Sunday 16 December 2012

Trilogi Tarbiyah


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Kali nie saya nak postkan suatu entri berkenaan tarbiyah. Sumbernya saya dapat daripada majalah JOM ! isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Pergh…cukup terkesan.






Inilah trilogi tarbiyah :

PERTAMA            :Tilawah (membacakan)

KEDUA                :Tazkiyah (menyucikan)

KETIGA               :Ta’lim (mengajarkan)


Tilawah -> Tazkiyah -> Ta’lim



كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُوا عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا ويُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ



(al-Baqarah : 51) 



Cuba kita perhatikan susunan trilogi kalimah tilawah, tazkiyah & ta’lim. Semuanya dalam susunan yang sama. Tak cukup satu ayat. Nak lebih ? Boleh jer. Tadabbur (al-Jumuah : 2) dan (ali-‘Imran : 164).


Dah baca belum ? Subhanallah. Susunan itu tetap sama kan ? Penangan kebenaran kalam Allah. Siapa kita untuk menidakkan kalamNYA.


Cuma susunan trilogi dakwah ini ada sedikit pertukaran di dalam surah (al-Baqarah : 129). Ayat tersebut menerangkan doa Nabi Ibrahim A.S disaat Baginda memohon daripada Allah untuk terus dikurniakan Rasul dalam kalangan manusia untuk :

tilawah -> ta’lim -> tazkiyah



Walaubagaimanapun, Allah menjawab doa Nabi Ibrahim dengan mengajarkan susunan yang lebih baik iaitu :

tilawah -> tazkiyah -> ta’lim


Fahami konsep :



TILAWAH : Memberi ilmu agar tahu. Setkan atas diri kita agar tilawah yang ingin disampaikan kerana “aku mahu TAHU”.


TAZKIYAH : Membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu. Ya, “agar aku MAHU” dibersihkan.


TA’LIM : Mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga menjadi mampu ! Akhir sekali dalam proses tarbiyah ialah mengajarkan. Tekadkan dalam hati “agar aku MAMPU” menyampaikannya.


Kata kunicnya ialah TAHU, MAHU & MAMPU.






Itulah serba ringkas mengenai trilogi tarbiyah yang dapat saya simpulkan. Semua jelas kan. Eh, ada yang kurang faham. Takpe, jangan risau. Anda cuma perlu mendapatkan majalah JOM isu “Tarbiyah Luar Biasa”. Bila dah baca isi-isi majalah tersebut anda bukan sahaja faham istilah tarbiyah yang sebenar, sebab anda berkemungkinan besar akan terpaut plak kat jalan-jalan tarbiyah nie. Wah…insyAllah.





Wallahu A’lam (^^)

















2 comments:

  1. Hebat ! Moga terus kekal momentum istiqomah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah... doakan ana terus tsabat dalam jalan ini (^^)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...