Wednesday 2 May 2012

Fiksyen 302


Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan. Kepada si penggemar novel. Especially, novel yang bergenre seram. Baru-baru ini saya baru sahaja selesai menelaah Fiksyen 302. Novel ini pada luarannya hanya kelihatan seperti novel-novel biasa yang lain. Mungkin memberikan sedikit keistimewaan kerana penulis Fiksyen 302 ini ialah Ramlee Awang Murshid. Al-maklum novelis thriller nombor 1 Malaysia. Cuma yang memberi sedikit kelainan dalam nukilannya kali ini berkonsepkan psikologi thriller. Menjurus kepada aspek psikologi bilazim ataupun tingkah laku abnormal.


Menguji minda. Para pembaca novel ini pasti akan mengerahkan keringat untuk ligat memikirkan persoalan-persoalan yang penuh misteri yang masih menjadi tanda tanya. Ini adalah cabaran utama kepada pembaca Fiksyen 302.







“ Teori question mark merupakan pendekatan asas dalam Fiksyen 302. Fiksyen adalah khayalan dan 302 menjurus kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. Cuma dalam Fiksyen 302 adalah keterbalikkan peraturan serta perundangan. Maknanya – hukuman mati dilaksanakan menerusi individu tertentu,” jelas Ramlee secara ilmiah tapi sengaja menyatakan dalam bentuk fiksyen.


Sipnosis FIKSYEN 302 :

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja’ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampri serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.


Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu itu tidak dapat diselesaikan.


Tahun 2032 – seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan dua orang pakar psikiatri bertujuan merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan… tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan !

Selamat Membaca…. Wallahu a’lam






1 comment:

  1. oh nta minat RAM ye? Ana pernah baca buku Hatiku Di Harajuku je. Boleh tahan la. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...