Tuesday 19 June 2012

Ceramah Israk Mi'raj di Masjid Taman Putra Perdana


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Sebelum saya mulakan, saya ingin memberitahu tujuan saya mengeluarkan entri-entri yang membabitkan penglibatan saya dalam mana-mana majlis bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk. Ianya sekadar perkongsian bersama. Jika ada kesilapan sila tegur. Syukran.


Pada malam 27 Rejab 1433 Hijrah, saya dan adik-adik saya (Zuhaily & Rusyaidi) telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pihak Masjid Taman Putra Perdana, Puchong bersempena Israk dan Mi’raj.


Majlis yang dijalankan selepas solat Maghrib itu diberi tajuk Ceramah Umum Israk Mi’raj. Ustaz Zaidan B.Hamad dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijemput hadir untuk berkongsi ilmu mengenai Israk dan Mi’raj.


Masjid Taman Putra Perdana




my brothers




Antara nota ringkas yang sempat saya catatkan sebagai perkongsian bersama :

- Israk dan Mi’raj merupakan suatu perjalanan jasad. (realiti)

- Langit pertama, pertemuan di antara Rasulullah dan Nabi Adam. Pada peringkat ini, Rasulullah S.A.W telah melihat di sebelah kanan baginda orang yang mendapat rahmat Allah kerana berkelakuan baik semasa hayatnya. Manakala di sebelah kiri baginda, orang yang diazab sepedihnya kerana gagal mematuhi suruhan Allah.

- Tazkirah selingan, dalam konsep beribadah…Allah S.W.T lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

- Perjalanan seterusnya, di Langit kedua, Rasulullah S.A.W bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa.

- Pada tingkat langit ketiga pula Nabi Yusuf A.S menyambut kunjungan Rasulullah S.A.W.

- Pertemuan Rasulullah seterusnya bersama Nabi Idris yang berada di Langit keempat sebelum Rasulullah S.A.W bertemu Nabi Harun di Langit kelima.

- Di Langit keenam pula membabitkan pertemuan diantara Nabi Musa A.S dan Rasulullah S.A.W. Setibanya Nabi Muhammad di Langit keenam, Baginda mendapati Nabi Musa menangis. Selepas disapa oleh Rasulullah S.A.W, Nabi Musa memberitahu dia menangis kerana orang (Muhammad) yang diutuskan selepas dari aku (Musa), mempunyai umat yang lebih ramai untuk dimasukkan ke dalam syurga kelak.

- Di Langit ketujuh, Rasulullah bertemu pula Nabi Ibrahim A.S.

- Seterusnya, Rasulullah S.A.W terus ke Sidratul Muntaha dan bertemu Allah S.W.T di Baitul Makmur. (Klimaks peristiwa Israk dan Mi’raj)

- Info utama, tunjang Israk dan Mi’raj ialah solat.

- Setelah pertemuan dengan Allah, Rasulullah dibekalkan dengan amanah sebanyak 50 kali solat fardhu sehari semalam kepada seluruh umat Islam.

- Akan tetapi di Langit keenam, Nabi Musa A.S berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W “umatmu tidak mampu menunaikan solat sebanyak itu”.

- Rasulullah naik lagi bertemu Allah dan merayu agar solat fardhu dikurangkan bilangannya. Hasilnya 10 kali solat fardhu diwajibkan ke atas orang Muslim.

- Walaubagaimanapun, apabila Nabi Muhammad turun, Nabi Musa A.S masih mengatakan perkara yang sama. 10 kali solat fardhu itu masih banyak bilangannya.

- Rasulullah terpaksa naik kembali bertemu Allah S.WT untuk merayu agar solat fardhu dikurangkan lagi bilangannya.

- Akhirnya, solat fardhu telah diturunkan lagi bilangannya iaitu sekadar 5 kali sahaja sehari semalam.

- Semasa Rasulullah turun, Nabi Musa A.S masih lagi mengatakan bilangan 5 kali solat fardhu itu masih lagi banyak, akan ada umat Muhammad yang tidak akan mampu melakukannya. Akan tetapi, Rasulullah sudah malu dan segan untuk merayu lagi kepada Allah S.W.T.

- Akhirnya, hasil turun naik Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W bertemu Allah S.W.T solat fardhu yang pada asalnya sebanyak 50 kali telah berkurang sehingga menjadi 5 kali sehari semalam. Subhanallah…

- Peristiwa ini juga menunjukkan kepada kita betapa besarnya tuntutan solat.

- Info selingan, sepanjang perjalanan unggul ini, Rasulullah S.A.W telah dapat melihat syurga dan neraka berserta penjaganya iaitu Malaikat Ridhwan dan Malaikat Malik.

- Antara yang dilihat Rasul di neraka ialah golongan yang memakan harta anak yatim di azab sepedihnya. Mulutnya bertukar menjadi mulut unta diazab dengan lontaran batu api neraka ke dalam mulut mereka.

- Golongan yang memakan riba pula diazab dengan perut mereka dibesarkan. Tidak cukup dengan itu, kaum kerabat firaun akan memijak perut golongan yang memakan riba ini.

- Golongan penzina pula akan diazab dengan memakan daging yang busuk, hanyir dan bernanah walaupun terdapat daging yang elok disebelahnya.



ustaz Zahdan

kunjungan hadirin yang hadir yang sedikit agak mengecewakan

Walaupun majoriti dalam kalangan kita sudah mengetahui peristiwa Israk dan Mi’raj ini, tidak ada ruginya jika kita menghadiri sebanyak mana pun majlis ceramah mengenainya.Sebaliknya, kita akan beruntung kerana kita akan sentiasa mengingatinya.



Wallahu a’lam


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...