Sunday 4 November 2012

Shhh… Jom bisik-bisik Syahadatul Haq (part 1)







Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan.



أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله



Tertunailah rukun Islam yang pertama tatkala teralun lafaz kalimah power ni dari bibir seseorang hambaNya. Ya, anda sudah bergelar Muslim jika anda berjaya melafazkan bait syahadah tersebut. Begitu mudah bukan.


Walaubagaimanapun, apakah maksud sebenar pada kalimah tersebut ? Betul.. makna kalimah tue “Aku naik saksi tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Tapi apa yang saya maksudkan ialah maksud tersirat yang kita faham.


Baiklah, mungkin ada yang mampu membicarakan perihal Syahadah ini dengan lebih panjang lebar. Terutama para ustaz & ustazah. Tapi pada saya pula, ingin saya kongsikan dengan kalian secara analogi mengenai apakah perkara misteri disebalik ucapan Syahadah ini.




Kisah Saksi Kemalangan



Dua orang sahabat sedang dalam perjalanan ke kedai untuk berbuka puasa. Malangnya, ketika di suatu persimpangan mereka terlibat dalam kemalangan di mana sebuah kereta mewah secara melulu menukar haluan dan telah melanggar motor yang dinaiki mereka. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Seorang hanya luka-luka kecil, manakala yang seorang lagi terkoyak seluarnya. Kesian. Kejadian berlaku berhampiran sebuah perpustakaan. Polis yang meronda datang ke tempat kejadian untuk menyiasat.


Malang bertimpa, apabila disoal siasat. Lelaki yang membawa kereta mewah itu telah menuduh dua orang sahabat itu membawa motor terlalu laju sehingga mereka hilang kawalan. Maka, pihak polis yang mungkin telah terpedaya dengan cerita lelaki kereta mewah itu hendak mendakwa dua orang sahabat itu kerana menunggang secara merbahaya. Dua orang sahabat itu tidak mampu melawan hujah lelaki kereta mewah itu walaupun mereka telah memberitahu hal yang sebenar bahawa mereka tidak bersalah. Kini, mereka akan dibawa ke balai atas kesalahan yang tidak dilakukan mereka. Kesian.


Walaubagaimanapun, dua orang  sahabat ini mungkin berpeluang bebas daripada tuduhan tersebut jika ada saksi yang melihat kemalangan itu untuk memberi keterangan yang benar.


Hendak dijadikan cerita, pada waktu kejadian tersebut hanya ada seorang  yang melihat kemalangan tersebut. Anda. Ya, anda menjadi saksi kemalangan itu.




mata anda sebagai saksi


Maka, apakah tindakan yang perlu anda buat ?


1)  Berkata secara sendirian bahawa dua orang sahabat itu tidak bersalah.

2)  Memberitahu orang lain bahawa polis dah silap tangkap orang.

3)  Jumpa polis dan memberitahu mereka bahawa anda saksi kemalangan itu.



Di antara 3 tindakan yang berikut, mana satu tindakan seorang saksi yang sebenar? Sudah tentunya yang ketiga. Seorang saksi perlulah membuat keterangan yang benar demi menyelamatkan insan yang tidak bersalah. Begitu penting bukan peranan seorang saksi.







Agak-agak dapat tangkap tak mesej yang ingin disampaikan dalam kisah tersebut. Apa ? Ya, memang betul kita perlu menjadi saksi yang benar. Lagi ?



Baiklah, saya kaitkan terus dengan jenis-jenis Syahadah (penyaksian) :


1)  Hanya bibir semata mengucapkan dua kalimah syahadah.

2)  Beriman kepada kalimah syahadah tersebut. Percaya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammah persuruh Allah. Hanya sekadar percaya.

3)  Membenarkan kalimah syahadah tersebut dalam hati. Membenarkan dengan amalan.Tegakkan kebenaran jika ada yang menidakkan atau menyelewengkan kalimah tersebut.  




Maka, yang mana satukah syahadah kita ? Fikir sejenak. Adakah kita mengucapkan kalimah syahadah untuk menggolongkan diri kita sebagai Muslim semata. Atau pun syahadah yang kita tuturkan untuk membuktikan kita benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul. Atau pun syahadah kita untuk kita menjadikan Allah sebagai saksi atas semua perkara, maka kita yang akan membenarkannya jika ada yang menidakkannya. Mana satu ek ?









Konklusi Part 1 :



Kita perlu memahami Hakikat Kalimah Syahadah :

1- Pembeza Muslim dan Kafir
2- Dasar Kehidupan
3- Persaksian yang benar Kpd Allah

Konsep :

1- Menjelasakan.
2- Menunjukkan kepada Manusia pendekatan yang sebenar.



Mengetahui PERANAN KITA selepas mengetahui Syahadatul Haq :

Allah berfirman dalam surah (2:143)

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."






Sumber Daurah 2-3 November 2012

Naskhah “Syahadatul Haq” karangan Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy







Wallahu a’lam J
































3 comments:

  1. Salam,
    Saya maseh dlm pengajian erti kalimah syahadah dan saya bingung...
    apakah "AKU naik saksi bahwa tiada tuhan selain allah" : 'AKU' yg dimaksudkan itu ertinya Allah swt yg bersaksi bukan kita??
    Mohon dijelaskan dgn seikhlasnya kerna saya takut jika saya salah memahami..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...