Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pada 3 Jun 2012, saya
dan adik saya (Muhammad Nur Zuhaily) telah menghadiri satu ceramah agama yang
disampaikan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus di Masjid Bandar Bukit Puchong.
Ustaz Dato' Ismail Kamus |
bawak gak lah adik yg sorang nie |
Beriklankan banner dan beberapa style promosi yang lain, slot
ceramah yang dijalankan selepas solat Isya itu telah menarik perhatian penduduk
di sekitar Puchong untuk mengikuti majlis ilmu ini.
Sudah sedia maklum dengan tajuk “Ceramah Umum” Ustaz Ismail Kamus telah
menyentuh beberapa aspek secara rambang. Antara yang sempat saya notakan :
1 - Allah ada Rahmat
& Murka. Bagaimana kita nak tahu kadar Allah sayang kepada kita ? Refresh
dulu…tengok dulu bagaimana sayang kita terhadap Allah (melakukan perintahNya,
meninggalkan laranganNya).
2 - Dosa kecil jangan
dibiarkan berterusan kerana ianya bakal menjadi dosa besar.
3 - Kawan kalau
seribu dikira masih sedikit, tetapi musuh kalau ada satu pon sudah dikira
banyak.
4 - Tanda-tanda amal
diterima Allah, kita mudah nak beramal (bukan malas/liat).
5 - Kalau Allah dah
tetapkan kita hidup kat dunia ni sekadar 60 tahun, 50 tahun atau kurang lagi,
bandingkan pula dengan kehidupan akhirat yang berzaman-zaman tanpa penghujung
waktu. Apa ertinya ? Renungkan...
6 - Jangan terlalu
cintakan dunia. Jangan menyesal terhadap apa yang bakal kita tinggalkan iaitu
harta dan keluarga kerana semuanya bersifat sementara….berpado-pado lah yor..
7 - Allah lebih
sayang orang muda yang banyak melakukan amal ibadat.
8 - Kubur salah satu
stesyen akhirat. Siapa yang lepas seksa kubur, mudah lah urusan di akhirat
nanti. Tapi kalau siapa yang terlebih dahulu diazab sepedih-pedihnya di kubur,
bermakna di alam kubur lagi dia sudah gagal masakan lagi di akhirat. Tentunya
akan mendapat azab yang berlipat kali ganda pedihnya. Wal iyazubillah.
(#) Tanda bakal mendapat azab disaat kematian.
- berdengkur kuat
seperti bunyi lembu disembelih
- muka merah padam
- mulut berbuih
(#) Tanda mendapat
rahmat disaat kematian
- peluh di dahi
- bibir kering
8 - Tanda kita dalam
kecelakaan :
i ) Mengungkit/Mengingatkan kebajikan yang telah lepas.
ii) Melihat perkara akhirat secara remeh. Contoh nye,
membandingkan diri lebih baik walaupun sekadar solat Maghrib setiap hari dengan
orang yang tidak langsung menunaikan solat.
9 - Isu untuk
melakukan amal kebajikan pula hendaklah memandang pihak yang lebih atas (lebih
hebat amal kebajikannya). Bersaing dalam melakukan kebajikan, tapi hati kena
ikhlas lillahi taala yor…
10- Menilaikan diri kita penuh dengan dosa, mengandaikan
betapa sikitnya pahala setakat ini.
11- Tika berkumpulnya jutaan, bilion-an & trilion-an
orang di padang mahsyar nanti yang semuanya dalam keadaan yang penuh sesak,
panas terik, dan amat hina, Allah S.W.T telah mengecualikan beberapa golongan
untuk berkumpul di Arasy-Nya. Antaranya ialah golongan yang menangis ketika
solat di sepertiga malam dan golongan yang tidak ingat apa yang telah
disedekahkan olehnya.
12- Tetamu yang hadir banyak keemuliaan yang dibawanya. Jika
kita menyambut tetamu yang hadir sudah cukup untuk membawa 1000 rahmat dan
keberkatan. Itu belum termasuk jika kita memberikan hidangan dan tempat
tinggal.
13- Kalau kita tak boleh menyenangkan orang lain, jangan
pula menyusahkan orang lain.
14- Kalau kita tak boleh memuji orang, jangan pula mengeji.
15- Apabila kita melihat orang lain mendapat kurniaan yang
lebih baik daripada apa yang kita miliki (lebih kaya, lebih cantik, lebih
pandai dan lain2 kelebihan). Hendaklah kita bersyukur dengan apa yang kita ada
pada kita. Setiap kurniaan Allah ada hikmah nyer, itu lah yang terbaik untuk
kita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
penuh gak lah masjid |
Masjid Bandar Bukit Puchong |
* Ustaz Ismail Kamus
memberikan penyampaian secara umum, so…terpaksalah saya catat nota ni macam
take important point jer. Maaf, jika nota yang saya catatkan ini memeningkan… asif.
* Nota ini juga bukanlah sama 100 percent sama dengan apa
yang Ustaz Ismail Kamus sampaikan…segala kesilapan maklumat yang saya catatkan
sila beritahu…kalau silap togo lah copek-copek yor…
Wallahu a’lam J
best la puchong...
ReplyDeletetau xpe...hehe
ReplyDelete