Friday, 14 March 2014

Tsunami ODHOJ



tsunami ODHOJ



“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim)




ODHOJ – One Day Half Of Juz.

Fenomena ODHOJ merupakan suatu fenomena baru yang telah melanda tanah air kita. ODHOJ merupakan sebuah kumpulan sokongan (support group) bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran.



Bagaimana ODHOJ ini diaplikasikan ?

Mudah sahaja, bagi mereka yang ingin membudayakan pembacaan al-Quran, ODHOJ menyediakan bantuan motivasi  untuk menghabiskan tilawah separuh juz dalam sehari. Mekanisme yang digunakan ODHOJ agak mudah, iaitu dengan hanya menggunakan medium WhatsApp.



Berapa keahlian ODHOJ, dan siapa yang menguruskannya ?  

Satu kumpulan mempunyai ahli seramai 30 orang (bersamaan 15 juz al-Quran). Bagi setiap kumpulan juga terdapat seorang moderator yang akan dilantik. Setiap ahli akan ditugaskan untuk membaca separuh juz tertentu untuk hari tersebut.



Laporan harian ?

Masing-masing dikehendaki membuat laporan tentang perjalanan tilawah mereka. Moderator yang dilantik tadi akan bertindak mengemaskini laporan ahli, selain berperanan untuk mengatur ‘lelongan’ ayat al-Quran yang gagal dihabiskan oleh ahli. Fungsi utama lelongan ini adalah untuk mengekalkan momentum kumpulan ODHOJ demi menghabiskan 15 juz al-Quran dalam masa sehari.




Moga dengan kewujudan ODHOJ dan melatanya pendamping dan pembaca al-Quran ini dapat melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang pernah dibina oleh Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu. InsyAllah J













Wednesday, 21 August 2013

Lensa Lebaran 1434

Assalamulaikum & Ahlan Wasahlan. Air Mawang, N.Sembilan. Satu-satunya kampung saya selama ini. Penuh cerita suka & duka di desa ini. Walaupun alamat kad pengenalan diri ini di Puchong, Selangor, tetapi jika anda hendak tahu... kehidupan saya banyak menyimpul kenangan di sekitar kampung.

Di sinilah tempat tinggal saya sewaktu masih kecil sehingga berumur enam tahun. Saya tinggal bersama uwan & atuk tersayang. Banyak kenangan & memori indah. Sungguh takkan ku lupakan.

Di sini juga lah tempat saya menginap jika cuti hujung bulan ketika masih bersekolah asrama di Maahad Ahmadi. Makan, minum, ubat-ubatan & tempat tinggal...semuanya atuk & uwan yang bagi. Sayang uwan...sayang atuk.


Cey...nak buat cerita sedih plak kan. Takde lah...tujuan saya nak post gambar raya tahun ni jer..hoho.

Nah...gambar kami sekeluarga.






Dari kiri : Angah & Adik

Bersama Ady & Ibu

sepupu-sepapat yang memang rapat

majlis untuk hari raya kedua


ibu, ayah, atuk, uwan & sebahagian pak cik & mak cik



Moga ikatan pertalian ini kekal selamanya. Diiringi rahmat Allah...insyAllah



Wassalam.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...