Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kali ini aku ingin
melakarkan kisah mengenai adik-adik fasi aku. Kumpulan 1 atau nama kumpulan
nyer "Badan Kecik, Jiwa Besar".
our sweet memory |
Pada awalnya, abang memang terkejut tengok adik-adik fasi kumpulan
abang setelah pembahagian kumpulan dijalankan, rata-rata 'mature' jer. Nampak
macam geng-geng nakal pon ade gak. Tapi abang memang tak kisah, sebab abang
pernah lalui detik persekolahan. Biasalah kalau nakal sikit-sikit kan.
Di sini, abang ingin menceritakan kesimpulan yang abang buat
tentang peribadi adik-adik abang.
my brothers |
Abang mulakan dengan Amri. Sifat Amri ni nampak seorang yang happy
& peramah. Amri ni suka orang belanja dia makan. Amri ni pantang kalau ada
orang yang tikam belakang Amri, tapi bila Amri nak pukul orang yang khianat
Amri tuh, orang tuh dah jadi baik. Amri tak sanggup nak pukul. Kesian kata
Amri. Amri nih, seseorang yang betul-betul peramah. Suka bergurau. Tapi abang
nak nasihatkan sket nih, janganlah asyik buli Badrul, kesian die….hehe. Paling
special yang abang jumpa dalam diri Amri ialah sikap berani. Cuma abang nak
Amri wujudkan sikap BERANI Amri ni ikut keadaan. Jangan sesekali BERANI untuk
membuat dosa. Abang yakin Amri budak baik. KKA Amri dapat 7A kan...memang Amri
seorang yang berminat dalam bidang agama. Teruskan usahamu...buktikan kepada
yang lain.
Amri petah berkata-kata |
Lokman. Seorang yang amat pendiam. Misteri orang nyer. Kalau abang
tanya apa-apa soalan memang lama sangat Lokman nak bagi jawapan, mungkin segan
kot dengan rakan-rakan lain. Abang respect dengan Lokman ni. Walaupun abang
tengok Lokman ni selalu kena ejek dengan Amri, tapi Lokman tetap steady. Takde
pon marah-marah. Dari situ, abang nampak sifat Lokman yang amat penyabar.
Teruskan gilap sifat SABAR itu Lokman. Lagi satu, Lokman kena berani untuk
berkata-kata. Jangan takut & jangan segan. Yakin dengan diri Lokman.
Lokman tolong Fazrul balut telur guna straw |
Seterusnya Hafiz. Seorang lagi yang mempunyai sikap "happy go
lucky". Memang Hafiz peramah & mendengar kata. Semasa pertandingan
radio rosak, abang dapat lihat sikap bersungguh-sungguh Hafiz. Kecerdikan &
kekreatifan Hafiz memang ada ! Walaupun gambar yang Hafiz lukis tu tak menang,
tapi usaha yang Hafiz tunjuk membuatkan Hafiz seorang yang bersungguh-sungguh
dalam persaingan. Keputusan-keputusan Hafiz dalam peperiksaan besar sebelum ni
seperti PMR & UPSR sudah cukup untuk membuktikan kecemerlangan Hafiz dalam
pelajaran. Abang harap Hafiz akan berjaya di dalam SPM seterusnya mengecapi
kejayaan dunia akhirat...insyAllah.
Aliff. Sikapnya seorang yang pendiam . Sekali pandang ramai yang
akan cakap Aliff ni seorang yang nakal. Tapi bagi abang sebagai fasi kumpulan
adik-adik selama 3 hari 2 malam, Aliff bukanlah nakal. Mungkin gaya atau
pemakaian Aliff yang membuatkan orang lain silap sangka. Sewaktu kita
berbincang dalam aktiviti berkumpulan, Aliff memang banyak mendiamkan diri.
Sekali abang tanya, sekali jer lah perkataan yang akan keluar dari mulut Aliff.
Tapi, amalan pendiam itu memang baik sebenarnya. Sebab orang yang kurang
bercakap, kurang lah dosanya. Cakap apabila diperlukan. Hebat !
Aliff berbincang dengan Amri |
Seterusnya ialah Fazrul. Adik fasi abang yang paling senior.
Bersikap bertanggungjawab sebagai ketua kumpulan. Sabar & tenang dengan
sikap nakal adik-adik kumpulan kita yang lain. Banyak mengeluarkan pendapat
& idea yang bijak sewaktu perbincangan dalam kumpulan & lakonan malam
kesenian.Lukisan masjid Fazrul memang mantap & tulisan pon cantik. Jealous
abang…hehe. Istimewa tentang Fazrul yang abang dapat lihat ialah sikap
sensitif. Sikap sensitif Fazrul ini abang mula perasan dalam aktiviti LOVE
STRING. Luahan perasaan oleh setiap ahli kumpulan serta menyahut cabaran abang.
Raut wajah Fazrul yang kelihatan sugul sewaktu kita bersalam-salaman jelas
menunjukkan jiwa Fazrul yang agak sedih untuk berpisah. Sejujurnya abang turut
pilu dengan perpisahan kita.
Abang Fazrul bersama adik-adik form1 kumpulan kita (Hafizuddin & Firdaus) Abang yang bertanggungjawab. |
Firdaus. Salah seorang adik form1 dalam kumpulan ni. Mula-mula
abang tengok Firdaus ni agak pendiam, tapi bila sesi taaruf abang dapat tengok
Firdaus ni jenis yang berani berkata-kata. Masa taaruf ni jugak abang tau yang
Firdaus ni seorang atlet olahraga yang berbakat. Peringkat kebangsaan tuh…HEBAT
!!! Abang harap Firdaus terus success dalam sukan ni. Sikap hormat pada senior
pon abang respect kat Firdaus. Kadang-kadang kalau abang-abang senior dalam
kumpulan kita buat perangai, Firdaus berani untuk menegur dengan cara yang berhemah.
Banyak sikap-sikap yang baik abang tengok ada kat Firdaus ni dan abang harap
Firdaus kekalkan yer…insyAllah.
Firdaus berbakat dalam pelbagai bidang especially olahraga. |
Satu lagi adik form1 dalam kumpulan ni, Hafizuddin. Kecil orang
nyer dan pendiam. Disebabkan Hafizuddin ni kecik, terpaksalah Hafizuddin menjadi
“mangsa” lambungan masa nak perkenalkan kumpulan kita & trademark kumpulan.
Tapi Hafizuddin tak marah kan. Walaupun Hafizuddin ni nampak macam pendiam tapi
kalau kita dalam sesuatu aktiviti, abang tengok Hafizuddin bersemangat sekali.
Kalau abang suruh buat kerja, Hafizuddin antara orang yang paling awal siapkan.
Hafizuddin ni pun nampak gaya seorang yang rajin. Hafizuddin ni memang seorang
budak yang baik & abang harap Hafizuddin kekalkan lah sikap baik ni sampai
bila-bila. Jadi lah pelajar contoh kat sekolah Sultan Abdullah yer….amin.
Hafizuddin rajin buat kerja |
Seterus nyer budak mulut becok, Ibrahim. Ni pun suka loyar buruk
gak. Mula-mula abang dah percaya yang Baim ni baru form1. Tapi rupa-rupanya
abang dikenakan. Mati-mati abang dah percaya. Walaupun Baim sebenarnyer dah form2,
perangai still mcm budak-budak….hehe. Tapi itu lah yang memeriahkan group kite
(kumpulan 1). Ade berbagai-bagai ragam. Walaupun Ibrahim banyak sangat cakap,
tapi die ni baik sebenar nyer. Selalu bagi perhatian ape yang abang cakap.
Bagus. Abang harap Baim focus gak pelajaran dalam kelas yer. Jadi pelajar yang
mendengar kata. Anak yang soleh. Lagi satu, abang harap Baim jangan cepat
terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal. Nak kawan dengan diorang boleh, tapi
jangan buat benda yang menyalahi agama & undang-undang yer. Nak tanye nih,
Baim ade simpan lagi tak name tag abang ?? Harap-harap jangan hilang….hehe…J
Baim yang banyak songeh...hehe. |
Last sekali, Zulhilmi. Tapi emi suruh abang panggil emi abang Long
kan…haha. Xyah lah… abang lagi suka panggil “Emi”sedap sikit. Emi ni
kadang-kadang diam, kadang-kadang banyak cakap. Pelik gak abang. Tapi abang
suka bila Emi ceria. Cakap main ikut sedap mulut jer. Suka kenakan orang lain.
Tapi itu yang seronok nyer. Bak kata orang gurauan itu menceriakan suasana.
Tapi jangan sampai orang sakit hati yer. Berpada-pada. Emi ni pon peramah orang
nyer. Tahun ni amek PMR kan…belajar betul-betul, jangan hampakan harapan ibu
ayah Emi. Buktikan kat kawan-kawan & cikgu sekolah yang Emi pun mampu
Berjaya macam orang lain. Buktikan yer…Abang harap Emi mampu jadi pelajar &
anak yang soleh. Amin…
Emi, yang paling kanan dalam gambar ni. Abang x banyak gambar Emi. Sorry... |
Abang harap semua adik-adik abang ingat pesanan & cabaran
abang. Tunjukkan kat cikgucikgu & kawan-kawan lain yang korang pon mampu
gak untuk Berjaya dalam pelajaran. Korang pon mampu untuk menjadi budak yang boleh
dipercayai. Abang harap sangat-sangat kat adik-adik abang ni supaya jangan
cepat terpengaruh untuk nak buat kerja yang bukan-bukan yang melanggar hukum
agama atau undang-undang sekolah. Ya, abang pon bukan lah pelajar yang baik
dulu. Lebih kurang macam korang gak. Nakal sikit-sikit jer….hehe. Tapi ade masa
kita perlu berubah untuk kebaikan kita gak sebenar nyer. Moga-moga program
MERCURY 2012 yang abang & kawan-kawan UM abang buat hari tu dapat mendorong
kita bersama-sama untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Lambungan kita-kita jer. HEBAT !!! |
Pesanan paling penting untuk abang & adik-adik abang.
1. Jaga hubungan dengan Allah (jangan tinggal solat)
2. Jaga perasaan ibubapa & cikgu. (jangan mengguris hati
mereka)
3. Jaga hati kawan. (kawal percakapan)
Walaupun
perkenalan kita hanya 3 hari,
Walaupun
kita tidak mempunyai masa yang banyak untuk berkenalan dengan lebih rapat,
Pertemuan
itu sudah cukup untuk abang menghuraikan yang adik-adik abang memang terbaik
dari segi sikap, fikiran & kerjasama.
Pertemuan
itu amat indah untuk kita kenang,
Maka
kenang lah detik-detik itu…
Anggaplah
kita belum berpisah…tapi kita Cuma berasingan untuk sementara demi mengejar
cita…
Jikalau
ada rezeki, jikalau ada kesempatan, jikalau ada masa…pasti & yakin kita
akan bertemu lagi….wallahu a’lam
moga-moga kita bertemu lagi. ~adios~ |
luahan hati yg terbaik..dah post kat semasa??
ReplyDeletestiap org ada potensi masing2,cuma,perlu dicari 2 digilap..
tak perlu rasanya post kat SEMASA...
Deletesaya hanya mahu "adik-adik" saya sahaja yang tau...
insyAllah...semua orang inginkan perubahan daripada negatif ke positif...