Rasulullah…wal iyazubillah.


Apa yang ingin saya kongsikan di sini sebenarnya bukanlah semata-mata menekankan keyakinan kita terhadap kalam Allah. Percaya kepada al-Quran telah menjadi kewajipan kepada kita seperti mana yang termaktub di dalam rukun iman. Akan tetapi sebelum rukun iman ketiga itu kita patuhi, bagaimana dengan rukun iman kita yang pertama ??


Sememangnya mudah untuk disebut. Beriman kepada Allah. Melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Tetapi sejauh mana pula kita mengakui maksud kalam Allahu Akbar, Allahu A’zim, Allahu A’lim, Allahu Qowiy dan segala sifat yang wajib bagi Allah ???


Suatu peringatan yang sepatutnya telah tersemat utuh di dalam hati kita, ketahuilah bahawa tiada perkara mustahil bagi Allah. Allah semestinya Maha Berkuasa !!!


Firman Allah :
Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah !” Maka jadilah sesuatu. (Yassin:82)


Pengakhiran kalam, saya ingin berkongsi satu soalan sebagai konklusi daripada kisah tersebut.
Bolehkah bumi yang kita diami tatkala ini dimasukkan ke dalam sebiji telur ???
Logik tak ?? Tidak logik bukan, tapi ingatlah…sekadar meletakkan bumi di dalam telur hanyalah perkara yang amat mudah bagi Allah. Jadi daripada kisah Ummu Jamil tadi yang gagal melihat Rasulullah walaupun Baginda betul-betul dihadapannya, ternyata menjadi halimunan itu tidak mustahil !!!







Wallahu a’lam…


















Ceramah Israk Mi'raj di Masjid Taman Putra Perdana


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum saya mulakan, saya ingin memberitahu tujuan saya mengeluarkan entri-entri yang membabitkan penglibatan saya dalam mana-mana majlis bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk. Ianya sekadar perkongsian bersama. Jika ada kesilapan sila tegur. Syukran.


Pada malam 27 Rejab 1433 Hijrah, saya dan adik-adik saya (Zuhaily & Rusyaidi) telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pihak Masjid Taman Putra Perdana, Puchong bersempena Israk dan Mi’raj.


Majlis yang dijalankan selepas solat Maghrib itu diberi tajuk Ceramah Umum Israk Mi’raj. Ustaz Zaidan B.Hamad dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijemput hadir untuk berkongsi ilmu mengenai Israk dan Mi’raj.


Masjid Taman Putra Perdana




my brothers




Antara nota ringkas yang sempat saya catatkan sebagai perkongsian bersama :

- Israk dan Mi’raj merupakan suatu perjalanan jasad. (realiti)

- Langit pertama, pertemuan di antara Rasulullah dan Nabi Adam. Pada peringkat ini, Rasulullah S.A.W telah melihat di sebelah kanan baginda orang yang mendapat rahmat Allah kerana berkelakuan baik semasa hayatnya. Manakala di sebelah kiri baginda, orang yang diazab sepedihnya kerana gagal mematuhi suruhan Allah.

- Tazkirah selingan, dalam konsep beribadah…Allah S.W.T lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

- Perjalanan seterusnya, di Langit kedua, Rasulullah S.A.W bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa.

- Pada tingkat langit ketiga pula Nabi Yusuf A.S menyambut kunjungan Rasulullah S.A.W.

- Pertemuan Rasulullah seterusnya bersama Nabi Idris yang berada di Langit keempat sebelum Rasulullah S.A.W bertemu Nabi Harun di Langit kelima.

- Di Langit keenam pula membabitkan pertemuan diantara Nabi Musa A.S dan Rasulullah S.A.W. Setibanya Nabi Muhammad di Langit keenam, Baginda mendapati Nabi Musa menangis. Selepas disapa oleh Rasulullah S.A.W, Nabi Musa memberitahu dia menangis kerana orang (Muhammad) yang diutuskan selepas dari aku (Musa), mempunyai umat yang lebih ramai untuk dimasukkan ke dalam syurga kelak.

- Di Langit ketujuh, Rasulullah bertemu pula Nabi Ibrahim A.S.

- Seterusnya, Rasulullah S.A.W terus ke Sidratul Muntaha dan bertemu Allah S.W.T di Baitul Makmur. (Klimaks peristiwa Israk dan Mi’raj)

- Info utama, tunjang Israk dan Mi’raj ialah solat.

- Setelah pertemuan dengan Allah, Rasulullah dibekalkan dengan amanah sebanyak 50 kali solat fardhu sehari semalam kepada seluruh umat Islam.

- Akan tetapi di Langit keenam, Nabi Musa A.S berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W “umatmu tidak mampu menunaikan solat sebanyak itu”.

- Rasulullah naik lagi bertemu Allah dan merayu agar solat fardhu dikurangkan bilangannya. Hasilnya 10 kali solat fardhu diwajibkan ke atas orang Muslim.

- Walaubagaimanapun, apabila Nabi Muhammad turun, Nabi Musa A.S masih mengatakan perkara yang sama. 10 kali solat fardhu itu masih banyak bilangannya.

- Rasulullah terpaksa naik kembali bertemu Allah S.WT untuk merayu agar solat fardhu dikurangkan lagi bilangannya.

- Akhirnya, solat fardhu telah diturunkan lagi bilangannya iaitu sekadar 5 kali sahaja sehari semalam.

- Semasa Rasulullah turun, Nabi Musa A.S masih lagi mengatakan bilangan 5 kali solat fardhu itu masih lagi banyak, akan ada umat Muhammad yang tidak akan mampu melakukannya. Akan tetapi, Rasulullah sudah malu dan segan untuk merayu lagi kepada Allah S.W.T.

- Akhirnya, hasil turun naik Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W bertemu Allah S.W.T solat fardhu yang pada asalnya sebanyak 50 kali telah berkurang sehingga menjadi 5 kali sehari semalam. Subhanallah…

- Peristiwa ini juga menunjukkan kepada kita betapa besarnya tuntutan solat.

- Info selingan, sepanjang perjalanan unggul ini, Rasulullah S.A.W telah dapat melihat syurga dan neraka berserta penjaganya iaitu Malaikat Ridhwan dan Malaikat Malik.

- Antara yang dilihat Rasul di neraka ialah golongan yang memakan harta anak yatim di azab sepedihnya. Mulutnya bertukar menjadi mulut unta diazab dengan lontaran batu api neraka ke dalam mulut mereka.

- Golongan yang memakan riba pula diazab dengan perut mereka dibesarkan. Tidak cukup dengan itu, kaum kerabat firaun akan memijak perut golongan yang memakan riba ini.

- Golongan penzina pula akan diazab dengan memakan daging yang busuk, hanyir dan bernanah walaupun terdapat daging yang elok disebelahnya.



ustaz Zahdan

kunjungan hadirin yang hadir yang sedikit agak mengecewakan

Walaupun majoriti dalam kalangan kita sudah mengetahui peristiwa Israk dan Mi’raj ini, tidak ada ruginya jika kita menghadiri sebanyak mana pun majlis ceramah mengenainya.Sebaliknya, kita akan beruntung kerana kita akan sentiasa mengingatinya.



Wallahu a’lam


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...