Saturday, 24 March 2012

Bacalah pesanan dariku ini : KIAMAT


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Alhamdulillah, selesai sudah mengikuti  satu slot rancangan Tanyalah Ustaz (siaran ulangan). Takut & insaf. Ya, itulah apa yg dapat aku rasakan apabila mendengar penerangan daripada Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz mengenai hari kebangkitan. Hari yg amat dahsyat & amat teruk kerosakannya. At-Takwir, Al-Zalzalah, Al-Waqiah dan pelbagai lagi nama gelaran bagi hari tersebut. Walaubagaimanapun, nama-nama untuk hari tersebut bukanlah suatu kewajipan untuk kita mengetahuinya & menghafalnya, akan tetapi kita wajib beriman dengannya. Kita harus mempercayai bahawa KIAMAT itu pasti terjadi.



adakah ianya suatu kebenaran atau sekadar andaian ?


Salah satu soalan drpd tetamu Tanyalah Ustaz :

“Assalamualaikum ustaz, ade pendapat saintifik barat yg mengatakan kiamat akan terjadi pada tahun ini (2012). Betul ke ?” – lebih kurang mcm nie lah kot soalan tuh….hehe.


Ustaz Hassan Din mengatakan dalam satu kitab (maaf, x ingat) ada menyebut kiamat akan terjadi pada 10 Muharram. Pendapat yg mahsyur pula ada yg mengatakan kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Malah ada banyak lagi pendapat mengenai tarikh hari kebangkitan ini. Semuanya mempunyai pandangan yg berbeza-beza berserta hujah mereka yg tersendiri. Akan tetapi, belum ada satu pun pandangan yg memberikan tarikh yg khusus & tepat. Semuanya sekadar andaian manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Perihal kiamat hanya Dia sahaja yg tahu.

Bahkan Rasulullah juga tidak mengetahui bilakah tibanya hari yg dahsyat itu. Terdapat dalam hadis dimana Rasulullah telah ditanya oleh seorang lelaki (yakni Malaikat Jibrail) mengenai hari kiamat. Rasulullah hanya menjawab “sesungguhnya orang yg bertanya lebih mengetahui drpd yg ditanya”. Sabda Rasulullah itu menjelaskan bahawa kiamat merupakan sesuatu yg amat rahsia sehingga kekasih Allah itu juga tidak tahu mengenai hari kebangkitan itu. Allahu Akbar !!!



kiamat dan aku seperti ini (imej sekadar contoh)

“Aku & kiamat seperti ini (sambil mengisyaratkan 2 jari iaitu jari tengah & telunjuk). Hanya itu sahajalah clue yg diberikan oleh Rasulullah mengenai bilakah terjadinya hari kiamat. Isyarat jari itu, menunjukkan bahawa kiamat sangat-sangat hampir. Tapi perkara itu telah disebut Rasulullah ratusan tahun dahulu. So, bagaimana pula kita & kiamat ??? Sudah tentunya amat amat amat hampir. Mungkin esok, lusa, tulat atau mungkin kiamat akan terjadi sebentar sahaja lagi. Semuanya tidak mustahil kerana Allah Maha Berkuasa.


Hari Kiamat terbahagi kepada 2 :

- Kiamat Kecil
- Kiamat Besar


KIAMAT KECIL

Mungkin akan ada bertanya “ Lah…ade plak ke kiamat kecil ?? Bile ?? Betul ke ?? ” .
Itu mungkin antara soalan-soalan yg sering ditalukan apabila mendengar tentang wujudnya kiamat kecil. Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn kiamat kecil ? Menurut kata-kata Ustaz Hassan Din, kiamat kecil merupakan saat kematian. Detik dimana tibanya Malaikat Izrail datang mengambil nyawa.



Ingatlah ! malaikat maut mengintai kita 70 kali sehari. (ilustrasi hanya sekadar gambaran)


Datangnya malaikat maut bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. Kerana kita tahu azabnya detik kematian itu.  Sangat sakit & tidak mampu utk ditanggung. Bahkan, Nabi junjungan kita (S.A.W) turut mengakui bahawa mati merupakan suatu perkara yg amat-amat menyakitkan, walhal, kematian Rasulullah (S.A.W) adalah selembut-lembut kematian yg dijalankan oleh Malaikat Izrail.


mati juga suatu kepastian


Namun, menurut Ustaz Hassan Din, mati juga mempunyai kebaikan. Terdapat 2 kebaikan iaitu :

1. Terlepasnya urusan/masalah dunia (pekerjaan, tanggungjawab & lain-lain).
2. Mempercepatkan kebaikan. Jika seseorang itu beriman, tibanya saat kematian dapat mempercepatkan kebaikannya utk bertemu dgn Allah. Mati juga dapat mengelakkannya drpd menambahkan dosa-dosa lain.



KIAMAT BESAR

Bintang-bintang hancur meletup di angkasa, bumi bergoncang sekuat-kuatnya, lautan memenuhi setiap pelusuk daratan & langit yg kukuh sebelum ini jatuh punah. Itu merupakan sebahagian gambaran keadaan yg akan berlaku pada hari kiamat kelak. Sungguh dahsyat ! 






Kedahsyatan hari kiamat banyak disebut dlm Al-Quran, antaranya dlm surah At-Takwir (ayat 1-6).
Ayat tersebut jelas menunjukkan kekalutan yg akan berlaku pada hari tersebut. Semuanya dalam keadaan huru-hara. Disaat itu, manusia hanya akan memikirkan tentang diri sendiri. Cuba melarikan diri dalam keadaan terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Berserabut !

Beberapa detik sebelum terjadinya kiamat, keluarnya kepulan asap-asap putih yg akan memenuhi ruangan muka bumi. Kepulan asap itu merupakan kepulan asap yg akan mematikan orang-orang yg beriman. Asap maut itu bertujuan menyelamatkan semua orang beriman drpd menghadapi kedahsyatan hari kiamat. Subhanallah.


adakah begini kepulan asap pada hari kiamat kelak ?

Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yg dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi (sangkakala) maka seketika itu mereka bangun (dari kuburnya) menunggu keputusan Allah.
-surah Az-Zumar (68)-


Setelah berlakunya kedahsyatan itu, Malaikat Israfil yg ditugaskan untuk meniupkan sangkakala akan menjalankan tugasnya. Tiupan itu mematikan semua makhluk termasuklah para malaikat & konco-konco syaitan. Ada pendapat yg mengatakan Malaikat Israfil juga turut mati. Betapa hebatnya  tiupan sangkakala.

Selang beberapa detik, Malaikat Israfil akan dihidupkan kembali untuk meniupkan sangkakala buat kali kedua. Tiupan yg bertujuan untuk menghidupkan kembali semua makhluk (termasuk haiwan).


ilustrasi sangkakala (hiasan semata-mata)

“Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan”                                                                                      
-surah At-Takwir (5)-

Ada 4 jenis haiwan yg akan dihidupkan :

1. Naqotil Baidhok (unta tunggangan Rasulullah)
2. Anjing Ashabul Kahfi
3. Buro’ (haiwan tunggangan Rasulullah ketika Isra’ & Mi’raj)
4. Haiwan yg ada kes dgn manusia.



Takutlah dengan ketibaan hari kiamat. Bayangkan segala gambaran kedahsyatan hari itu. Bayangkan kepanasan yg amat perit itu. Bayangkan hebatnya goncangan pada hari tu sehingga kaki kita tidak mampu utk berdiri. Semuanya bakal menghancurkan kesemuanya. Hancur berdebu & berkecai. Bayangkanlah segala kedahsyatan itu. Allahu Akbar !!!




ketahuilah...semua bencana yg berlaku kini, hanyalah sekadar peringatan utk kita semua.
apa yg pasti KIAMAT akan lebih dahsyat !!!


Moga-moga dengan menggambarkan semua gambaran yg menakutkan itu mampu untuk memuhasabahkan diri kita. Sesungguhnya kiamat itu pasti akan tiba. Dan kini waktunya sangat-sangat hampir. Berdoalah agar kita mampu mengharunginya seperti matinya orang-orang yg beriman. Tidak akan takut. Malah gembira kerana waktu bertemu dengan Rabbul Izzati telah tiba. Insyallah…semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yg beriman. Amin…





p/s:

Itulah sedikit penerangan yg dapat saya karang. Segala kekurangan amat dikesali. Kalau hendak mendapatkan kepastian search lah kat laman You Tube. Tak pun carik lah kt mana-mana sumber yg lain dalam kitab-kitab ulama’ ke, internet ke, tak pun tanyalah yg lebih a’lim. Wallahu a’lam J






































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...