Akh Sayuti & a.k.u |
Mula-mula rasa seronok sangat sebab dapat masuk UM, ingat hidup kat universiti nie boleh enjoy-enjoy, study pon boleh last-last minit. Standard lah, student baru masuk universiti. Jakun. Masuk 1st day kat UM, aku terkejut sangat !!! Semua student datang berkopiah & muslimat, semua bertudung labuh. Mestilah kos agama & kampus aku ni pon kat Kelantan, banyaklah ciri-ciri Islamik kat sini. Bagi aku situasi kat UM Nilam Puri nie tak ubah macam Maahad Ahmadi aku dulu. Bosan asyik same jer. Tapi, alhamdulillah...setiap yang ditetapkan oleh Allah pasti ada hikmah. Tidak sampai 2 tahun aku kat kampus Nilam Puri nie, aku mula ade rasa minat yang lain macam untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Rasa seronok. Addition, kawan-kawan kat sini pon hebat sangat dalam agama. Persahabatan ??? Ya, kat sinilah aku jumpa erti Ukhwah Fillah. Lagu-lagu estranged yang aku minat dulu pon dah tertukar dengan melodi-melodi islamik. Bab-bab lagu nasyid nie...saudara zaki & nazmi lah yang banyak mendorong aku untuk mendengarnya. Mula-mula aku just minat melodi (memang aku suka sangat dengar muzik) tapi lama-lama aku tertarik kepada lirik-lirik nasyid yang banyak membawa mesej motivasi & dakwah. Start kat UM nie lah bermula detik aku sebagai ahli nasyid. Estranged ??? Biarlah, kadang-kadang kalau rase nak dengar, dengar macam tue jer lah, tak fanatik dah.
Estranged, band korang memang best...tapi sorry lah, aku tak boleh nak fanatik kat band korang lagi -arios- |
Kita sambung balik bab tajuk blog aku, Pentas Hidup Aurora. Memang pemilihan nama blog aku ni sekadar ape yang terlintas kat fikiran aku masa mula-mula buat blog. Tapi aku kena relevan kan dengan diri aku gak. First, apa yang aku maksudkan dengan Pentas Hidup ialah "dunia hari ini". Dunia, apa yang aku faham suatu tempat yang padanya ada banyak makhluk yang bernyawa, semuanya pelbagai manusia, haiwan & tumbuhan. Tapi apa yang aku nak takrifkan ialah dunia kita sebagai hamba Allah di muka bumiNYA. Sebenarnya kita semua sedang beraksi atau sedang membuat persembahan di atas satu pentas yang amat luas. Persembahannya, banyak sangat !!! Ade yang best (makruf) & ade yang hampeh (mungkar). Judge untuk persembahan ni satu jer...Allah Azza Wa Jalla. Ramai yang tak perasan JURI persembahan nie. Sebenarnya Dia nampak semua yang terjadi kat atas"Pentas" tapi peserta persembahan jer yang tak nampak JURI nie...Allahu Akbar. Maklumat pasal JURI nie kita-kita jer yang tau ea...rahsie taw...hehe. Oleh sebab kita dah tau setiap pergerakan kita kat atas "Pentas" sedang diperhatikan, kita buatlah persembahan yang paling memuaskan hati JURI kita. Jangan buat segala kesilapan yang akan buat kita kekurangan markah. Mula-mula kita buat persembahan tema (wajib) pastu buat lah extra marks (sunat). Kalau banyak markah insyAllah kita menang kat hujung persembahan nanti. Jom, kita buat Best Performance...:)
Tak payah jealous kat artis yang selalu buat show kat atas stage kecik nih, Stage kita lagi besar (Dunia), semoga kita dapat persembahan terbaik nanti....insyAllah. |
Last sekali, saya nak terangkan kenapa saya guna perkataan Aurora. Semua tau kan Aurora tu apa. Ke ade yang tak tau lagi ??? Ok lah...
Aurora ialah cahaya semulajadi yang kelihatan di langit, di waktu malam, terutamanya di kawasan kutub utara dan selatan dari masa ke masa sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Aurora berlaku di kawasan antara 65 to 72 darjah garis lintang utara dan selatan (kawasan Artik dan Antartika). Di kutub utara, aurora ini di kenali sebagai aurora borealis, manakala aurora di kutub selatan dinamakan aurora australis. Ini merupakan salah satu fenomena alam yang terjadi dari masa ke masa…. Subhanallah.
aurora borealis |
alaska aurora |
aurora boreal |
Banyak lagi gambar Aurora ni sebenar nyer, semua cantik-cantik kan...subhanallah. Cuba anda bayangkan macam mana cantik nya "Pentas Hidup" kita kalau ada nya Aurora nie...aman & indah sekali. Saya ibaratkan Aurora ini sebagai akhlak seseorang yang beriman. Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul pasti akan menjaga akhlak demi mendapat keredhaan Ilahi sekligus mencerminkan Islam itu indah. Bak kata orang "akhlak itu menggambarkan iman seseorang". Justeru, marilah kita sama-sama membaiki akhlak agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Itu pon kalau kita nak "Pentas" kita cantik lah kan...hehe.
Macam tue lah cerita penamaan tajuk blog saya. Walaupun dalam sekejap jer fikir nama tajuk nih, rupa-rupanya akan ada maksud yang tersirat lagi tersurat disebaliknya. PENTAS HIDUP AURORA. Moga-moga blog ini mampu menyampaikan ilmu yang bermanfaat kelak. Walaupun blog ni tak seindah Aurora tapi insyAllah, ilmu-ilmu yang bakal di-update-kan sangat indah bagi sesiapa yang mencintai ilmu....insyAllah...
**** disebabkan ada unsur-unsur fitnah sebelum ini, saya telah mengolah semula entri ini pada 30/12/2012...asif, ala kulli hal...
No comments:
Post a Comment