Thursday 30 October 2014

Sila Jadi Lelaki !




Hoi

Kau ni lelaki ke perempuan ?

Lelaki ? Betul ke ?


-------------------------------------------------

Aku rasa kau belum jadi lelaki lagi
Sebab apa ?

Baru ditimpa dengan ujian yang kecil pon dah nak mengeluh
Terpekik meroyan menjerit
Tak mampu lah
Tak tertanggung lah
Sedih lah
Kecewa patah hati bagai

Serius aku meluat dan menyampah gila tengok perangai kau









Hoi..


Sedar lah

Kau tu lelaki !!!
Kau bangun sekarang !!!
Aku tak nak tengok kau mengadu masalah kau kat manusia lagi
Aku tak nak tengok kau bermalas-malasan lagi


Ingat

Kau tu lelaki
Kau tu juga seorang daei




* Terinspirasi daripada lirik lagu - I'll Make A Man Out of You




http://www.youtube.com/watch?v=9FIPGHL7ZZI































Thursday 25 September 2014

Alhamdulillah

Innalillahi wainna ilaihi rojiun












Moga apa yang terjadi menjadi kafarah dosa bagi diriku.

AlhamdulillAh


Thursday 17 April 2014

Ibrah Pendakian Broga




Seorang daie yg bergelumang dengan jahiliyah ibarat pendaki yang mendaki bukit broga sambil menggalas beg yg mengandungi beban-beban yg tidak digunakan.









Tanggalkan beg itu sepenuhnya maka daie tersebut akan berlari dengan lebih laju dan penuh bergaya. Katakan sayonara kpd jahiliyah !!










Ibrah Bukit Broga (^_^)












Friday 14 March 2014

Tsunami ODHOJ



tsunami ODHOJ



“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim)




ODHOJ – One Day Half Of Juz.

Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.



Bagaimana ODHOJ ini diaplikasikan ?

Mudah sahaja, bagi mereka yang ingin membudayakan pembacaan al-Quran, ODHOJ menyediakan bantuan motivasi  untuk menghabiskan tilawah separuh juz dalam sehari. Mekanisme yang digunakan ODHOJ agak mudah, iaitu dengan hanya menggunakan medium WhatsApp.



Berapa keahlian ODHOJ, dan siapa yang menguruskannya ?  

Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 30 orang (bersamaan 15 juz al-Quran). Bagi setiap kumpulan juga terdapat seorang moderator yang akan dilantik. Setiap ahli akan ditugaskan untuk membaca separuh juz tertentu untuk hari tersebut.



Laporan harian ?

Masing-masing dikehendaki membuat laporan tentang perjalanan tilawah mereka. Moderator yang dilantik tadi akan bertindak mengemaskini laporan ahli, selain berperanan untuk mengatur ‘lelongan’ ayat al-Quran yang gagal dihabiskan oleh ahli. Fungsi utama lelongan ini adalah untuk mengekalkan momentum kumpulan ODHOJ demi menghabiskan 15 juz al-Quran dalam masa sehari.




Moga dengan kewujudan ODHOJ dan melatanya pendamping dan pembaca al-Quran ini dapat melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang pernah dibina oleh Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu. InsyAllah J













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...