Tuesday 14 August 2012

Santai Ramadhan bersama Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pukul 5 petang : Ahad 12 Ogos 2012, Masjid Ar-Ridhwan yang terletak di Hulu Kelang mengalami suatu fenomena luar biar biasa. Lingkungan ribuan pengunjung membanjiri masjid. Penuh sesak di setiap penjuru masjid. Bahkan, melimpah ruah hingga ke luar masjid. Dahsyat betul ramai nyer.


Semuanya gara-gara pihak masjid telah menjemput Ustaz Azhar Idrus bagi mengisi slot program Ramadhan mereka. Wah !






Sebagai perkongsian bersama, saya nak cerita sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada kuliah Ustaz Azhar kali ini. InsyAllah…

Sesampai jer saya di Masjid Ar-Ridhwan, saya terdengar alunan selawat yang cukup merdu. Ingatkan siak masjid pasang CD nasyid, tapi bila saya dah masuk masjid baru saya perasan rupa nyer ada persembahan pembukaan oleh UNIC. Adus, menyesal sampai lambat.

Persembahan UNIC takde lah lama sangat, lebih kurang 10 minit jer dah minta undur diri sebab giliran Ustaz Azhar Idrus plak nak buat “show”…hehe. Mantap lah ustaz !

Ceramah kali ini, lain sikit daripada kebiasaannya. Takde kitab untuk disyarah. Kutipan soalan-soalan daripada jemaah pon takde. Ceramah kali ini terserah sepenuh nyer oleh ustaz untuk bincang apa-apa pon.

Disebabkan kuliah kali ini takde kitab dan soalan pertanyaan, ceramah kali ini memang nampak lebih santai. Macam borak-borak jer antara Ustaz Azhar dengan tetamu yang hadir.

Walaupun berkonsepkan kuliah ‘sembang’, Ustaz Azhar masih menerapkan ilmu-ilmu dalam kuliah ilmu beliau. Kebanyakannya menyentuh kes-kes berkenaan bulan Ramadhan. Seperti biasa, jenaka spontan beliau tetap diselitkan. Hehehe...



Antara point yang sempat saya catatkan sewaktu kuliahnya ;

1.  Seseorang yang menunaikan solat tetapi tidak puasa, sah solatnya. Akan tetapi seseorang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat, tidak sah puasanya. Solat ibarat tiang, manakala puasa ibarat dinding. Dinding tidak dapat ditegakkan tanpa tiang, sebaliknya pula tiang akan tetap tegak utuh walaupun tanpa dinding.

2.  Sesiapa yang menganggap dirinya baik, maka dia sebenar nyer jahat. Tapi siapa yang menganggap dirinya jahat maka dia sebenar nyer baik. (ustaz ade bagi ayat Quran tapi lupa plak). Asif…

3.  Walaupun dosa tidak boleh dipindah milik, tapi ade kes-kes yang dikecualikan. Kes dimana seseorang itu akan mendapat dosa walaupun bukan dia yang melakukan dosa tersebut. Insan tersebut ialah manusia yang bergelar ayah. Kenapa ? Ok lah…sebenar nyer bukan semua ayah. Ayah yang dimaksudkan akan mendapat dosa orang lain tersebut ialah ayah yang fasik. Ayah yang tidak bertanggungjawab dengan anak-anak dan tanggungan. Tidak tegur anak perempuannya yang tidak menutup aurat sebagai contoh. Di akhirat kelak si ayah akan ditanya semua perlakuan anak dan tanggungannya. Malah, belum sampai di akhirat si ayah akan seksa merana di alam kubur terlebih dahulu. Jenazah si ayah fasik tersebut akan disimbah dengan sekelumit api neraka akan tetapi amatlah menyeksakan sehingga jeritannya mampu didengari sekeliling kuburnya. Wal iyazubillah.

Tetapi jika seseorang ayah itu telah mengajar dengan ilmu agama yang cukup. Mendidik dengan syariat Islam. Sudah ditegur berkali-kali. Baru lah si anak akan menanggung sendiri dosa mereka.

4.  Suami wajib tau pasal semua darah perempuan. Haid, nifas, wiladah dan lain-lain.

5.  Kes menonton sukan Olypic 2012. Acara renang atau gimrama. Islam tak haramkan sukan, tapi Islam mengharamkan bertelanjang dalam sukan.

6.  Hati-hati dengan makanan untuk berbuka. Pastikan halal.

7.  Bersedekah dalam bulan lain (selain Ramadhan) Allah S.W.T lipat gandakan pahalanya, apatah lagi bersedekah di bulan Ramadhan…pahalanya hanya Allah yang menilaikan, kesilapan dalam ibadah puasanya ditutup dan umur dipanjangkan.

8.  Percayalah, jika kita menginfakkan harta kita denga bersedekah, akan ada bala bencana yang tidak akan ditimpakan Allah kepada kita. Contoh nyer, kita bersedekah RM5, percaya atau tidak rumah kita yang ditakdirkan terbakar petang nanti akan dijauhkan oleh Allah. Subhanallah wa Allahu Akbar !

9.  Berdoa minta dipanjangkan umur. Boleh. Setiap doa ada pahala.

10. Boleh minta perkara dunia dalam solat. Asalkan bukan haram dan bukan bertujuan putus silaturrahim. Doa paling makbul dalam solat ialah ketika solat dan sebelum memberi salam.






Inilah sedikit nota ringkas yang sempat saya catatkan. Moga memberi manfaat bersama.

Akhir kalam, semoga Ustaz Azhar Idrus terus tsabat di medan dakwah ilmunya. Kita pula juga sebagai seorang muslim dan seorang manusia yang dikurniakan akal yang tidak ada bezanya dengan ustaz, haruslah memikirkan tentang tanggungjawab kita pula kepada agama.

Adakah cukup sekadar solat 5 waktu, zakat dan puasa penuh di bulan Ramadhan ? Bagaimana pula tanggungjawab amar makruf, nahi munkar ? Siapa yang nak buat kerja dakwah ? Itu belum tanya medan tarbiyah…sume tunding jari kat ustaz-ustaz. Kenapa ? Ni sume kerja orang yang pegang title ustaz jer ke… fikir balik. Renung balik. Apa tujuan hidup kita ?




Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

- surah Ali-Imran : 110 -



















Wallahu a’lam J





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...