Thursday 26 January 2012

Pembentangan الحديث المضطرب و الحديث المقلوب

Assalamulaikum dan Ahlan Wasahlan. Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan ( akh Rahmat & bro Naim ) telah diberikan tugasan untuk melakukan satu pembentangan dalam mana-mana tajuk yang kami sukai dalam kitab المنهاج الحديث في علوم الحديث yang dikarang oleh الأستاذ الدكتور شرف محمود القضاة . Kami telah memilih tajuk        " الحديث المضطرب و الحديث المقلوب " untuk membincang dan mensyarahkan secara terperinci mengenai hadis tersebut.


Kitab yang kami kaji
\
* HADITH MUDTARIB - الحديث المضطرب

Hadith Mudtarib ialah hadith yang diriwayatkan dengan berbagai-bagai lafaz dan mempunyai maksud yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan dari segi kekuatannya. Definisi tersebut menggambarkan bahawa hadith Mudtarib mesti mempunyai riwayat yang banyak dan berbeza-beza dari sudut pengertiannya yang tiada jalan bagi menyatukan pengertian tersebut. Di samping itu, kesemua riwayat tersebut hendaklah mempunyai kekuatan yang sama yang tidak mungkin untuk menolak salah satu darpidanya dengan apa jalan sekalipun. Hadith Mudtarib bukan sahaja berlaku pada sanad, tetapi juga pada matan hadith dan kemungkinan perbezaan yang timbul datangnya daripada seorang perawi atau ramai. Hukum hadith Mudtarib adalah Da'if dan tertolak (Mardud), kerana ketidakselaran maksud hadith menggambarkan bahawa perawi tidak dabit yang merupakan salah satu syarat hadith Maqbul.

* Terjemahan diambil dari Kitab 'Ulum Hadith
Karangan MOHD. MUHIDEN ABD. RAHMAN

Ada pendapat mengatakan bahawa hadith Mudtarib ini hampir-hampir tidak wujud. Kalau ada sekalipun mungkin hadith yang seakan-akan hadith Mudtarib akan tetapi selepas diteliti secara telus oleh para ulama', hadith yang lebih rajih (hadith yang lebih tepat) & khusus sanadnya akan dapat dikenal pasti. Selain itu, ada juga hadith yang sememangnya hadith Mudtarib, akan tetapi hadith tersebut tidak disepakati.



* HADITH MAQLUB - الحديث المقلوب

Hadith Maqlub ialah hadith yang berlaku pertukaran atau perubahan perkataan sama ada dalam sanad atau matan dan sama ada didahulukan atau dikemudiankan perkataan tersebut. Berdasarkan definisi tersebut menggambarkan hadith Maqlub terbahagi kepada dua jenis, iaitu Maqlub Sanad dan Maqlub Matan. Sekiranya perubahan perkataan berlaku pada sanad hadith, ia dinamakan Maqlub Sanad dan sekiranya perubahan berlaku pada matan hadith maka ia dinamakan Maqlub Matan. Perubahan tersebut sama ada dengan mendahulukan yang kemudian dan sebaliknya atau menggantikan perkataan asal atau perawi asal dengan perkataan yang lain atau perawi yang lain. Hukum Maqlub dengan tujuan mengelirukan pendengar adalah tidak harus kecuali dengan tujuan untuk menguji. Sementara hadith Maqlub adalah Da'if dan tertolak (mardud).


* Terjemahan diambil dari Kitab 'Ulum Hadith
Karangan MOHD. MUHIDEN ABD. RAHMAN


Antara contoh-contoh hadith Maqlub, boleh disemak dalam kitab yang kami kaji ini pada m/s 139. Hadith mengenai sedekah dengan menggunakan tangan kiri, padahal hadith asal tersebut ialah  sedekah harus dengan tangan kanan. Kedua, hadith keadaan ketika hendak sujud dalam solat sama ada didahuli sujud dengan tangan atau lutut. Hadith yang asal dan tepat adalah dengan lutut. Kekeliruan terjadi di antara kalimah-kalimah, tetapi telah menukarkan makna & hukum hadith secara 360.

Ada 3 sebab hadith Maqlub terjadi :

1) Kesalahan perawi dalam meriwayatkan hadith.
2) Ujian penghafalan kepada Muhaddis atau pelajar. Seperti yang dilakukan di Baghdad, guru-guru hadith memutar balikkan 100 hadith untuk dijadikan ujian kepada para pelajarnya. Maka, ada hadith yang sehingga kini masih belum disusun kembali ke dalam bentuk asal.
3) Bertujuan menimbulkan kekeliruan. (Haram)


akh Rahmat & bro Naim
( group Ulum Hadith )

Alhamdulillah, kami sudah selesai membentangkan tajuk ini. Semoga ilmu mengenai hadith ini akan kekal dalam dada sampai bila-bila. InsyAllah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...