Jika anda seorang hafiz Al-Quran, tidaklah menjadi masalah
kepada anda untuk mengecam surah As-syuara’ di muka surat mana kerana hafiz
Al-Quran sudah tentunya menghafal penuh mashaf agung itu. Apatah lagi untuk
mengahafal juzuk 9 di muka surat mana, tentu bukan masalah besar kepada anda.
Alangkah hebatnya seorang hafiz Al-Quran !!!
Mungkin juga ada yang berkata, “kami ni walaupun bukan
hafiz, boleh jer cari muka surat As-Syuara’. Juzuk 9 pon takde lah susah sangat
nak carik. Lagipun kat halaman belakang mashaf Al-Quran tue kan ade senarai
nama-nama surah ngan muka surat die sekali,,,carik jer lah kat situ”.
Walaupun kita sudah terbiasa dengan helaian kemudahan
tersebut, di sini saya ingin berkongsi satu teknik untuk mencari juzuk dengan
singkat. Kaedah ini saya peroleh ketika menonton satu rancangan kanak-kanak di
TV9 iaitu “Adik dan Al-Quran”.
Ustaz Zamri memang mantopp !!! |
Kaedah Kira Juzuk :
Sebelum kita mulakan, kaedah ini hanya akan dapat dilakukan
menggunakan Al-Quran resam uthmani sahaja. Baiklah, sekarang pilih satu juzuk
yang anda inginkan.
1) Nombor juzuk yang anda inginkan tersebut (contoh juzuk 9)
ditolakkan dengan angka satu.
9 - 1 = 8
2) Jawapan tersebut kita darabkan pula dengan sifir dua.
8 x 2 = 16
3) Langkah yang terakhir kita letakkan angka dua di akhir
jawapan tadi.
162
Percaya atau tidak juzuk 9 yang anda inginkan tadi berada di
halaman 162. Tak percaya ??? Tengoklah Al-Quran anda sendiri….hehe.
Selamat mencuba…wallahu a’lam J
No comments:
Post a Comment