Wednesday, 9 March 2016

Belum Terlewat

Tiada istilah terlewat untuk berubah ke arah yang lebih baik. Selagi kita masih hidup, selagi itu peluang masih terbuka. Sabda Nabi S.A.W :


“Sekiranya hari kiamat hendak terjadi, sedangkan di tangan salah seorang di antara kalian ada bibit kurma maka apabila dia mampu menanamnya sebelum terjadinya kiamat maka hendaklah dia menanamnya.”

(HR. Imam Ahmad)


Belum terlambat untuk bertaubat. Caranya mudah, lakukannya sekarang. Jangan tangguh.

























Monday, 22 February 2016

Delete

Saya telah,memadam beberapa post lama dalam blog ini di mana pada anggapan saya tidak membawa manfaat. Antara senarai tajuk blog yang saya hapuskan ialah :

- Rahsiaku, rahsiamu je taww...
- Nasyid boleh buat hati jadi busuk. Kamu tahu !!!
- Mari tonton
- Dan bila esok


Serta beberapa tajuk lagi.

Malu pula apabila  membaca ayat-ayat dalam post lama tersebut. Sangat tidak matang...haha.
















Kembali

Sudah genap 2 tahun tidak menggunakan blog ini sebagai medium kebaikan. Harap dengan kembalinya semangat menulis kali ini aku akan terus dan tulus menyampaikan mesej yang baik kepada yang membaca.



















Thursday, 30 October 2014

Sila Jadi Lelaki !




Hoi

Kau ni lelaki ke perempuan ?

Lelaki ? Betul ke ?


-------------------------------------------------

Aku rasa kau belum jadi lelaki lagi
Sebab apa ?

Baru ditimpa dengan ujian yang kecil pon dah nak mengeluh
Terpekik meroyan menjerit
Tak mampu lah
Tak tertanggung lah
Sedih lah
Kecewa patah hati bagai

Serius aku meluat dan menyampah gila tengok perangai kau









Hoi..


Sedar lah

Kau tu lelaki !!!
Kau bangun sekarang !!!
Aku tak nak tengok kau mengadu masalah kau kat manusia lagi
Aku tak nak tengok kau bermalas-malasan lagi


Ingat

Kau tu lelaki
Kau tu juga seorang daei




* Terinspirasi daripada lirik lagu - I'll Make A Man Out of You




http://www.youtube.com/watch?v=9FIPGHL7ZZI































Thursday, 25 September 2014

Alhamdulillah

Innalillahi wainna ilaihi rojiun












Moga apa yang terjadi menjadi kafarah dosa bagi diriku.

AlhamdulillAh


Thursday, 17 April 2014

Ibrah Pendakian Broga




Seorang daie yg bergelumang dengan jahiliyah ibarat pendaki yang mendaki bukit broga sambil menggalas beg yg mengandungi beban-beban yg tidak digunakan.









Tanggalkan beg itu sepenuhnya maka daie tersebut akan berlari dengan lebih laju dan penuh bergaya. Katakan sayonara kpd jahiliyah !!










Ibrah Bukit Broga (^_^)












Friday, 14 March 2014

Tsunami ODHOJ



tsunami ODHOJ



“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim)




ODHOJ – One Day Half Of Juz.

Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.



Bagaimana ODHOJ ini diaplikasikan ?

Mudah sahaja, bagi mereka yang ingin membudayakan pembacaan al-Quran, ODHOJ menyediakan bantuan motivasi  untuk menghabiskan tilawah separuh juz dalam sehari. Mekanisme yang digunakan ODHOJ agak mudah, iaitu dengan hanya menggunakan medium WhatsApp.



Berapa keahlian ODHOJ, dan siapa yang menguruskannya ?  

Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 30 orang (bersamaan 15 juz al-Quran). Bagi setiap kumpulan juga terdapat seorang moderator yang akan dilantik. Setiap ahli akan ditugaskan untuk membaca separuh juz tertentu untuk hari tersebut.



Laporan harian ?

Masing-masing dikehendaki membuat laporan tentang perjalanan tilawah mereka. Moderator yang dilantik tadi akan bertindak mengemaskini laporan ahli, selain berperanan untuk mengatur ‘lelongan’ ayat al-Quran yang gagal dihabiskan oleh ahli. Fungsi utama lelongan ini adalah untuk mengekalkan momentum kumpulan ODHOJ demi menghabiskan 15 juz al-Quran dalam masa sehari.




Moga dengan kewujudan ODHOJ dan melatanya pendamping dan pembaca al-Quran ini dapat melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang pernah dibina oleh Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu. InsyAllah J













Wednesday, 21 August 2013

Lensa Lebaran 1434

Assalamulaikum & Ahlan Wasahlan. Air Mawang, N.Sembilan. Satu-satunya kampung saya selama ini. Penuh cerita suka & duka di desa ini. Walaupun alamat kad pengenalan diri ini di Puchong, Selangor, tetapi jika anda hendak tahu... kehidupan saya banyak menyimpul kenangan di sekitar kampung.

Di sinilah tempat tinggal saya sewaktu masih kecil sehingga berumur enam tahun. Saya tinggal bersama uwan & atuk tersayang. Banyak kenangan & memori indah. Sungguh takkan ku lupakan.

Di sini juga lah tempat saya menginap jika cuti hujung bulan ketika masih bersekolah asrama di Maahad Ahmadi. Makan, minum, ubat-ubatan & tempat tinggal...semuanya atuk & uwan yang bagi. Sayang uwan...sayang atuk.


Cey...nak buat cerita sedih plak kan. Takde lah...tujuan saya nak post gambar raya tahun ni jer..hoho.

Nah...gambar kami sekeluarga.






Dari kiri : Angah & Adik

Bersama Ady & Ibu

sepupu-sepapat yang memang rapat

majlis untuk hari raya kedua


ibu, ayah, atuk, uwan & sebahagian pak cik & mak cik



Moga ikatan pertalian ini kekal selamanya. Diiringi rahmat Allah...insyAllah



Wassalam.


















Friday, 31 May 2013

Tanpa Ilmu, Jangan Gelar Diri Kita Da'ei !!!

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum anda baca, terlebih dahulu saya ingin memberitahu bahawa entri kali ini bukan sepenuhnya dari saya...hoho. Saya copy & paste je. Ada dua alasan kenapa saya copy & paste. Pertama, saya memang agak sibuk dengan tugasan yang diberikan pensyarah. Kedua, saya betul-betul amat tertarik dengan entri dalam laman "quranicgen.com". Jadi saya memang berhasrat ingin berkongsi apa yang saya dapat bersama kalian. InsyAllah....moga bermanfaat.


Jom hayati kisah ini. 








Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar terkenal dengan perwatakannya yang bengis, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hatinya cukup keras sehingga sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup. Suatu hari, Saidina Umar mendapat tahu bahawa adik dan adik iparnya telah memeluk Islam, agama yang paling dibencinya. Lalu, Saidina Umar pulang ke rumah dan melihat adik iparnya sedang membaca Al-Quran. Ditampar adik iparnya itu hingga tersungkur.



Lalu keluar adik perempuannya menghalang Saidina Umar dari terus memukul suaminya. “Katakan padaku benarkah engkau dan suamimu telah mengikut agama Muhammad?”, soal Saidina Umar keras. “Ya, wahai abangku. Rasulullah membawa risalah yang benar”. Saidina Umar menjadi semakin marah lalu merampas mashaf yang dibaca adik iparnya tadi. “Janganlah wahai abangku, jangan di apa-apakan kalam Tuhan ini”, rayu adiknya. Lalu Saidina Umar berjanji untuk tidak merosakkan isi kandungan itu. “Aku cuma ingin melihat apa isinya!”, jelas Saidina Umar lantang. Setelah menunaikan beberapa permintaan adiknya, Saidina Umar pun membuka mashaf yang dibaca adiknya tadi.
                  


“ TaHaa. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Allah Ar-Rahmaan, yang bersemayam (berkuasa) diatas ‘Arasy”.
(Surah Taha, 1-5)



Setelah membaca hingga ayat kelima, muka Saidina Umar bertukar pucat dan air matanya bergenang. Lalu beliau bersuara “Bawakan aku kepada Muhammad!”. “Tidak boleh” tegas adiknya, “Abang sudah berjanji, kami tidak akan biarkan abang menyakiti Rasul kami!” sambung adiknya lagi. Lalu Saidina Umar berkata “Aku perlu berjumpa dengannya”.








Kemudian Saidina Umar terus bergegas ke rumah Rasulullah s.a.w. Para sahabat yang sedang mendengar syarahan baginda ketika itu terkejut dengan kedatangan Saidina Umar lalu bingkas mereka semua bangun kerana gentar pada Saidina Umar tetapi masih lagi bertindak melindungi baginda. Saidina Umar datang menghampiri Rasullullah yang hanya tersenyum. Lalu Saidina Umar berkata,



“Aku mahir semua sastera Arab, aku tahu semua tentangnya, aku pernah membaca semua jenis sastera Arab tetapi kalam yang engkau sampaikan itu aku benar-benar terpesona dan aku yakin ia bukan dari seorang manusia, ia pasti kalam dari Tuhan Yang Esa. Jadi kedatangan aku kemari untuk menyatakan ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan engkau Muhammad adalah pesuruh Allah’,” Air mata Saidina Umar bercucuran lalu memeluk Nabi. Sahabat-sahabat yang berada di sekitar, semuanya bergembira dan mengalirkan air mata tanda kesyukuran.



(Cerita ini dipetik daripada buku Bertanya Tentang Tuhan karya Ibnurijal.)







Saudara, kisah ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu penngetahuan. Lihatlah bagaimana sesuatu ilmu dapat memandu kita pada sebuah kebenaran. Dek kerana Saidina Umar berilmu dalam bidang sastera, beliau tahu menilai manakah karya manusia dan manakah karya daripada Tuhan. Hanya dengan lima ayat dalam surah Taha, tersungkur Saidina Umar. Seorang yang bengis, tidak berperikemanusiaan dan memusuhi agalam Islam bertukar menjadi manusia yang tunduk dan patuh pada Allah. Malah sentiasa membantu baginda Rasulullah s.a.w dalam perjalanan dakwah membangunkan Islam. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Kerana ILMU !



Allah s.w.t telah memberikan akal fikiran kepada kita. Itulah nikmat terbesar untuk manusia yang membezakan kita dengan makhluk lain. Maka, gunalah nikmat itu sebaik-baiknya. Janganlah sesekali kita kufur nikmat. Ingatlah, betapa ilmu pengetahuan akan membawa kita kepada sebuah kebenaran! InsyaAllah, semoga Allah redha.













Wallahu A'lam.





















Sunday, 14 April 2013

Aktiviti Cuti Mid Sem Kami

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Serius dah malas nak menulis, so...update blog dengan gambar jer lah deh...hoho.





8 April 2013 : MISI MELAWAT KATAK



kalau berani, cuba carik katak dalam pic ni...die menyamar taw...horror...haha



sumpah besar katak ni !!!


ni kodok taw...bukan cekodok...haha

rangup dimakan...eh !


daun & ranting ???



kan elok kalau beruk kat kolej kena awet macam nih...haha


Hafizi bajet berani...haha

Ha !!! ni baru berani...hoho


fosil ikan paus...subhanallah..


sekali lagi beliau bajet berani...haha





11 APRIL : USRAH MUSICAL @ UiA



U.i.A


souvenir..


ikhwah UM yang terselit antara ratusan ikhwah UiA

penuh...habis tiket !!! terbaik lah ikhwah...

stand comedy by Afdlin

Halim Devotees...nice & superb !!

forum : Anas Tahir, Sham Kamikaze & Ustaz Zamri Mantop !!!


Ad-dua...best !!!

show Muadz & Sham Kamikaze


~ kenangan ~




Penuhkan masa dengan aktiviti berfaedah, ayuh musnahkan jahiliyyah  !!!

insyAllah...






wallahu a'lam...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...