Andai Ramadhan mahu menjemput aku lagi ,
Pasti aku perbaiki amalanku ,
Pasti aku baiki akhlakku ,
Sebelum tiba lagi Ramadhan ,
Akan aku persiapkan imanku ,
Moga Ramadhanku tidak sia begitu sahaja ,
Andai Ramadhan tiba lagi kepadaku ,
Akan aku memohon agar aku mati di dalamnya ,
Matikan lah aku sebagai syahid ,
Kerana syahid itu citaku ,
Andai Ramadhan mempelawa aku lagi ,
Akan aku penuhkan malam-malamnya ,
Dengan merintih kepadaMU ,
Sang Rabbul Izzati ,
Berdoa agar aku dipertemu dengan Malam Al-Qadr itu ,
Cukuplah…walau hanya sekali ,
Kerna aku begitu mendambakannya ,
Andai Ramadhan itu sudi ,
Andai Ramadhan itu mahu ,
Andai Ramadhan itu masih ada lagi untukku ,
Akan aku jadikan Ramadhan itu lah yang terbaik buat diriku .
Andai Ramadhan…
Ya Allah,serius sedih akhi :((
ReplyDeleteSubhanallah,,,moga Ramadhan sudi nak undang kita lagi :)
ReplyDelete