Friday 14 March 2014

Tsunami ODHOJ



tsunami ODHOJ



“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim)




ODHOJ – One Day Half Of Juz.

Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.



Bagaimana ODHOJ ini diaplikasikan ?

Mudah sahaja, bagi mereka yang ingin membudayakan pembacaan al-Quran, ODHOJ menyediakan bantuan motivasi  untuk menghabiskan tilawah separuh juz dalam sehari. Mekanisme yang digunakan ODHOJ agak mudah, iaitu dengan hanya menggunakan medium WhatsApp.



Berapa keahlian ODHOJ, dan siapa yang menguruskannya ?  

Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 30 orang (bersamaan 15 juz al-Quran). Bagi setiap kumpulan juga terdapat seorang moderator yang akan dilantik. Setiap ahli akan ditugaskan untuk membaca separuh juz tertentu untuk hari tersebut.



Laporan harian ?

Masing-masing dikehendaki membuat laporan tentang perjalanan tilawah mereka. Moderator yang dilantik tadi akan bertindak mengemaskini laporan ahli, selain berperanan untuk mengatur ‘lelongan’ ayat al-Quran yang gagal dihabiskan oleh ahli. Fungsi utama lelongan ini adalah untuk mengekalkan momentum kumpulan ODHOJ demi menghabiskan 15 juz al-Quran dalam masa sehari.




Moga dengan kewujudan ODHOJ dan melatanya pendamping dan pembaca al-Quran ini dapat melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang pernah dibina oleh Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu. InsyAllah J













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...