Saturday 10 March 2012

Jika sayang sahabatmu...


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Detik-detik terakhir perpisahan selalunya akan hadir dengan kesedihan, kepiluan & diiringi titisan jernih air mata. Sayonara. Rasa sedih untuk berpisah menguasai diri, kerana entah bila lagi kita akan bertemu. Itulah kebiasaan yang kita alami di akhir pertemuan setelah ikatan persahabatan yang dijalinkan dengan sulaman ukhwah & iman terbina.




~ lan abadan ~

Tapi pernah tak kita terfikir sekiranya kita akan berpisah, apa yang kita telah berikan kepada sahabat kita itu. Adakah kenangan indah semata-mata ? Atau hadiah-hadiah yang kita saling tukar-menukar sebagai ingatan tulus ikhlas ? Adakah itu memadai untuk sahabat kita ?

Benar, sweet memory amat berharga sebagai kenangan kita bersama. Hadiah yang diberi juga akan kita jaga rapi sebagai penghargaan untuk seorang yang bergelar sahabat. Tapi itu belum cukup. Satu benda penting yang kita terlepas pandang. Pesanan.



bantulah sahabatmu 

-         -  “Nanti dah sampai rumah, call atau meseg lah yer…” 

-         - “Kirim salam kat family. Adik ko yang perempuan pon skali taw…haha.”

-         - “Kalau nak kahwin nanti, jangan lpe jemput…nak gak rse nasi minyak ko.”

-         - “Jaga diri baik2…nak g jalan2 kt Mid ajak lah aku nanti.”


Adakah ungkapan-ungkapan di atas sebagai satu pesanan. Mungkin ada yg mengiyakan ianya sebagai suatu pesanan. Tapi ianya pesanan yg lebih kepada bergurau. Entah buat, entah tidak. Pesanan yg sepatutnyer kita bagi kpd sahabat kita ialah satu pesanan yang mampu mengingatkan dia tentang perkara-perkara yg sepatutnya dilakukan, pesanan yg menegur tentang kesilapan dirinya selama perkenalan bersama & pesanan yg mampu membina keyakinan diri.

Pesanan ini lebih kepada bentuk peringatan. Kita mesti menegur kesilapan sahabat kita. Mungkin dia tidak sedar apa yg dilakukannya itu salah. So, kita ada tanggungjawab untuk menegurnya. Jangan cakap kita tak perfect sangat nak tegur orang. Itu memang salah.


" Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah,  maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. "


really love you...friends


Kalau kita betul-betul sayang kawan kita, kalau kita memang cinta sahabat kita, kalau kita tak nak rakan kita jatuh dalam neraka disebabkan kesalahannya & kalau kita inginkan sahabat kita dirahmati Allah…tegurlah kesilapannya…pesanlah kebaikan padanya…komenlah sikapnya.


Hayati kisah ni :

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.  

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."   



Faham bukan ? Kita sepatutnya berasa sangat sedih sekiranya kita tak mampu mengubah sikap buruk sahabat kita. Dia sahabat kita. Kita mesti mahu sahabat kita dalam keadaan yang baik kan…jauh dari sikap yg buruk…so, kita kena usaha mengubah sahabat kita tue sebelum terlambat.



Mungkin ada yg segan untuk menegur sahabat yg sudah kenal rapat, takut berselisih faham…silap-silap tak bercakap sebulan…tapi itulah cara terbaik jika kita sayangkan sahabat…semoleknya, kita tegurlah dengan cara yang berhemah dan tidak akan membuat sahabat kita mudah terasa. Ada caranya…




friends must help each other


Kalau takut untuk menggunakan lisan, gunakan lah medium yg lain contohnya dalam penulisan surat wasiat  atau video pendek. Dua contoh ni, antara cara yg paling berkesan & berhemah.

Sebagai insan yang menerima teguran pula, kita seharusnya berlapang dada. Jangan terus membantah. Jangan cepat melenting suara. Tarik nafas dalam-dalam, pastu fikir jap tentang teguran yg kita terima. Sememangnya lumrah manusia tidak senang dengan teguran.  Akan tetapi kita kena ingat satu perkara, orang-orang disekeliling kita ialah cermin bagi akhlak & sikap kita. Apabila cermin kita menunjukkan kotoran pada diri kita, seharusnya kita membersihkannya. Sahabat kita lah yg mahu kita menjadi insan yg baik & terhindar dari cacat cela akhlak. So, sebagai insan yg mendapat teguran, we must think first & calmly accept the truth.

Bayangkan kalau kita nak cukur misai tanpa menggunakan cermin, susah kan. Nak tak nak untuk mengemaskan peribadi kita, komen & pesanan sahabat mestilah diterima dengan ikhlas. Wallahu a’lam…




sahabat n.puri


p/s:

kepada sahabatku yg berada di n.puri, saat-saat akhir pertemuan kita ni…luahkan lah isi hati kalian…tentang silap tutur kataku, tentang kesalahan perbuatanku, tentang jeleknya emosiku atau apa-apa sahaja yg tidak betul pada diriku ini…tegurlah. Sebaiknya jumpa “face to face”. Tapi kalau dengan surat pon ok jer…janji ade nama…ok.






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...