Tuesday 5 June 2012

Ustaz Ismail Kamus kongsi ilmu di Puchong


Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Pada 3 Jun 2012, saya dan adik saya (Muhammad Nur Zuhaily) telah menghadiri satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus di Masjid Bandar Bukit Puchong.



Ustaz Dato' Ismail Kamus


bawak gak lah adik yg sorang nie




Beriklankan banner dan beberapa style promosi yang lain, slot ceramah yang dijalankan selepas solat Isya itu telah menarik perhatian penduduk di sekitar Puchong untuk mengikuti majlis ilmu ini.







Sudah sedia maklum dengan tajuk “Ceramah Umum” Ustaz Ismail Kamus telah menyentuh beberapa aspek secara rambang. Antara yang sempat saya notakan :


1  - Allah ada Rahmat & Murka. Bagaimana kita nak tahu kadar Allah sayang kepada kita ? Refresh dulu…tengok dulu bagaimana sayang kita terhadap Allah (melakukan perintahNya, meninggalkan laranganNya).

2  - Dosa kecil jangan dibiarkan berterusan kerana ianya bakal menjadi dosa besar.

3  - Kawan kalau seribu dikira masih sedikit, tetapi musuh kalau ada satu pon sudah dikira banyak.

4  - Tanda-tanda amal diterima Allah, kita mudah nak beramal (bukan malas/liat).

5  - Kalau Allah dah tetapkan kita hidup kat dunia ni sekadar 60 tahun, 50 tahun atau kurang lagi, bandingkan pula dengan kehidupan akhirat yang berzaman-zaman tanpa penghujung waktu. Apa ertinya ? Renungkan...

6  - Jangan terlalu cintakan dunia. Jangan menyesal terhadap apa yang bakal kita tinggalkan iaitu harta dan keluarga kerana semuanya bersifat sementara….berpado-pado lah yor..

7  - Allah lebih sayang orang muda yang banyak melakukan amal ibadat.

8  - Kubur salah satu stesyen akhirat. Siapa yang lepas seksa kubur, mudah lah urusan di akhirat nanti. Tapi kalau siapa yang terlebih dahulu diazab sepedih-pedihnya di kubur, bermakna di alam kubur lagi dia sudah gagal masakan lagi di akhirat. Tentunya akan mendapat azab yang berlipat kali ganda pedihnya. Wal iyazubillah.

    (#) Tanda bakal mendapat azab disaat kematian.             
    -   berdengkur kuat seperti bunyi lembu disembelih
    -   muka merah padam
    -   mulut berbuih

   (#) Tanda mendapat  rahmat disaat kematian
    -   peluh di dahi
    -   bibir kering


8  - Tanda kita dalam kecelakaan :

i ) Mengungkit/Mengingatkan kebajikan yang telah lepas.

ii) Melihat perkara akhirat secara remeh. Contoh nye, membandingkan diri lebih baik walaupun sekadar solat Maghrib setiap hari dengan orang yang tidak langsung menunaikan solat. 



9  - Isu untuk melakukan amal kebajikan pula hendaklah memandang pihak yang lebih atas (lebih hebat amal kebajikannya). Bersaing dalam melakukan kebajikan, tapi hati kena ikhlas lillahi taala yor…

10- Menilaikan diri kita penuh dengan dosa, mengandaikan betapa sikitnya pahala setakat ini.

11- Tika berkumpulnya jutaan, bilion-an & trilion-an orang di padang mahsyar nanti yang semuanya dalam keadaan yang penuh sesak, panas terik, dan amat hina, Allah S.W.T telah mengecualikan beberapa golongan untuk berkumpul di Arasy-Nya. Antaranya ialah golongan yang menangis ketika solat di sepertiga malam dan golongan yang tidak ingat apa yang telah disedekahkan olehnya.

12- Tetamu yang hadir banyak keemuliaan yang dibawanya. Jika kita menyambut tetamu yang hadir sudah cukup untuk membawa 1000 rahmat dan keberkatan. Itu belum termasuk jika kita memberikan hidangan dan tempat tinggal.

13- Kalau kita tak boleh menyenangkan orang lain, jangan pula menyusahkan orang lain.

14- Kalau kita tak boleh memuji orang, jangan pula mengeji.

15- Apabila kita melihat orang lain mendapat kurniaan yang lebih baik daripada apa yang kita miliki (lebih kaya, lebih cantik, lebih pandai dan lain2 kelebihan). Hendaklah kita bersyukur dengan apa yang kita ada pada kita. Setiap kurniaan Allah ada hikmah nyer, itu lah yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.



penuh gak lah masjid

Masjid Bandar Bukit Puchong




*  Ustaz Ismail Kamus memberikan penyampaian secara umum, so…terpaksalah saya catat nota ni macam take important point jer. Maaf, jika nota yang saya catatkan ini memeningkan… asif.

*  Nota ini juga bukanlah sama 100 percent sama dengan apa yang Ustaz Ismail Kamus sampaikan…segala kesilapan maklumat yang saya catatkan sila beritahu…kalau silap togo lah copek-copek yor…










Wallahu a’lam J










2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...