Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Detik-detik terakhir
perpisahan selalunya akan hadir dengan kesedihan, kepiluan & diiringi
titisan jernih air mata. Sayonara. Rasa sedih untuk berpisah menguasai diri,
kerana entah bila lagi kita akan bertemu. Itulah kebiasaan yang kita alami di
akhir pertemuan setelah ikatan persahabatan yang dijalinkan dengan sulaman
ukhwah & iman terbina.
~ lan abadan ~ |
Tapi pernah tak kita terfikir sekiranya kita akan berpisah,
apa yang kita telah berikan kepada sahabat kita itu. Adakah kenangan indah
semata-mata ? Atau hadiah-hadiah yang kita saling tukar-menukar sebagai ingatan
tulus ikhlas ? Adakah itu memadai untuk sahabat kita ?
Benar, sweet memory amat berharga sebagai kenangan kita bersama. Hadiah yang diberi juga akan kita jaga rapi sebagai penghargaan untuk seorang yang bergelar sahabat. Tapi itu belum cukup. Satu benda penting yang kita terlepas pandang. Pesanan.
Benar, sweet memory amat berharga sebagai kenangan kita bersama. Hadiah yang diberi juga akan kita jaga rapi sebagai penghargaan untuk seorang yang bergelar sahabat. Tapi itu belum cukup. Satu benda penting yang kita terlepas pandang. Pesanan.
bantulah sahabatmu |
- - “Nanti dah sampai rumah,
call atau meseg lah yer…”
- - “Kirim salam kat family.
Adik ko yang perempuan pon skali taw…haha.”
- - “Kalau nak kahwin nanti,
jangan lpe jemput…nak gak rse nasi minyak ko.”
- - “Jaga diri baik2…nak g
jalan2 kt Mid ajak lah aku nanti.”
Adakah ungkapan-ungkapan di atas sebagai satu pesanan.
Mungkin ada yg mengiyakan ianya sebagai suatu pesanan. Tapi ianya pesanan yg
lebih kepada bergurau. Entah buat, entah tidak. Pesanan yg sepatutnyer kita
bagi kpd sahabat kita ialah satu pesanan yang mampu mengingatkan dia tentang
perkara-perkara yg sepatutnya dilakukan, pesanan yg menegur tentang kesilapan
dirinya selama perkenalan bersama & pesanan yg mampu membina keyakinan
diri.
Pesanan ini lebih kepada bentuk peringatan. Kita mesti
menegur kesilapan sahabat kita. Mungkin dia tidak sedar apa yg dilakukannya itu
salah. So, kita ada tanggungjawab untuk menegurnya. Jangan cakap kita tak
perfect sangat nak tegur orang. Itu memang salah.
" Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan
dakwah apabila sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi
peringatan. "
really love you...friends |
Kalau kita betul-betul sayang kawan kita, kalau kita memang
cinta sahabat kita, kalau kita tak nak rakan kita jatuh dalam neraka disebabkan
kesalahannya & kalau kita inginkan sahabat kita dirahmati Allah…tegurlah
kesilapannya…pesanlah kebaikan padanya…komenlah sikapnya.
Hayati kisah ni :
Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat
pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya
dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya
yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak
dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku
menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam
keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Faham bukan ? Kita sepatutnya berasa sangat sedih sekiranya
kita tak mampu mengubah sikap buruk sahabat kita. Dia sahabat kita. Kita mesti
mahu sahabat kita dalam keadaan yang baik kan…jauh dari sikap yg buruk…so, kita
kena usaha mengubah sahabat kita tue sebelum terlambat.
Mungkin ada yg segan untuk menegur sahabat yg sudah kenal
rapat, takut berselisih faham…silap-silap tak bercakap sebulan…tapi itulah cara terbaik
jika kita sayangkan sahabat…semoleknya, kita tegurlah dengan cara yang berhemah
dan tidak akan membuat sahabat kita mudah terasa. Ada caranya…
friends must help each other |
Kalau takut untuk menggunakan lisan, gunakan lah medium yg
lain contohnya dalam penulisan surat wasiat
atau video pendek. Dua contoh ni, antara cara yg paling berkesan &
berhemah.
Sebagai insan yang menerima teguran pula, kita seharusnya
berlapang dada. Jangan terus membantah. Jangan cepat melenting suara. Tarik
nafas dalam-dalam, pastu fikir jap tentang teguran yg kita terima. Sememangnya
lumrah manusia tidak senang dengan teguran. Akan tetapi kita kena ingat satu perkara,
orang-orang disekeliling kita ialah cermin bagi akhlak & sikap kita.
Apabila cermin kita menunjukkan kotoran pada diri kita, seharusnya kita
membersihkannya. Sahabat kita lah yg mahu kita menjadi insan yg baik &
terhindar dari cacat cela akhlak. So, sebagai insan yg mendapat teguran, we
must think first & calmly accept the truth.
Bayangkan kalau kita
nak cukur misai tanpa menggunakan cermin, susah kan. Nak tak nak untuk
mengemaskan peribadi kita, komen & pesanan sahabat mestilah diterima dengan
ikhlas. Wallahu a’lam…
sahabat n.puri |
p/s:
kepada sahabatku yg berada di n.puri, saat-saat akhir pertemuan
kita ni…luahkan lah isi hati kalian…tentang silap tutur kataku, tentang
kesalahan perbuatanku, tentang jeleknya emosiku atau apa-apa sahaja yg tidak
betul pada diriku ini…tegurlah. Sebaiknya jumpa “face to face”. Tapi kalau
dengan surat pon ok jer…janji ade nama…ok.
terharu la.kemas entri kali ni...nice flow...
ReplyDelete