Friday 6 July 2012

PENGURUSAN CINTA BERTERASKAN WAHYU


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pada 3 Julai 2012, bertempat di IPG Bangi, suatu majlis forum telah berjaya dijalankan. Mengangkat tema cinta, para pelajar IPG Bangi dan segelintir pelajar-pelajar dari luar telah tertarik dengan kehebatan topik ini. Bertajuk “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”, majlis romantik ini dilangsungkan sebaik sahaja selesai solat isya’.


Kehadiran…sudah semestinya ramai dan dimonopoli golongan muslimat (penuh kot kerusi), manakala kelibat kaum adam masih lompong-lompong. Macam biasa lah kan…hehe.


Majlis forum bukanlah daya tarikan sebenar pada malam itu, bahkan tema “cinta” pula tidaklah menjadi sebab utama untuk wajib datang forum kali ini. Hal ini adalah kerana, daya penarik sebenar majlis forum malam itu adalah dari para panel nyer…








Ya, Ustaz Idris B. Mohd Yusuff dan Ustazah Fatimah Syarha Bt. Nordin adalah magnet utama yang berjaya menarik para hadirin pada malam tersebut.


Setelah diacarakan dengan baik oleh pengerusi majlis, para hadirin didendangkan terlebih dahulu sebuah persembahan nasyid duo. Pergh….mantap !!!




kelunakan suara saudara Fikri sewaktu menyanyikan lagu Muhasabah Cinta


Seterusnya, majlis tanpa membuang masa meneruskan agenda utama pada malam itu. Sebagai pengindah suasana, ucapan pendahuluan oleh moderator (saudara Fikri) berjaya mencuit hati hadirin. Setelah menghuraikan sedikit kata-kata pengenalan mengenai tajuk forum, moderator telah menyerahkan segala persoalan kepada ahli-ahli panel iaitu Ustaz Idris dan Ustazah Fatimah untuk dijawab dan diperjelaskan supaya masyarakat mengerti apakah yang dimaksudkan dengan “Pengurusan Cinta Berteraskan Wahyu”.



Point penting dari Ustaz Idris :


Apa yang saya dapat daripada penerangan Ustaz Idris sepanjang tiga round ialah pengertian sebenar Cinta Berteraskan Wahyu. Saya mula mengerti apabila Ustaz Idris menceritakan suatu kisah sahabat yang bernama Sa’ad B. Muaz.

Sa’ad B. Muaz telah mengadu kepada Rasulullah tentang keadaannya yang masih belum bertemu jodoh. Kegagalannya dalam mencari isteri mungkin disebabkan faktor kulitnya yang teramat gelap. Bahkan, ada yang menganggap kulit Bilal B. Robah akan kelihatan putih apabila Sa’ad B. Muaz berdiri di sebelahnya.

Setelah mendengar aduan Sa’ad B. Muaz, Rasulullah memberi suatu tawaran untuk mengahwinkan Sa’ad dengan seorang gadis yang paling cantik. Disebabkan ini tawaran daripada Rasulullah, Sa’ad tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran tersebut yang baginya “bagai pucuk dicita, ulam mendatang”.

Detik mengunjungi rumah gadis itu tiba. Namun, niat murni Sa’ad untuk melamar gadis yang cantik itu sebagai isteri musnah apabila direject serta-merta oleh bapa gadis tersebut. Sa’ad pulang dengan kecewa.

Setelah perginya Sa’ad, gadis yang cantik itu telah bertanya kepada bapanya sebab lamaran Sa’ad untuk memperisterikan dirinya ditolak. Maka jawab si bapa sebabnya hanya kerana kulit Sa’ad B. Muaz yang terlampau gelap tiada padannya dengan gadis suntinya yang amat amatlah cantik itu.

Si anak menjawab, masakan dia akan menolak lamaran Sa’ad, kerana Sa’ad telah dipilih oleh Rasulullah untuk menjadi suaminya dan pilihan Rasulullah itulah yang paling terbaik untuk dirinya. Wah…terkedu si bapa. Selepas mendengar kenyataan anaknya, maka dia bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dengan Sa’ad B. Muaz.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, keadaan Sa’ad yang kurang kemampuan dari segi kewangan menyebabkan dirinya terpaksa meminta bantuan daripada Saidina Uthman dan sahabat-sahabat yang lain bagi menampung segala kos perkahwinannya. Hal ini atas arahan Rasulullah. Maka Sa’ad patuh atas perintah tersebut.

Sewaktu perjalanan Sa’ad ke rumah gadis yang ingin dikahwininya itu, panggilan jihad telah diseru. Apabila Sa’ad terdengar seruan tersebut, hasratnya untuk berkahwin ditangguhkan dahulu. Segala wang yang ingin digunakan untuk perkahwinannya habis digunakan untuk kelengkapan perang.

Sa’ad B. Muaz lengkap berpakaian besi sehinggakan para sahabat yang lain tidak dapat mengenalinya. Perang tercetus. Sa’ad tempuh bertempur bersama sahabat yang lain. Akhirnya, Sa’ad B. Muaz gugur syahid. Para sahabat hanya mengenali jenazah Sa’ad apabila terlihat kulitnya dicelah-celah baju besinya yang musnah teruk. Allahu Akbar !!!

Ustaz Idris juga menambah perihal “cinta enta enti” yang seringkali berlaku kepada para pelajar agama. Suatu cinta yang kononya berjenama Islam. Seringkali menggunakan alasan berukhwah. Sentiasa mencari alasan agar hubungan mereka nampak bersih dari dosa. Wanau’zubillah.





Point penting daripada Ustazah Fatimah :


Sepanjang giliran Ustazah Fatimah Syarha menyampaikan pendapatnya mengenai “Pegurusan Cinta Berteraskan Wahyu” saya mendapat banyak input yang menarik mengenai cinta pasangan lelaki dan perempuan.Sebagai novelis yang terkenal, ucapan Ustazah Fatimah banyak menggunakan kata-kata dan bahasa yang amat indah. Walaubagaimanapun, saya akan kongsikan dalam bentuk point sahaja.


1) Fahami konsep :  CINTA kerana Allah, CINTA kepada Allah, CINTA bersama Allah.


2) Ustazah Fatimah menerangkan CINTA dari pandangan adam dan hawa masa kini :

Cinta dari kaca mata seorang gadis : Menginginkan seseorang insan tempat mengadu kasih, bercerita mengenai hal peribadi dan tempat meluah segala perasaan terpendam. Istimewa untuk seorang insan bergelar lelaki.
Cinta dari kaca mata seorang jejaka : Cinta hanya untuk satu perkara. Bila boleh mendapatkan”nya”.
*hasil kajian soal selidik.


3) Cinta masa kini sudah jauh terpesong. Menurut pandangan Ibnu Qayyim cinta tersebut mempunyai variasi yang pelbagai, antaranya :

- Al-alaqah : hendak berhubungan selalu.
- Al-hawa : berpandukan nafsu semata.
- At-tatayub : berpura-pura baik dihadapan pasangan.
- Junun : Gila. Sanggup mati kerana cinta.


4) Cintakan tuhan, bukan mentuhankan cinta !!!


5) Pandangan Ustazah Fatimah mengenai kahwin muda :

Perlu melihat kondisi atau keadaan. Berkahwin ada ketika menjadi  harus, wajib dan sunat. Lihat kemampuan diri dahulu dikhuatiri jika kurang kemampuan maka jatuh hukum makruh. Bahkan, jika berkahwin atas niat yang jahat, jatuh pula hukum haram. Awas !!! Paling penting lihat kondisi diri.


6) Kahwin yang berniat untuk mencegah daripada melakukan perbuatan zina akan menunjukkan kehidupannya sebelum ini banyak menghampiri laluan-laluan zina. Wal iyazubillah.


7) Perkahwinan ibarat suatu perjalanan samudera. Adakah sesuai jika kita hendak melayar satu perjalanan yang penuh badai dan arus itu hanya menggunakan sebuah sampan yang buruk ? Sudah tentu tidak. Sampan itu akan karam sesingkat perjalanan. Hancur ditelan laut. Begitulah perumpamaan sebuah perkahwinan yang tidak melakukan persiapan secukupnya.


8) Pesanan untuk golongan muslimat daripada Ustazah Fatimah :

Jika ada lelaki datang mengurat,
Ingatlah diri kita sungguh terhormat,
Ingatlah kita masih punya wali,
Kerana kita sekuntum mawar berduri.


Allah always loves us...never stop !!!


Setelah selesai perbincangan di antara kedua-dua panel, majlis membuka kepada sesi soal jawab kepada tetamu yang hadir. Antara soalan yang sempat saya catatkan ialah :


1) Menceritakan atau mengadu sesuatu perkara peribadi kepada kekasih. JAWAB USTAZAH : Sesekali mungkin dia akan setia mendengar, tetapi kelak si dia pasti akan merasa bosan. Justeru, adukan lah setiap masalah kita kepada Allah dahulu kerana dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNYA.

2) Seorang gadis yang kerap kali datang lamaran kepadanya. JAWAB USTAZAH : Terimalah lamaran dari lelaki yang baik agamanya.

3) Berkawan dengan yang bertudung labuh sahaja. JAWAB USTAZ : Tidak wajar kerana yang bergelar pengajian agama bukanlah semuanya baik.


menggamit ukhwah di IPG Bangi
( Fathi, aurora, Akhi Fikri, Syahmi, Ikhwan, Hafizi )


Moga-moga berkat perbincangan forum kali ini, para remaja akan terbuka mata, tersentak dari lamunan cinta duniawi semata. Ingatlah semua cinta itu milikNYA. Mohonlah kepadaNYA agar kita dikurniakan insan yang amat mencintai tuhannya lebih dari segalanya. InsyAllah…


Dan orang-orang  yang berkata, “Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimipin bagi oranag-orang yang bertakwa.”
Surah al-Furqaan – 74









Wallahu A’lam J








4 comments:

  1. Alhamdulillah..forum tersebut banyak memberikan input-input berguna..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,,,bersama kita mengambil manfaatnya :)))

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...