Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."
(Riwayat Ahmad no. 8729, al-Bukhari no. 5765 dan al-Tirmizi no. 2020)
Jangan marah-marah ea... |
Menurut al-Khattabi, maksud larangan
tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan
jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya.
Adab-adab ketika marah :
1 - Jangan marah kecuali kerana Allah.
Sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : “Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan
peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar,
maka beliau akan marah kerana Allah.” (Riwayat al-Bukhari no.6404)
2 - Ingat kekuasaan dan keagungan
Allah ketika marah.
3 - Menahan marah.
Allah menyukai orang yang menahan marah
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “ … dan orang yang
menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah
mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali ‘Imran 3:134)
4 - Berlindung kepada Allah ketika
marah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud: “Jika seseorang yang marah mengucapkan A’uzubillah
(aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya.”
(Riwayat Ibn A’di)
5 - Diam.
Daripada Imam Ahmad, maksud sabda
Baginda S.A.W : “Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan.
Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam.”
6 - Mengubah posisi.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka
hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka
hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
7 - Berwudhuk.
Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu,
sejukkan marah dengan berwudhuk.
8 - Bersabar dan memaafkan.
Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan
orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah: “Dan jika mereka
marah, mereka memberi maaf.” (Surah al-Syura 42:37)
9 - Jangan berdendam.
Allah berfirman yang bermaksud : “Dan
jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama
dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.” (Surah
al-Nahl 16:126)
Wallahu a’lam
Dipetik dan diubahsuai daripada
Ensiklopedia Adab Islam Menurut al-Quran oleh Abdul Aziz bin Fathi
al-Syahid Nada.
No comments:
Post a Comment