Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pada 3 Julai 2012, bertempat
di IPG Bangi, suatu majlis forum telah berjaya dijalankan. Mengangkat tema
cinta, para pelajar IPG Bangi dan segelintir pelajar-pelajar dari luar telah tertarik
dengan kehebatan topik ini. Bertajuk “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”,
majlis romantik ini dilangsungkan sebaik sahaja selesai solat isya’.
Kehadiran…sudah semestinya ramai dan dimonopoli golongan
muslimat (penuh kot kerusi), manakala kelibat kaum adam masih lompong-lompong.
Macam biasa lah kan…hehe.
Majlis forum bukanlah daya tarikan sebenar pada malam itu,
bahkan tema “cinta” pula tidaklah menjadi sebab utama untuk wajib datang forum
kali ini. Hal ini adalah kerana, daya penarik sebenar majlis forum malam itu
adalah dari para panel nyer…
Ya, Ustaz Idris B. Mohd Yusuff dan Ustazah Fatimah Syarha
Bt. Nordin adalah magnet utama yang berjaya menarik para hadirin pada malam
tersebut.
Setelah diacarakan dengan baik oleh pengerusi majlis, para
hadirin didendangkan terlebih dahulu sebuah persembahan nasyid duo.
Pergh….mantap !!!
kelunakan suara saudara Fikri sewaktu menyanyikan lagu
Muhasabah Cinta
|
Seterusnya, majlis tanpa membuang masa meneruskan agenda
utama pada malam itu. Sebagai pengindah suasana, ucapan pendahuluan oleh
moderator (saudara Fikri) berjaya mencuit hati hadirin. Setelah menghuraikan
sedikit kata-kata pengenalan mengenai tajuk forum, moderator telah menyerahkan
segala persoalan kepada ahli-ahli panel iaitu Ustaz Idris dan Ustazah Fatimah
untuk dijawab dan diperjelaskan supaya masyarakat mengerti apakah yang
dimaksudkan dengan “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”.
Point penting dari Ustaz Idris :
Apa yang saya dapat daripada penerangan Ustaz Idris sepanjang
tiga round ialah pengertian sebenar Cinta Berteraskan Wahyu. Saya mula mengerti
apabila Ustaz Idris menceritakan suatu kisah sahabat yang bernama Sa’ad B.
Muaz.
Sa’ad B. Muaz telah mengadu kepada Rasulullah tentang
keadaannya yang masih belum bertemu jodoh. Kegagalannya dalam mencari isteri
mungkin disebabkan faktor kulitnya yang teramat gelap. Bahkan, ada yang
menganggap kulit Bilal B. Robah akan kelihatan putih apabila Sa’ad B. Muaz
berdiri di sebelahnya.
Setelah mendengar aduan Sa’ad B. Muaz, Rasulullah memberi
suatu tawaran untuk mengahwinkan Sa’ad dengan seorang gadis yang paling cantik.
Disebabkan ini tawaran daripada Rasulullah, Sa’ad tanpa berfikir panjang terus
menerima tawaran tersebut yang baginya “bagai pucuk dicita, ulam mendatang”.
Detik mengunjungi rumah gadis itu tiba. Namun, niat murni
Sa’ad untuk melamar gadis yang cantik itu sebagai isteri musnah apabila
direject serta-merta oleh bapa gadis tersebut. Sa’ad pulang dengan kecewa.
Setelah perginya Sa’ad, gadis yang cantik itu telah bertanya
kepada bapanya sebab lamaran Sa’ad untuk memperisterikan dirinya ditolak. Maka
jawab si bapa sebabnya hanya kerana kulit Sa’ad B. Muaz yang terlampau gelap
tiada padannya dengan gadis suntinya yang amat amatlah cantik itu.
Si anak menjawab, masakan dia akan menolak lamaran Sa’ad,
kerana Sa’ad telah dipilih oleh Rasulullah untuk menjadi suaminya dan pilihan
Rasulullah itulah yang paling terbaik untuk dirinya. Wah…terkedu si bapa.
Selepas mendengar kenyataan anaknya, maka dia bersetuju untuk mengahwinkan
anaknya dengan Sa’ad B. Muaz.
Sebelum melangsungkan perkahwinan, keadaan Sa’ad yang kurang
kemampuan dari segi kewangan menyebabkan dirinya terpaksa meminta bantuan
daripada Saidina Uthman dan sahabat-sahabat yang lain bagi menampung segala kos
perkahwinannya. Hal ini atas arahan Rasulullah. Maka Sa’ad patuh atas perintah
tersebut.
Sewaktu perjalanan Sa’ad ke rumah gadis yang ingin
dikahwininya itu, panggilan jihad telah diseru. Apabila Sa’ad terdengar seruan
tersebut, hasratnya untuk berkahwin ditangguhkan dahulu. Segala wang yang ingin
digunakan untuk perkahwinannya habis digunakan untuk kelengkapan perang.
Sa’ad B. Muaz lengkap berpakaian besi sehinggakan para
sahabat yang lain tidak dapat mengenalinya. Perang tercetus. Sa’ad tempuh
bertempur bersama sahabat yang lain. Akhirnya, Sa’ad B. Muaz gugur syahid. Para
sahabat hanya mengenali jenazah Sa’ad apabila terlihat kulitnya dicelah-celah
baju besinya yang musnah teruk. Allahu Akbar !!!
Ustaz Idris juga menambah perihal “cinta enta enti” yang
seringkali berlaku kepada para pelajar agama. Suatu cinta yang kononya
berjenama Islam. Seringkali menggunakan alasan berukhwah. Sentiasa mencari
alasan agar hubungan mereka nampak bersih dari dosa. Wanau’zubillah.
Point penting daripada Ustazah Fatimah :
Sepanjang giliran Ustazah Fatimah Syarha menyampaikan
pendapatnya mengenai “Pegurusan Cinta Berteraskan Wahyu” saya mendapat banyak
input yang menarik mengenai cinta pasangan lelaki dan perempuan.Sebagai novelis
yang terkenal, ucapan Ustazah Fatimah banyak menggunakan kata-kata dan bahasa
yang amat indah. Walaubagaimanapun, saya akan kongsikan dalam bentuk point
sahaja.
1) Fahami konsep : CINTA
kerana Allah, CINTA kepada Allah, CINTA bersama Allah.
2) Ustazah Fatimah menerangkan CINTA dari pandangan adam dan
hawa masa kini :
Cinta dari kaca mata seorang gadis : Menginginkan seseorang
insan tempat mengadu kasih, bercerita mengenai hal peribadi dan tempat meluah
segala perasaan terpendam. Istimewa untuk seorang insan bergelar lelaki.
Cinta dari kaca mata seorang jejaka : Cinta hanya untuk satu
perkara. Bila boleh mendapatkan”nya”.
*hasil kajian soal selidik.
3) Cinta masa kini sudah jauh terpesong. Menurut pandangan
Ibnu Qayyim cinta tersebut mempunyai variasi yang pelbagai, antaranya :
- Al-alaqah : hendak berhubungan selalu.
- Al-hawa : berpandukan nafsu semata.
- At-tatayub : berpura-pura baik dihadapan pasangan.
- Junun : Gila. Sanggup mati kerana cinta.
4) Cintakan tuhan, bukan mentuhankan cinta !!!
5) Pandangan Ustazah Fatimah mengenai kahwin muda :
Perlu melihat kondisi atau keadaan. Berkahwin ada ketika
menjadi harus, wajib dan sunat. Lihat
kemampuan diri dahulu dikhuatiri jika kurang kemampuan maka jatuh hukum makruh.
Bahkan, jika berkahwin atas niat yang jahat, jatuh pula hukum haram. Awas !!!
Paling penting lihat kondisi diri.
6) Kahwin yang berniat untuk mencegah daripada melakukan
perbuatan zina akan menunjukkan kehidupannya sebelum ini banyak menghampiri
laluan-laluan zina. Wal iyazubillah.
7) Perkahwinan ibarat suatu perjalanan samudera. Adakah
sesuai jika kita hendak melayar satu perjalanan yang penuh badai dan arus itu
hanya menggunakan sebuah sampan yang buruk ? Sudah tentu tidak. Sampan itu akan
karam sesingkat perjalanan. Hancur ditelan laut. Begitulah perumpamaan sebuah perkahwinan
yang tidak melakukan persiapan secukupnya.
8) Pesanan untuk golongan muslimat daripada Ustazah Fatimah
:
Jika ada lelaki datang mengurat,
Ingatlah diri kita sungguh terhormat,
Ingatlah kita masih punya wali,
Kerana kita sekuntum mawar berduri.
Ingatlah diri kita sungguh terhormat,
Ingatlah kita masih punya wali,
Kerana kita sekuntum mawar berduri.
Allah always loves us...never stop !!! |
Setelah selesai perbincangan di antara kedua-dua panel,
majlis membuka kepada sesi soal jawab kepada tetamu yang hadir. Antara soalan
yang sempat saya catatkan ialah :
1) Menceritakan atau mengadu sesuatu perkara peribadi kepada
kekasih. JAWAB USTAZAH : Sesekali mungkin dia akan setia mendengar,
tetapi kelak si dia pasti akan merasa bosan. Justeru, adukan lah setiap masalah
kita kepada Allah dahulu kerana dia tidak pernah jemu mendengar rintihan
hambaNYA.
2) Seorang gadis yang kerap kali datang lamaran kepadanya. JAWAB
USTAZAH : Terimalah lamaran dari lelaki yang baik agamanya.
3) Berkawan dengan yang bertudung labuh sahaja. JAWAB
USTAZ : Tidak wajar kerana yang bergelar pengajian agama bukanlah semuanya
baik.
menggamit ukhwah di IPG Bangi ( Fathi, aurora, Akhi Fikri, Syahmi, Ikhwan, Hafizi ) |
Moga-moga berkat perbincangan forum kali ini, para remaja
akan terbuka mata, tersentak dari lamunan cinta duniawi semata. Ingatlah semua
cinta itu milikNYA. Mohonlah kepadaNYA agar kita dikurniakan insan yang amat
mencintai tuhannya lebih dari segalanya. InsyAllah…
Dan orang-orang yang
berkata, “Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimipin bagi
oranag-orang yang bertakwa.”
Surah al-Furqaan – 74
Wallahu A’lam J
Alhamdulillah..forum tersebut banyak memberikan input-input berguna..
ReplyDeleteAlhamdulillah,,,bersama kita mengambil manfaatnya :)))
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian ni :)
ReplyDeletesama-sama ambil manfaat...insyAllah..
Delete